Ikutlah Aku
4–10 November. Ibrani 1–6: ‘Yesus Kristus,’ Pokok Keselamatan yang Abadi’’


“4–10 November. Ibrani 1–6: ‘Yesus Kristus,’ Pokok Keselamatan yang Abadi’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“4–10 November. Ibrani 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Kristus berdiri bersama seorang gadis muda dan seorang lelaki

Balm of Gilead, oleh Annie Henrie

4–10 November

Ibrani 1–6

Yesus Kristus, “Pokok Keselamatan yang Abadi”

Mencatatkan tanggapan rohani membantu anda mengenali apa yang Roh Kudus ingin mengajar anda. Bertindak atas tanggapan anda mencerminkan iman anda bahawa bisikan tersebut adalah benar.

Mencatat Tanggapan Anda

Kita semua harus melepaskan sesuatu demi untuk menerima injil Yesus Kristus—sama ada itu tabiat yang buruk, kepercayaan yang salah, pertubuhan yang merosakkan, atau sesuatu yang lain. Untuk bangsa bukan Israel, penukaran hati sering bermaksud meninggalkan tuhan yang salah. Untuk bangsa Ibrani (orang Yahudi), bagaimanapun, penukaran hati terbukti untuk, jika tidak lebih sukar, ia lebih rumit. Kepercayaan dan tradisi yang mereka kasihi berpusat pada penyembahan kepada Tuhan yang hidup dan ajaran-ajaran para nabi-Nya, menjangkau kembali ribuan tahun. Namun para Rasul mengajarkan bahawa hukum Musa telah digenapkan oleh Yesus Kristus dan hukum lebih tinggi adalah darjat untuk penganut kini. Adakah menerima agama Kristian bererti bahawa orang Ibrani harus melepaskan kepercayaan dan sejarah mereka terdahulu? Surat kepada orang Ibrani berusaha untuk membantu menyelesaikan soalan-soalan sedemikian dengan mengajarkan hukum Musa, para nabi, dan tatacara semua adalah penting, tetapi Yesus Kristus adalah yang lebih agung (lihat Ibrani 1:1–4; 3:1–6; 7:23–28). Faktanya, segala hal ini menunjuk kepada dan bersaksi tentang Kristus sebagai Putera Tuhan dan Mesias yang dijanjikan yang orang Yahudi telah nanti-nantikan. Pesanan untuk orang Ibrani, dan untuk semua kita, ialah kadangkala kita harus melepaskan tradisi untuk menjadikan Yesus Kristus pusat dalam penyembahan kita dan kehidupan kita—kerana adalah melalui Kristus “kita memperoleh belas kasihan” (Ibrani 4:16).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ibrani

Siapakah yang menulis Surat kepada orang Ibrani?

Beberapa sarjana telah mempersoalkan apakah Paulus telah menulis Surat kepada orang Ibrani. Gaya penulisan Ibrani adalah berbeza dari surat-surat Paulus yang lain, dan versi terdahulu penulisan tersebut tidak menamakan penulis. Bagaimanapun, kerana idea-idea yang dinyatakan dalam Ibrani adalah konsisten dengan ajaran-ajaran Paulus yang lain, Orang Suci Zaman Akhir, dengan tradisi agama Kristian, telah secara umum menerima bahawa Paulus sekurang-kurangnya telah terlibat dalam menulis surat tersebut.

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Surat-Surat Paulus.”

Ibrani 1–5

Yesus Kristus adalah “gambar wujud” Bapa Syurgawi.

Banyak orang Yahudi merasakan sukar untuk menerima Yesus Kristus sebagai Putera Tuhan. Surat kepada orang Ibrani mengajarkan bahawa segala tentang Yesus bersaksikan tentang dan mencontohkan Bapa-Nya. Ketika anda membaca di lima bab permulaan bagi Ibrani, anda boleh membuat senarai tentang gelaran, peranan, sifat-sifat, dan pekerjaan Yesus Kristus yang anda temui. Apakah hal-hal ini ajarkan anda tentang Juruselamat? Apakah ini ajarkan anda tentang Bapa Syurgawi?

Apakah yang kenyataan berikut dari Elder Jeffrey R. Holland menambah kepada pemahaman anda tentang ajaran-ajaran dalam bab-bab ini? “Yesus … datang untuk memperbaiki pandangan manusia tentang Tuhan dan merayu kepada mereka untuk mengasihi Bapa Syurgawi mereka seperti Dia selalu dan akan selalu mengasihi mereka. … Jadi berilah makan kepada yang lapar, menyembuhkan yang sakit, menolak kemunafikan, merayu untuk iman—ini yang Kristus tunjukkan kita cara Bapa” (“The Grandeur of God,” Ensign atau Liahona, Nov. 2003, 72).

Ibrani 2:9–18; 4:12–16; 5:7–8

Yesus Kristus menderita godaan dan kesakitan agar Dia dapat memahami dan membantu saya.

Adakah anda berasa bahawa anda dapat “dengan berani menghampiri takhta rahmat” dan mencari belas kasihan? (Ibrani 4:16). Satu pesanan Surat kepada orang Ibrani adalah tidak mengira dosa dan kelemahan kita, Tuhan boleh dijangkau dan rahmat-Nya boleh didapatkan. Apakah yang anda temui di Ibrani 2:9–18; 4:12–16; 5:7–8 yang menguatkan keyakinan anda bahawa Yesus Kristus akan membantu anda dengan cabaran-cabaran fana anda? Pertimbangkan untuk mencatat di jurnal fikiran dan perasaan anda tentang apa yang Juruselamat telah lakukan untuk anda.

Lihat Mosia 3:7–11; Alma 7:11–1334.

Ibrani 3:7–4:11

Untuk menerima berkat-berkat Tuhan, saya harus “tidak mengeraskan” hati saya.

Walaupun mereka telah berpaling kepada agama Kristian, sesetengah Orang Suci Yahudi mendapat ia sukar untuk sepenuhnya menerima injil Yesus Kristus dan berkat-berkatnya. Dengan menceritakan semula cerita orang Israel kuno, Paulus berharap untuk meyakinkan orang Yahudi untuk mengelak kesilapan yang nenek moyang mereka lakukan—menolak berkat-berkat Tuhan kerana ketidakpercayaan. (Anda boleh membaca cerita Paulus dirujuk di dalam Bilangan 14:1–12, 26–35.)

Pertimbangkan bagaimana Ibrani 3:7–4:11 mungkin disamakan dengan anda. Untuk melakukan ini, anda boleh merenungkan soalan seperti ini:

  • Bagaimanakah orang Israel mendesak Tuhan? (lihat Ibrani 3:8–11). Apakah kesan-kesan dari memiliki hati yang keras?

  • Bilakah saya telah mengizinkan hati saya untuk menjadi keras? Adakah berkat-berkat yang Tuhan ingin berikan kepada saya yang saya tidak menerima kerana kekurangan iman?

  • Apakah yang saya dapat lakukan untuk membentuk hati yang lembut dan menyesal? (lihat Eter 4:15; Amsal 3:5–6; Alma 5:14–15).

Lihat juga 1 Nefi 2:16; 15:6–11; Yakub 1:7–8; Alma 12:33–36.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Ibrani 1:8–9

Dalam cara apakah Yesus telah tunjukkan bahawa Dia mengasihi kesolehan dan membenci kederhakaan? Sekiranya kita mempunyai keinginan yang tidak soleh, apakah yang kita dapat lakukan untuk mengubahnya?

Ibrani 2:1–4

Bolehkah anda memikirkan satu pengajaran berobjek untuk membantu keluarga anda memahami erti untuk berpegang teguh kepada kebenaran injil “yang kita telah dengar”? Anda boleh menggambarkan ini dengan sebuah objek yang keras untuk dipegang. Bagaimanakah usaha kita untuk mengekalkan kesaksian kita seperti menangkap dan memegang objek ini? Bagaimanakah kita dapat memastikan “hal-hal yang kita telah dengar” tidak “tercicir” dari kita? (ayat 1).

Ibrani 2:9–10

Untuk mengulas ayat “pemimpin yang membawa orang kepada penyelamatan,” anda boleh mula dengan membincangkan erti seorang pemimpin. Apakah yang seorang pemimpin lakukan? Bagaimanakah Yesus Kristus seperti seorang pemimpin untuk kita dan keselamatan kita?

Ibrani 5:1–5

Ayat-ayat ini dapat membantu anda untuk mempunyai sebuah perbincangan tentang erti dipanggil oleh Tuhan untuk memegang imamat atau memenuhi panggilan Gereja yang lain oleh seseorang yang memiliki wewenang. Apakah yang kita dapat pelajari dari teladan Yesus Kristus tentang menerima dan memenuhi panggilan?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Cuba kaedah berbeza. Selain sering mempelajari tulisan suci dengan cara yang sama, pertimbangkan pelbagai idea pengkajian. Untuk beberapa idea-idea, lihat “Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi” di permulaan sumber ini.

Kristus menampakkan diri kepada bangsa Nefi

Christ Visits the New World, oleh Walter Rane