Ikutlah Aku
11–17 November. Ibrani 7–13: ‘Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik Yang Akan Datang’


“11–17 November. Ibrani 7–13: ‘Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik Yang Akan Datang’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“11–17 November. Ibrani 7–13,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Melkisedek memberi berkat kepada Abram

Melchizedek Blesses Abram, oleh Walter Rane

11–17 November

Ibrani 7–13

“Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik Yang Akan Datang”

Semasa anda baca Ibrani 7–13, anda mungkin menerima pengaruhan dari Roh Kudus. Pertimbangkan cara anda boleh catatkan pengaruhan itu; sebagai contoh, anda boleh catatkan ia dalam rangka panduan ini, pada jidar kitab suci anda, atau dalam aplikasi Gospel Library.

Mencatat Tanggapan Anda

Orang Suci yang beriman juga “dihina dan dianiaya” sehingga keyakinan mereka dilemahkan (lihat Ibrani 10:32–38). Paulus tahu bahawa Orang Yahudi yang memeluk agama Kristian mengalami penganiayaan yang hebat kerana agama baru mereka. Untuk menggalak mereka tetap benar kepada kesaksian mereka, dia ingatkan mereka tradisi lama penganut yang beriman dari sejarah mereka: Habel, Henokh, Nuh, Abraham, Sara, Yusuf, Musa—“di sekeliling [mereka] ada banyak saksi” menyaksi bahawa janjian-janjian Tuhan adalah benar dan janjian-janjian itu layakkan ketungguan (Ibrani 12:1). Warisan iman ini dikongsi oleh semua yang memandang “kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir” (Ibrani 12:2). Kerana Dia, apabila musuh hendak kita “tidak lagi percaya,” kita boleh “hampiri Tuhan dengan hati yang tulus dan iman yang teguh”(Ibrani 10:22, 38). Bagi kita, dan bagi Orang Suci zaman purba, Yesus Kristus ialah “imam agung Daripada Perkara-perkara Baik Yang Akan Datang” (Ibrani 9:11).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ibrani 7:1–22

Imamat Melkisedek ialah imamat yang lebih tinggi.

Buat banyak abad, orang Yahudi gunakan Imamat Lewi, juga dikenali sebagai Imamat Harun. Tetapi dengan kegenapan Injil Yesus Kristus datanglah Imamat Melkisedek yang lebih tinggi, yang berikan berkat yang lebih besar. Apa dapat anda belajar tentang Imamat Melkisedek dari Ibrani 7? Berikut ialah beberapa contoh kebenaran yang mungkin anda dapat cari:

Lampiran Terjemahan Joseph Smith, Ibrani 7:3, 21:Mereka yang ditahbiskan kepada Imamat Melkisedek “dijadikan seperti Putera Tuhan, berterusan sebagai seorang imam.”

Ibrani 7:11:Imamat Lewi tidak datangkan “kesempurnaan”, jadi, ia digantikan oleh Melkisedek (lihat A&P 84:18–22).

Ibrani 7:20–21:Imamat Melkisedek diterima melalui satu sumpah (lihat A&P 84:19–44).

Berkat apakah sudah anda terima dari Imamat Melkisedek dan tatacara-tatacara yang berkaitan dengan ia?

Lihat juga Alma 13:1–13; Ajaran dan Perjanjian 121:36–46; Gospel Topics, “Melchizedek Priesthood,” topics.lds.org; Panduan Tulisan suci, “Melkisedek,” scriptures.lds.org; Henry B. Eyring, “Faith and the Oath and Covenant of the Priesthood,” Ensign atau Liahona, Mei 2008, 61–64; Dallin H. Oaks, “The Keys and Authority of the Priesthood,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 49–52.

Ibrani 9:1–10:22

Tatacara-tatacara zaman purba dan zaman moden menuju ke Yesus Kristus.

Para pembaca Yahudi asal surat ini biasa dengan khemah ibadat purba dan tatacara-tatacara yang Paulus huraikan. Tetapi ada orang yang tidak benar-benar faham bahawa tujuan tatacara-tatacara ini adalah untuk menuju ke korban tebusan Yesus Kristus.

Pada zaman alkitab, pada satu hari perayaan yang dipanggil Hari Tebusan, seorang imam agung masuk ke Bilik Suci (atau Bilik Maha Suci) dalam bait suci Yerusalem dan mengorbankan seekor kambing atau anak domba untuk menebuskan dosa Israel. Paulus jelaskan bahawa Yesus Kristus ialah seorang imam agung yang berikan satu-satunya korban—nyawa-Nya—untuk menebuskan dosa-dosa dunia (lihat Ibrani 9:24–10:14).

Fikir tentang tatacara-tatacara yang anda ambil bahagian pada hari ini. Bagaimana tatacara-tatacara ini menuju ke Yesus Kristus?

Untuk belajar lebih lanjut tentang upacara-upacara purba orang Yahudi dan simbolisme mereka, lihat video “The Tabernacle” dan “Sacrifice and Sacrament” (LDS.org).

Ibrani 11

Iman perlukan kepercayaan kepada janjian Tuhan.

Jika seorang tanya anda untuk menghuraikan iman, apakah jawapan anda? Sister Anne C. Pingree, bekas ahli Presidensi Lembaga Pertolongan Umum, merujuk ke Ibrani 11 dan berikan definisi ini: “Iman, keupayaan untuk dipujuk untuk percaya satu janji yang nampaknya ‘jauh’ dan mungkin tidak akan dicapai dalam hidup ini, ialah satu standard pasti bagi mereka yang benar-benarnya percaya” (“Seeing the Promises Afar Off,” Ensign atau Liahona, Nov. 2003, 14).

Bertimbang untuk mengembangkan definisi iman diri sendiri semasa anda merenungkan idea-idea dalam Ibrani 11. Apakah yang diajarkan oleh contoh-contoh orang yang disebut dalam bab ini mengenai iman? (Juga lihat Eter 12:6–22.)

Juga lihat Alma 32:21, 26–43; Jeffrey R. Holland, “An High Priest of Good Things to Come,” Ensign, Nov. 1999, 36–38; Gospel Topics, “Faith in Jesus Christ,” topics.lds.org.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Ibrani 10:32–36

Anda boleh jemput ahli-ahli keluarga kongsikan pengalaman rohani di mana mereka rasa “disinari” kebenaran. Bagaimana pengalaman-pengalaman ini boleh menolong kita “janganlah putus harapan” pada masa cubaan atau keraguan?

Ibrani 11

Bagaimana anda boleh bantu ahli-ahli keluarga anda belajar dari contoh-contoh yang beriman yang disebutkan dalam Ibrani 11? Mungkin seronok untuk melakonkan cerita-cerita beberapa contoh ini. Mungkin keluarga anda boleh bincang tentang contoh-contoh orang lain yang beriman yang anda tahu—termasuk nenek moyang, pemimpin Gereja, dan ahli-ahli komuniti anda.

Ibrani 12:2

Menurut ayat ini, mengapa Yesus rela menahan kesakitan dan penderitaan penyaliban? Apakah yang diajarkan kepada kita mengenai bagaimana kita boleh menahan cubaan kita? Presiden Russell M. Nelson berikan beberapa tanggapan tentang ayat ini dalam pesanannya “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani” (Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 81–84).

Ibrani 12:5–11

Mengapa Tuhan menegur dan membetulkan kita? Semasa anda mengkaji ayat-ayat ini bersama keluarga, apakah yang dapat ahli-ahli keluarga perhati tentang pandangan Tuhan mengenai deraan? Bagaimana ayat-ayat ini mengubah cara anda beri atau terima deraan?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan musik untuk menjemput Roh dan belajar ajaran. Presidensi Utama kata, “Musik ada kuasa yang tidak terbatas untuk menggerakkan kita terhadap kerohanian yang lebih besar” (“First Presidency Preface,” Hymns, x). Mungkin satu lagu tentang iman, seperti “Teguh Pada Iman” (Nyanyian Rohani, no. 121), boleh tambah ke satu perbincangan keluarga dari Ibrani 11.

model Yerusalem zaman purba

Simbol-simbol bait suci zaman purba dan tatacara-tatacaranya ajar tentang peranan Yesus Kristus.