Perjanjian Lama 2022
Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga


“Idea untuk MemperbaikkanPengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Imej
anak dan ibu sedang mengkaji tulisan suci di rumah

Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga

Pengkajian tulisan suci keluarga yang tetap merupakan cara yang hebat untuk membantu keluarga anda belajar injil. Betapa banyak dan betapa lama anda baca sebagai sekeluarga tidak penting berbanding dengan ketekalan usaha anda. Apabila anda menjadikan pengkajian tulisan suci bahagian penting dalam kehidupan keluarga, anda akan membantu ahli keluarga anda lebih mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus serta membentuk kesaksian terhadap firman Tuhan.

Pertimbangkan soalan-soalan berikut:

  • Bagaimanakah anda boleh menggalakkan ahli-ahli keluarga untuk mengkaji tulisan suci secara peribadi?

  • Bagaimanakah anda boleh menggalakkan ahli-ahli keluarga untuk berkongsi perkara yang mereka telah pelajari?

  • Bagaimanakah anda boleh menekankan asas-asas yang anda pelajari daripada Perjanjian Lama setiap hari?

Ingatlah bahawa rumah ialah tempat yang paling baik untuk pembelajaran injil. Anda boleh belajar dan mengajar injil di rumah melalui cara yang tidak mungkin dapat dilakukan dalam kelas Gereja. Gunakan kreatif sambil anda memikirkan cara untuk membantu keluarga anda belajar daripada tulisan suci. Pertimbangkan beberapa idea yang berikut untuk meningkatkan pengkajian tulisan suci sekeluarga anda.

Gunakan Muzik

Nyanyikan lagu yang menguatkan asas-asas yang diajar dalam tulisan suci. Cadangan lagu rohani atau lagu kanak-kanak disenaraikan dalam panduan mingguan. Anda boleh menanya ahli keluarga soalan tentang perkataan atau frasa dalam lirik. Selain menyanyi, keluarga anda boleh mempersembahkan tarian yang seiring dengan lagu itu atau memainkan lagu itu sebagai muzik latar sambil mereka melakukan aktiviti-aktiviti lain. Untuk mendapatkan idea tambahan, lihat “Menggunakan Muzik Kudus dalam Pembelajaran Injil Anda” dalam sumber ini.

Kongsi Tulisan Suci yang Bermakna

Berikan ahli keluarga masa untuk berkongsi petikan ayat suci yang mereka rasa bermakna semasa pengkajian peribadi mereka.

Gunakan Perkataan Anda Sendiri

Jemput ahli keluarga untuk merumuskan dengan perkataan mereka sendiri perkara yang mereka telah pelajari daripada tulisan suci yang dikaji.

Imej
remaja membantu anak kecil membaca tulisan suci

Gunakan Tulisan Suci dalam Kehidupan Anda

Selepas membaca petikan ayat suci, minta ahli keluarga berkongsi cara petikan itu boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

Tanya Soalan

Jemput ahli keluarga menanya satu soalan injil, kemudian luangkan masa untuk mencari ayat yang boleh membantu menjawab soalan itu.

Paparkan Tulisan Suci

Pilih satu ayat suci yang bermakna bagi anda dan paparkan ayat suci tersebut di tempat yang sering dapat dilihat oleh ahli keluarga. Jemput ahli keluarga lain mengambil giliran memilih satu ayat suci untuk dipaparkan.

Buatkan Senarai Tulisan Suci

Sebagai sekeluarga, pilih beberapa ayat yang anda ingin bincangkan pada minggu depan.

Hafal Tulisan Suci

Pilih satu petikan ayat suci yang bermakna bagi keluarga anda dan jemput ahli keluarga untuk menghafal ayat tersebut dengan mengulangi setiap hari atau bermain permainan ingatan.

Imej
orang ramai menyanyi bersama-sama di rumah

Kongsi Pengajaran Berobjek

Cari objek yang berkaitan dengan asas-asas injil dalam petikan ayat suci yang anda baca sebagai sekeluarga. Jemput ahli keluarga untuk membincangkan cara setiap objek itu berkaitan dengan ajaran-ajaran dalam tulisan suci.

Pilih Topik

Minta ahli keluarga mengambil giliran memilih satu topik yang akan dikaji secara sekeluarga. Gunakan Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) untuk mencari petikan ayat suci tentang topik itu.

Lukis Gambar

Baca beberapa ayat sebagai sekeluarga, kemudian berikan masa untuk ahli keluarga melukis sesuatu yang berkaitan dengan perkara yang anda telah baca. Luangkan masa untuk membincangkan tentang lukisan itu.

Lakonkan Cerita

Selepas membaca sebuah cerita, jemput ahli keluarga melakonkan cerita itu. Selepas itu, bincangkan tentang cara cerita itu berkaitan dengan perkara yang anda alami secara individu dan secara sekeluarga.

Presiden Russell M. Nelson berkata: “Saya berjanji apabila anda tekun membentuk semula rumah anda kepada satu pusat pembelajaran injil, pada akhirnya hari Sabat anda akan menjadi satu kegembiraan. Anak-anak anda akan suka belajar dan mematuhi ajaran-ajaran Juruselamat, dan pengaruhan musuh dalam kehidupan anda dan dalam rumah anda akan berkurangan. Perubahan dalam keluarga anda akan menjadi dramatik dan berterusan” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik”, Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 113).

Cetak