Perjanjian Lama 2022
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga


“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Sumber Ini Adalah Untuk Siapa?

Sumber ini adalah untuk setiap individu dan keluarga dalam Gereja. Kandungan ini direka untuk membantu anda belajar injil—secara diri sendiri atau bersama keluarga anda. Jika anda belum mempelajari injil secara kerap, sumber ini boleh membantu anda bermula. Jika anda sudah mengamalkan tabiat mempelajari injil yang baik, sumber ini akan membantu anda mempunyai pengalaman yang lebih bermakna.

Bagaimanakah Harus Saya Gunakan Sumber Ini?

Gunakan sumber ini dalam apa cara pun yang boleh membantu anda. Sumber ini boleh menjadi panduan atau bantuan yang berguna untuk pengkajian tulisan suci peribadi dan sekeluarga. Anda juga boleh menggunakan sumber ini untuk malam keluarga. Garis panduan menunjukkan asas-asas penting daripada Perjanjian Lama, mencadangkan idea pengkajian dan aktiviti untuk individu dan keluarga, serta menyediakan ruang untuk mencatat tanggapan anda.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga bukan untuk menggantikan atau bersaing dengan perkara baik yang sedang anda lakukan. Ikut bimbingan Roh untuk memutuskan cara anda mempelajari firman Tuhan.

pasangan sedang mempelajari tulisan suci di rumah

Bagaimanakah Sumber Ini Berkaitan dengan Apa yang Berlaku di Gereja?

Garis panduan dalam sumber ini disusun mengikut jadual pengkajian mingguan. Sumber Ikutlah Aku untuk Sekolah Primer, untuk Sekolah Minggu dan untuk kuorum Imamat Harun dan kelas Remaja Puteri mengikut jadual yang sama. Untuk menyokong usaha anda mempelajari dan menjalani injil di rumah, pengajar anda di gereja akan memberi anda peluang untuk berkongsi pengalaman, pandangan serta soalan anda mengenai petikan ayat suci yang anda telah pelajari di rumah.

Oleh kerana Sekolah Minggu diajar hanya dua kali sebulan, pengajar Sekolah Minggu boleh memilih untuk melangkau atau menggabungkan garis panduan demi mengikut jadual mingguan. Begitu juga (untuk kedua-dua Sekolah Minggu dan Primer) pada minggu apabila mesyuarat Gereja tetap tidak diadakan kerana persidangan pancang atau sebab-sebab lain. Sepanjang minggu ini, anda dijemput untuk terus mengkaji Perjanjian Lama di rumah.

Perlukah Saya Mengikut Jadual?

Jadual ini akan membantu anda selesai membaca pilihan kandungan daripada Perjanjian Lama dan Mutiara yang Sangat Berharga menjelang akhir tahun. Di samping itu, mengikuti jadual yang sama seperti yang lain boleh membawa kepada pengalaman yang bermakna di rumah, di gereja dan di tempat lain. Tetapi jangan merasa terikat dengan jadual atau dipaksa untuk membaca setiap ayat; jadual tersebut hanya panduan untuk membantu anda menetapkan kelajuan pembelajaran anda. Perkara yang penting ialah anda belajar injil secara individu dan secara sekeluarga.

Nota mengenai Jadual Pembacaan Perjanjian Lama

Jadual pembacaan Ikutlah Aku bagi tahun 2022 tidak termasuk setiap bab dalam Perjanjian Lama. Oleh kerana Perjanjian Lama lebih panjang daripada jilid kitab suci yang lain, sesetengah bab dan kitab tidak dimasukkan supaya jadual pembacaan lebih teratur untuk anda serta keluarga anda.

Bab dan kitab telah dipilih untuk mengelakkan lebihan dan menyerlahkan petikan yang bersaksi kepada Yesus Kristus, mengandungi ajaran yang kaya serta sangat berkaitan dengan zaman kita. Misalnya, jadual pembacaan yang dicadangkan tidak termasuk 1dan 2 Tawarikh kerana kebanyakan kandungan kitab tersebut adalah serupa dengan 1dan 2 Raja-Raja. Jadual ini juga tidak termasuk Kidung Agung, kerana Nabi Joseph Smith berpendapat tulisan suci itu tidak mengilhamkan (lihat Panduan Tulisan Ayat, “Kidung Agung”, scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Walau bagaimanapun, ingat bahawa ini hanyalah jadual pengkajian yang dicadangkan. Pengkajian tulisan suci peribadi dan keluarga anda harus dibimbing oleh wahyu peribadi.