“13–19 April. Mosia 1–3: ‘Dipenuhi dengan Kasih terhadap Tuhan dan Semua Manusia,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“13–19 April. Mosia 1–3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
13–19 April
Mosia 1–3
“Dipenuhi dengan Kasih terhadap Tuhan dan Semua Manusia”
Terdapat banyak asas-asas di dalam Mosia 1–3 yang anda boleh bincang bersama kelas anda. Berdoa untuk bimbingan untuk mengetahui asas yang akan menjadi bermakna bagi mereka yang anda ajari.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Berikan kesempatan kepada ahli-ahli kelas untuk berbicara tentang pengkajian peribadi dan keluarga mereka tentang Mosia 1–3, jemputlah mereka untuk berkongsi dengan orang lain satu ayat yang mereka temui mengilhamkan.
Mengajar Ajaran
Menerima firman Tuhan memerlukan persediaan.
-
Satu cara untuk memulakan perbincangan tentang bersedia untuk menerima firman Tuhan mungkin untuk berbicara tentang kesan-kesan bersedia—atau tidak bersedia—atau hal-hal lain. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman-pengalaman tentang persediaan atau kekurangan persediaan mereka mempengaruhi pengalaman mereka miliki di sekolah atau tempat kerja atau aktiviti yang lain. Selepas mereka berkongsi, anda boleh menjemput separuh dari kelas untuk membaca Mosia 2:1–9, selidiki hal-hal yang rakyat Raja Benyamin lakukan untuk bersedia menerima firman Tuhan. Separuh yang lain boleh menyelidiki ayat yang sama, selidiki hal-hal yang Raja Benyamin lakukan untuk menunjukkan apa dia rasakan tentang firman Tuhan dan keperluan untuk kongsinya. Kemudian mintalah setiap kumpulan untuk berkongsi idea-idea mereka. Apakah yang kita boleh pelajari dari ayat-ayat ini yang dapat membantu kita menerima firman Tuhan?
Ketika kita melayani orang lain, kita juga melayani Tuhan.
-
Raja Benyamin adalah hamba teladan kepada Tuhan dan mereka yang di sekelilingnya. Apakah yang ahli-ahli kelas anda boleh pelajari darinya untuk membantu mereka dalam usaha mereka untuk melayani orang lain? Pertimbangkan untuk memulakan perbincangan dengan meminta ahli-ahli kelas untuk menyenaraikan halangan yang orang hadapi dalam memberikan pelayanan kepada orang lain—seperti alasan kita tidak melayani atau alasan pelayanan kita tidak membantu. Kemudian mereka boleh mengkaji Mosia 2:10–26 dan membuat senarai tentang kebenaran-kebenaran yang Raja Benyamin ajarkan tentang melayani orang lain dapat membantu mereka mengatasi halangan yang mereka senaraikan. Apakah individu dan keluarga dapat lakukan untuk menumpukan pada pelayanan dalam kehidupan harian mereka? Pertimbangkan berkongsi kisah oleh Presiden Thomas S. Monson di dalam “Sumber-sumber Tambahan” sebagai satu cadangan.
-
Lagu rohani seperti “Pengembara yang Sengsara” (Nyanyian Rohani, no. 17) boleh menekan pesanan yang ditemui di Mosia 2:17—ketika kita melayani orang lain, kita sedang melayani Tuhan. Bagaimanakah anda menggunakan sumber demikian untuk menekankan pesanan Raja Benyamin? Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman mereka miliki dengan melayani orang lain atau menerima pelayanan seseorang yang bersifat Kristus. Sebagai sebahagian dari perbincangan anda, pertimbangkan untuk berkongsi petikan oleh Presiden Henry B. Eyring: “Ketika kita menawarkan sokongan bagi sesiapa pun, Juruselamat merasakannya seolah-olah kita menghulurkan tangan untuk menyokong Dia” (“Bukankah Ini Sumbangan Puasa yang Sudah Saya Pilih?” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 22). Pendapat anda mengapakah kita sedang melayani Tuhan ketika kita melayani orang lain?
Kebahagiaan datang dari mematuhi perintah-perintah Tuhan.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas “mempertimbangkan keadaan yang diberkati dan bahagia bagi mereka yang mematuhi perintah-perintah Tuhan,” akan membantu dengan memulakan dengan definisi kebahagiaan. Bagaimanakah ahli-ahli kelas akan menggambarkan kebahagiaan yang datang melalui kepatuhan kepada Tuhan? Mereka boleh membayangkan bahawa mereka mempunyai seorang kawan yang berkata bahawa dia gembira tanpa mematuhi perintah-perintah tersebut. Jemputlah mereka untuk membaca Mosia 2:38–41 dan membincangkan bagaimana mereka boleh membantu kawan mereka memahami perbezaan di antara kebahagiaan duniawi dan kebahagiaan abadi. Apakah pengalaman atau contoh dari orang-orang hidup yang dapat ahli-ahli kelas kongsi yang mencontohkan kebahagiaan abadi?
Keselamatan datang hanya “melalui nama Kristus, Tuhan.”
-
Pesanan Raja Benyamin termasuklah nubuat hebat dan teliti tentang kelahiran, pelayanan, dan korban tebusan Yesus Kristus. Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi ayat-ayat dari Mosia 3:1–20 yang khususnya mengagumkan mereka dan membantu mereka memahami Juruselamat dan misi-Nya. Mintalah mereka untuk berkongsi mengapa ayat-ayat ini mengagumkan mereka.
-
Pengenalan kepada Kitab Mormon mengajarkan bahawa kitab tersebut “menggariskan rancangan keselamatan.” Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana khutbah Raja Benyamin membantu mencapai tujuan Kitab Mormon, anda boleh menulis di papan tulis Yesus Kristus Memungkinkan Keselamatan. Ahli-ahli kelas boleh menyemak Mosia 3:1–20, dan kemudian anda atau mereka boleh menyenaraikan di papan tulis kebenaran-kebenaran yang mereka pelajari tentang rancangan keselamatan. Tanyakan ahli-ahli kelas apa yang mereka pelajari tentang bagaimana Yesus Kristus menjadikan rancangan keselamatan mungkin. Kemudian berikan ahli-ahli kelas masa untuk menyemak Mosia 3:18–19 dan berkongsi apa yang harus kita lakukan untuk menjadi orang suci dan menerima keselamatan. Bagaimanakah Korban tebusan Yesus Kristus membantu kita melaksanakan ini? Mintalah ahli-ahli kelas untuk berkongsi perasaan mereka tentang peranan Juruselamat di dalam rancangan keselamatan.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Pernahkah ahli-ahli kelas anda memiliki pengalaman ketika satu ajaran yang diajarkan di dalam ucapan, pengajaran, atau tulisan suci mengubah mereka? Beritahu kepada mereka bahawa di Mosia 4–6 mereka akan terbaca tentang kesan dramatik kebenaran-kebenaran yang diajarkan oleh Raja Benyamin kepada rakyatnya.
Sumber-sumber Tambahan
Melayani orang lain.
Presiden Thomas S. Monson berkata:
“Beberapa tahun lalu, saya membaca sebuah artikel ditulis oleh Jack McConnell, MD. Dia dibesarkan di bukit barat daya Virginia di Amerika Syarikat sebagai satu dari tujuh anak kepada seorang pelayan Methodist dan seorang ibu suri rumah. Keadaan mereka sangat sederhana. Beliau mengisahkan kembali bahawa ketika zaman kanak-kanaknya, setiap hari semasa keluarga tersebut duduk di meja makan, ayahnya akan meminta setiap satu secara bergilir, ‘Apakah yang anda lakukan untuk seseorang hari ni?’ Kanak-kanak tersebut berazam untuk melakukan kebaikan setiap hari agar mereka boleh melaporkan kepada ayah mereka bahawa mereka telah membantu seseorang. Dr. McConnell mengelar ini sebagai warisan ayahnya yang paling berharga, untuk tanggapan tersebut dan kata-kata tersebut yang mengilhami dia dan adik beradiknya untuk membantu orang lain sepanjang kehidupan mereka. Semasa mereka telah dewasa dan matang, motivasi mereka untuk menyediakan pelayanan bertukar kepada hasrat untuk membantu orang lain.
“Selain kerjaya perubatan Dr.McConnell’s yang cemerlang … dia menubuhkan sebuah organisasi yang dia gelar Sukarelawan dalam Perubatan, yang memberi kakitangan perubatan bersara kesempatan untuk menjadi sukarelawan di klinik percuma berkhidmat untuk pekerjaan yang tidak diinsuranskan. Dr. McConnell berkata masa lapangnya sejak beliau bersara adalah ‘terbenam dalam kerja selama 60 jam tanpa gaji, tetapi tahap tenaga [beliau] meningkat dan terdapat kepuasan dalam kehidupannya yang tidak ada sebelumnya.” [Jack McConnell, “And What Did You Do for Someone Today?” Newsweek, Jun 18, 2001, 13.] …
“Semestinya, tidak semua kita boleh menjadi Dr. McConnells, mendirikan klinik perubatan untuk membantu yang miskin, bagaimanapun, keperluan orang lain sentiasa wujud, dan setiap kita dapat melakukan sesuatu untuk membantu seseorang. …
“Saudara dan saudariku, kita dikelilingi oleh orang yang perlukan perhatian kita, galakan kita, sokongan kita, kesenangan hati dari kita, kebaikan hati kita—mahupun mereka keluarga anda, rakan anda, kenalan anda atau orang asing. Kitalah tangan Tuhan pada bumi ini, kita diarah untuk melayan dan meningkatkan anak-anak-Nya. Dia bergantung pada kita setiap orang… Agar kita menanyakan diri kita sendiri soalan yang menyapa Dr. Jack McConnell dan saudara dan saudarinya setiap petang pada masa makan malam: “Apakah yang saya telah lakukan untuk seseorang hari ini?’” (“What Have I Done for Someone Today?” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 84–87).