“20–26 April. Mosia 4–6: ‘Perubahan Yang Hebat,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu:— Kitab Mormon 2020 (2020)
“20–26 April. Mosia 4–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
20–26 April
Mosia 4–6
“Perubahan Yang Hebat”
Bacalah Mosia 4–6, dan catatkan tanggapan-tanggapan rohani anda. Semasa anda menerima tanggapan, anda boleh bertanya, seperti Elder Richard G. Scott cadangkan, “Adakah banyak yang perlu saya ketahui?” (“To Acquire Spiritual Guidance,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 8).
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Anda boleh memulakan perbincangan kelas anda dengan menanyakan ahli-ahli kelas untuk berkongsi salah satu ajaran-ajaran Raja Benyamin dari Mosia 4–5 yang mereka ingin terapkan lebih baik dalam kehidupan mereka.
Mengajar Ajaran
Melalui Yesus Kristus, kita dapat menerima dan mendapat pengampunan akan dosa-dosa kita.
-
Sesetengah orang telah beranggapan salah bahawa pertaubatan memerlukan usaha yang kecil; yang lain mempercayai bahawa ia memerlukan usaha yang terlalu banyak. Untuk membantu ahli-ahli kelas lebih memahami bahawa apa yang diperlukan untuk menerima pengampunan dosa-dosa, anda boleh menjemput mereka untuk mencari ajaran-ajaran Raja Benyamin di Mosia 4:1–12, mencari syarat-syarat Bapa Syurgawi memberikan pengampunan akan dosa-dosa. Ahli-ahli kelas boleh menyenaraikan di papan tulis apa yang mereka temui. Mintalah mereka untuk fikirkan sebuah analogi untuk membantu menjelaskan apa yang mereka telah pelajari. Sebagai contoh, mereka boleh membandingkan pengampunan akan dosa-dosa sebagai penghutang “menyerahkan” atau membatalkan sebuah hutang. Atau mereka boleh membandingkan pengampunan dosa-dosa dengan menjaga sesuatu yang memerlukan pemeliharaan berterusan, seperti sebuah taman atau sebuah rumah.
-
Pertimbangkan untuk menanya ahli-ahli kelas apa yang mereka akan katakan kepada seseorang yang tertanya sekiranya pertaubatan berbaloi untuk berusaha. Bagaimanakah mereka membantu seseorang yang kecewa dan berasa mengatasi dosa dan kelemahan adalah mustahil? Anda dapat membantu menyediakan ahli-ahli kelas untuk perbualan sedemikian dengan meminta mereka untuk meluangkan masa beberapa minit untuk mencari perkataan Raja Benyamin di Mosia 4:1–12 bagi kebenaran-kebenaran yang boleh membantu seseorang di salah satu situasi ini. Ahli-ahli kelas kemudian boleh berkongsi kebenaran-kebenaran yang mereka temui dengan seseorang yang duduk berdekatan.
Semasa kita bertaubat, kita akan dipenuhi dengan kasih Tuhan.
-
Bagaimanakah kita mengetahui sekiranya kita telah menerima pengampunan akan dosa-dosa kita? Raja Benyamin menjelaskan beberapa hasil dari pertaubatan yang sejati—jemputlah ahli-ahli kelas anda untuk mencarinya di dalam Mosia 4:13–16. Anda juga boleh menjemput mereka untuk merenungkan kehidupan mereka sendiri dan menilai seberapa baik mereka menjalani ajaran-ajaran di dalam ayat-ayat ini. Apakah tanda-tanda yang ahli-ahli kelas lihat bahawa mereka telah bertukar hati? Bagaimanakah hubungan kita dengan orang lain berubah semasa kita datang kepada Kristus melalui pertaubatan? Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah lihat ini berlaku di dalam kehidupan mereka.
-
Mosia 4:11–12 and 14–16 dapat menjemput sebuah perbincangan tentang apa yang mengilhami ibu bapa yang soleh. Bagaimanakah ayat-ayat ini ajarkan tentang menjadi ibu bapa yang lebih baik?
-
Sekiranya anda berasa terilhami untuk mempunyai perbincangan tentang ajaran-ajaran Raja Benyamin tentang menjaga yang miskin dan memerlukan, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mengambil bergilir membaca ayat-ayat dari Mosia 4:16–27. Selepas setiap ayat dibaca, orang yang membaca boleh merumuskan dalam perkataannya sendiri apa yang Raja Benyamin telah ajarkan. Pesanan Elder Jeffrey R. Holland’s “Are We Not All Beggars?” (Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 40–42) boleh digunakan untuk tambahan kepada perbincangan ini. Bagaimanakah kita dapat mengikuti nasihat Raja Benyamin untuk tidak “berlari lebih cepat dari kekuatan yang [kita miliki]”? (Mosia 4:26–27). Bagaimanakah perintah untuk “memberikan barang [kita] kepada yang miskin” dikaitkan kepada pengampunan akan dosa-dosa kita?
Kita harus menjaga pemikiran, perkataan, dan perbuatan kita.
-
Kadangkala ia kelihatan seakan-akan lebih mudah sekiranya Tuhan memberikan kita senarai terperinci tentang setiap kemungkinan dosa. Sebaliknya, Dia memberitahu kita, “Jagalah dirimu … dan teruskan di dalam iman apa yang anda telah dengar berkaitan kedatangan Tuhan kita” (Mosia 4:30). Untuk membantu kelas anda membincangkan asas ini, anda dapat menanyakan mereka soalan-soalan seperti ini: Bagaimanakah pemikiran, perkataan, dan perbuatan kita mempengaruhi diri kita dan orang lain? Apakah maksud “teruskan dalam iman”? Apakah nasihat yang kita dapat kongsi dengan sesama untuk membantu kita “menjaga” diri kita sendiri?
Roh Tuhan boleh menyebabkan perubahan yang hebat di dalam hati kita.
-
Untuk memulakan perbincangan tentang perubahan yang tidak terhingga yang injil Yesus Kristus dapat bawa ke dalam kehidupan kita, anda dapat menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi beberapa sebab mengapa sering sukar untuk membuat perubahan yang berkekalan di dalam kehidupan kita. Kemudian jemputlah mereka untuk membaca Mosia 5:1–5, mencari “perubahan yang hebat” rakyat Raja Benyamin alami. Apakah kebenaran-kebenaran tentang perubahan hati yang kita pelajari dari pengalaman mereka? Pertimbangkan untuk meminta beberapa ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana Roh Kudus telah membantu mereka mengubah hati mereka. Anda juga boleh menonton salah satu video cadangan ini di “Sumber-sumber Tambahan.”
-
Selepas membincangkan kebenaran-kebenaran di Mosia 5:1–7, beberapa ahli-ahli kelas mungkin tertanya mengapa perubahan hati mereka tidak kelihatan dramatik atau segera seperti pengalaman rakyat Raja Benyamin. Penyataan dari Elder D. Todd Christofferson di dalam “Sumber-sumber Tambahan” menjawab soalan ini. Apakah yang kita dapat pelajari dari Elder Christofferson tentang penukaran hati?
Tuhan menjemput saya untuk membuat perjanjian dengan-Nya.
-
Mosia 5:5–15 dapat membantu ahli-ahli kelas memahami berkat-berkat yang mereka terima ketika mereka membuat dan mematuhi perjanjian-perjanjian bersama Tuhan. Anda dapat menjemput mereka untuk menyemak ayat-ayat ini bersama perjanjian pembaptisan dan tatacara sakramen di minda dan berkongsi apa yang mereka pelajari. (Lihat juga A&P 20:77, 79.)
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Banyak ahli-ahli kelas anda mungkin pernah mengalami atau baru-baru ini mengalami kesusahan atau percubaan peribadi. Beritahu kepada mereka di Mosia 7–10 mereka akan terbaca tentang sekumpulan orang yang mempelajari bagaimana untuk mempercayai Tuhan semasa masa-masa percubaan mereka.
Sumber-sumber Tambahan
Perubahan sering kali adalah sebuah proses.
Elder D. Todd Christofferson berbicara tentang perubahan hati yang hebat yang digambarkan di dalam tulisan suci:
“Anda mungkin bertanya, Mengapakah perubahan yang hebat ini tidak terjadi lebih cepat pada diri saya? Anda hendaknya mengingat bahawa contoh-contoh menakjubkan dari rakyat Raja Benyamin, Alma, dan beberapa orang lainnya dalam tulisan suci adalah contoh yang menakjubkan dan bukan biasa. Bagi kebanyakan dari kita, perubahan lebih secara berperingkat dan terjadi terus-menerus. Dilahirkan semula, tidak seperti kelahiran fizikal kita, ia lebih kepada satu proses daripada acara. Dan melibatkan diri dalam proses ini adalah tujuan utama kefanaan.
Pada masa yang sama, janganlah kita menghakimi diri kita sendiri dalam usaha yang sederhana. Janganlah kita merasa senang untuk mempertahankan beberapa keinginan untuk berbuat jahat. Biarlah secara layak mengambil sakramen setiap minggu dan terus menerima Roh Kudus untuk menanggalkan bekas-bekas kenajisan dalam diri kita. Saya memberikan kesaksian bahawa sewaktu Anda melanjutkan di jalan kelahiran semula secara rohani, kasih kurnia penebusan Yesus Kristus akan melepaskan dosa-dosa anda dan noda dosa-dosa itu dalam diri Anda, godaan-godaan akan kehilangan daya tariknya, dan melalui Kristus Anda akan menjadi kudus, seperti Dia dan Bapa kita yang adalah kudus” (“Born Again,” Ensign atau Liahona, Mei 2008, 78).