Ikutlah Aku
30 Mac–12 April. Hari Easter: “Dia Akan Bangkit … dengan Penyembuhan dalam Sayap-Nya”


“30 Mac–12 April. Hari Easter: ‘Dia Akan Bangkit … dengan Penyembuhan dalam Sayap-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“30 Mac–12 April. Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Kristus yang telah bangkit bersama para Rasul-Nya

Christ and the Apostles, oleh Del Parson

30 Mac–12 April

Hari Easter

“Dia Akan Bangkit … dengan Penyembuhan dalam Sayap-Nya”

Hari Ahad Easter adalah kesempatan yang baik untuk kelas anda untuk menguatkan kesaksian mereka tentang Yesus Kristus dan Kebangkitan-Nya—dan untuk menguatkan kesaksian sesama. Ingatlah di minda semasa anda mengkaji tulisan suci untuk persediaan pengajaran ini. Carilah bimbingan rohani tentang apa yang akan menyentuh hati ahli-ahli di kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli-ahli kelas anda mungkin mempunyai pengalaman yang bermakna dalam dua minggu lepas membaca apa yang Kitab Mormon ajarkan tentang Kebangkitan dan Korban tebusan Yesus Kristus. Berikan mereka beberapa minit untuk mencari ayat yang menakjubkan mereka, dan kemudian jemputlah mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

2 Nefi 9:7–15; Alma 11:41–45; 40:21–23

Kebangkitan adalah penyatuan abadi badan dan roh.

  • Perbandingan boleh menjadi cara yang berkesan untuk mengajar asas injil. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca 2 Nefi 9:7–15 dan Alma 11:41–45 dan mengenal pasti perkataan dan ayat di dalam ayat-ayat ini yang mengajar tentang kebangkitan. Kematian dibandingkan dengan apa? Bagaimanakah kebangkitan digambarkan? Mengapakah kita memerlukan tubuh yang telah dibangkitkan? (lihat juga A&P 93:33–34). Ahli-ahli kelas boleh membincangkan bagaimana mereka akan menggunakan perbandingan ini untuk mengajar seseorang tentang kebangkitan. Semasa mereka berkongsi idea-idea mereka bersama kelas, anda boleh berbincang bersama mereka mengapa mereka menilai kebenaran-kebenaran tentang Kebangkitan ini.

  • Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi waktu ketika mereka berasa bersyukur untuk pengetahuan mereka tentang Kebangkitan. Bagaimanakah pengetahuan tersebut mempengaruhi kehidupan kita lebih kerap? Anda boleh membantu ahli-ahli kelas anda untuk menjawab soalan ini dengan menjemput setiap mereka untuk menyelidiki 2 Nefi 9:7–15; Alma 11:41–45; atau Alma 40:21–23 dan menyenaraikan di papan tulis kebenaran yang mereka temui tentang Kebangkitan. Kemudian anda boleh menulis dua ayat berikut di papan tulis dan meminta ahli-ahli kelas untuk renungkan untuk beberapa minit sebelum berkongsi bagaimana mereka akan menyelesaikannya: Sekiranya saya tidak mengetahui hal-hal ini… dan Kerana saya mengetahui hal-hal ini….

Kristus berdoa di Taman Getsemani

Gethsemane, oleh Michael T. Malm

Mosia 3:5–7; 15:5–9; Alma 7:11–13

Yesus Kristus mengambil ke atas dirinya dosa, kesakitan dan kelemahan kita.

  • Renungkan dan bincangkan penderitaan Juruselamat bagi pihak kita dapat menjemput Roh dan mengilhami perasaan kasih dan kesyukuran terhadap Juruselamat. Untuk menggalakkan renungan dan perbincangan, anda boleh melukis carta di papan tulis serupa dengan yang dicadangkan di rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan jemputlah ahli-ahli kelas untuk melengkapkan ia menggunakan Mosia 3:5–7; 15:5–9; dan Alma 7:11–13 dan pengalaman mereka sendiri. Sebagai diarahkan oleh Roh, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi perasaan mereka tentang apa yang Yesus Kristus telah lakukan untuk mereka.

  • Muzik kudus dapat menjemput Roh dan menekankan ajaran yang anda ajari. Ahli-ahli kelas boleh menyemak Mosia 3:5–7; 15:5–9; dan Alma 7:11–13 dan cari dan nyanyikan lagu rohani yang mereka rasa sesuai dengan pesanan di dalam ayat-ayat ini (anda juga boleh menjemput seseorang untuk menyanyikan atau memainkan lagu rohani tersebut). Lampiran tulisan suci di belakang buku lagu rohani boleh membantu, dan lagu rohani yang lain dicadangkan di “Sumber-sumber Tambahan”. Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi ayat dari lagu rohani dan tulisan suci yang membantu mereka menghargai pengorbanan Juruselamat dengan lebih dalam.

Enos 1:1–19; Mosia 5:1–2; 27:8–28:4; Alma 24:7–19

Korban Tebusan Yesus Kristus membersihkan kita dan membantu menyempurnakan kita.

  • Satu cara berkesan untuk mempelajari tentang kuasa Juruselamat untuk mengubah kehidupan kita adalah untuk mengkaji contoh-contoh bagaimana Dia telah mengubah kehidupan orang lain semasa mereka bertaubat dan datang kepada-Nya. Kitab Mormon mengandungi banyak contoh-contoh sedemikian. Anda boleh menugaskan setiap ahli-ahli kelas untuk membaca tentang salah satu contoh-contoh ini, (lihat Enos 1:1–19), rakyat Raja Benyamin (lihat Mosia 5:1–2), Alma yang Muda (lihat Mosia 27:8–28:4), atau Anti-Nefi-Lehi (lihat Alma 24:7–19), atau mereka boleh memikirkan contoh lain dari tulisan suci. Kemudian beberapa ahli-ahli kelas boleh merumuskan pengalaman yang mereka telah baca. Mungkin kelas anda akan suka melakukan ini dengan memberikan petunjuk untuk membantu seluruh kelas meneka siapa yang mereka gambarkan. Mereka juga boleh membincangkan soalan seperti ini: Bagaimanakah orang-orang ini menunjukkan perubahan? Apakah peranan Juruselamat di dalam perubahan mereka? Beberapa ahli-ahli kelas boleh berbicara tentang bagaimana Juruselamat telah bekerja “perubahan yang hebat … dalam hati [mereka]” (Mosia 5:2). Untuk mempelajari lebih tentang bagaimana Juruselamat mengubah kita—dan mengapa perubahan tersebut sungguh penting—anda boleh berkongsi dengan kelas analogi yang diberikan oleh Presiden Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Tambahan.”Sumber-sumber Tambahan

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca Mosia 1–3, anda boleh menjemput mereka untuk merenungkan satu masa ketika mereka merasakan keinginan untuk bersukacita selepas membaca atau mendengar pesanan injil. Jemputlah mereka untuk mencari kebenaran-kebenaran yang mereka boleh bersukacita semasa mereka membaca Mosia 1–3.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Nyanyian rohani tentang Korban tebusan Juruselamat.

  • Aku Percaya Kristus,” Nyanyian Rohani, no. 51

  • Dia Hidup Sang Penebusku,” Nyanyian Rohani, no. 53

Analogi: Kita harus menjadi lebih dari bersih.

Presiden Dallin H. Oaks berkongsi sebuah analogi untuk menjelaskan bagaimana Juruselamat menyediakan kita untuk kembali ke hadirat Tuhan:

“Kita sering berfikir keputusan pertaubatan hanya membersihkan kita dari dosa, tetapi itu adalah pandangan yang tidak lengkap. … Seseorang yang berdosa seperti sebatang pokok yang bengkok dengan mudah ketika berangin. Dalam keadaan berangin dan hujan, pokok tersebut bengkok ke tanah sehingga daun-daun dikotori dengan tanah, seperti dosa. Sekiranya kita hanya menumpukan untuk membersihkan daun-daun tersebut, kelemahan pokok ini yang membuatnya bengkok dan mengotori daun-daun akan berterusan. Begitu juga, seseorang yang hanya menyesal untuk dikotori oleh dosa akan berdosa lagi dalam angin ribut yang akan datang. Kecenderungan pengulangan akan berterusan sehingga pokok itu diperkuatkan.

“Ketika seseorang telah melalui proses yang menghasilkan apa yang tulisan suci gelar sebagai ‘hati yang hancur dan jiwa yang menyesal,’ Juruselamat telah lebih dari membersihkan orang tersebut. Dia memberikannya kekuatan baru. Kekuatan tersebut penting untuk kita menyedari tujuan pembersihan, untuk kembali kepada Bapa Syurgawi kita. Untuk memasuki hadirat-Nya, kita harus menjadi lebih dari bersih. Kita juga perlu diubah dari orang yang lemah dari segi moral yang telah berdosa kepada orang yang kuat dengan perawakan rohani untuk tinggal di hadirat Tuhan” (“The Atonement and Faith,” Ensign, Apr. 2010, 33–34).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Hidup layak untuk bimbingan Roh. Ketika anda menjalani injil, anda layak untuk penemanan Roh, yang merupakan pengajar sebenar. Semasa anda mencari bimbingan-Nya, Roh Kudus akan memberi anda pandangan dan tanggapan tentang bagaimana untuk memenuhi keperluan mereka yang anda ajari. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 5.)