“23–29 Mac. Enos–Kata-Kata Mormon: ,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“23–29 Mac. Enos–Kata-kata Mormon,” Ikutlah Aku–Untuk Sekolah Minggu: 2020
23–29 Mac
Enos–Kata-kata Mormon
Dia Bekerja dalam Diriku untuk Melakukan Kehendak-Nya
Bersedia untuk mengajar dengan membaca Enos–Kata-kata Mormon dan membuat pelan rancangan pengajaran Mengajar dengan Cara Juruselamat, 19). Cadangan dan ajaran di dalam rangka panduan ini dapat membantu memberi anda idea-idea.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk memberikan ahli-ahli kelas kesempatan untuk berkongsi apa yang mereka pelajari di rumah, anda boleh membahagikan mereka kepada kumpulan dan tugaskan setiap kumpulan untuk membaca salah satu bab-bab dari Enos–Kata-kata Mormon. Mintalah mereka untuk mencadangkan ayat-ayat dari bab-bab ini yang mereka rasakan kelas harus bincangkan. Senaraikan ayat-ayat ini di papan tulis, dan pilihan beberapa untuk dibincangkan.
Mengajar Ajaran
Kita boleh menerima pengampunan dosa-dosa semasa kita menjalankan iman kepada Yesus Kristus.
-
Ini adalah beberapa soalan yang anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk merenungkan dan membincangkan semasa anda mengkaji Enos 1:1–17: Apakah yang kita pelajari dari pengalaman Enos tentang menerima pengampunan atas dosa-dosa kita? Bagaimanakah Enos menunjukkan imannya dalam Yesus Kristus? Bagaimanakah pengalaman ini mempengaruhi Enos dan bagaimana dia memandang dirinya dan orang lain?
Doa-doa sungguh-sungguh kita akan dijawab.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas mendalami pemahaman mereka akan doa, anda boleh membahagikan mereka kepada kumpulan-kumpulan kecil dan jemputlah setiap kumpulan untuk mengkaji salah satu ayat berikut dari Enos 1: ayat 2–8, 9–11, atau 12–17. Kemudian mintalah setiap kumpulan untuk mengajar yang selebihnya sesuatu yang mereka pelajari tentang doa dari ayat yang mereka ditugaskan. Sebagai contoh, anda boleh menjemput mereka untuk berkongsi perkataan dan ayat yang menggambarkan bagaimana Enos telah berdoa.
-
Sebagai tambahan untuk mempelajari tentang bagaimana Enos berdoa, kita juga boleh mempelajari banyak dari apa yang Enos doakan. Mungkin ahli-ahli kelas boleh mengenal pasti siapa atau apa yang Enos doakan di Enos 1:4–17. Mengikut ayat-ayat ini, mengapakah Enos berhasrat untuk berdoa bagi orang lain? Apakah kebenaran-kebenaran tentang doa-doa yang kita pelajari dari Enos?
Jika kita mematuhi perintah-perintah, kita akan makmur.
-
Yarom dan penulis-penulis Omni menulis tentang bangsa bangsa Nefi, tetapi pesanan mereka juga berguna untuk individu. Apakah yang kita pelajari dari buku Yarom dan Omni tentang kesolehan membawa kepada kemakmuran? (sebagai contoh, lihat Yakub 1:7–12 dan Omni 1:5–7, 12–18). Akan membantu untuk ahli-ahli kelas untuk mendefinisikan kemakmuran menggunakan kamus dan tulisan suci (sebagai contoh, lihat Alma 37:13; 48:15). Bagaimanakah definisi dunia dibandingkan dengan definisi Tuhan? Bagaimanakah Tuhan membantu rakyat-Nya makmur?
-
Seperti nabi bangsa Nefi bekerja dengan tekun untuk mengajarkan perintah-perintah kepada orang ramai, nabi zaman akhir kita juga mengajar kita tentang perintah-perintah. Selepas membaca Yarom 1:9–12, ahli-ahli kelas boleh membincangkan ajaran-ajaran terbaru pemimpin Gereja yang mengilhami mereka untuk mematuhi perintah. Akan membantu bagi ahli-ahli kelas untuk menyemak pesanan terbaru persidangan umum di majalah-majalah Gereja atau di dalam aplikasi Gospel Library. Atau mereka boleh menyemak standard-standard yang dibincangkan di Untuk Kekuatan Remaja. Jika perlu, anda boleh merujuk kepada senarai pesanan di “Sumber-sumber Tambahan.” Bagaimanakah kepatuhan akan perintah-perintah membantu kita “makmur” di dalam kehidupan kita?
Tuhan membawa banyak orang ke negeri yang dijanjikan.
-
Kitab Mormon mengandungi sejarah yang rumit, dan menjejaki kumpulan yang berbeza ia gambarkan boleh menjadi sukar. Satu cara untuk belajar tentang setiap orang dalam Kitab Mormon ialah membuat carta di papan dan jemputlah kelas untuk mengisi maklumat tentang setiap kumpulan orang (seperti bangsa Nefi, bangsa Laman, dan orang-orang Zarahemla). Sebagai contoh, carta boleh mempunyai tajuk berikut: Nama kumpulan, Bilakah dan bagaimana mereka tiba, dan Apakah yang terjadi kepada mereka. Bincangkan bersama mengapa ia membantu untuk memahami hal-hal anda pelajari tentang setiap kumpulan. Entri di Guide to the Scripture (ChurchofJesusChrist.org) boleh membantu: “Koriantumr,” “Bangsa Yared,” “Bangsa Laman,” “Mulek,” “Bangsa Nefi,” dan “Zarahemla.”
Tuhan akan bekerja melalui kita sekiranya kita mengikuti bimbingan-Nya.
-
Sebagai sebahagian dari perbincangan Kata-kata Mormon, anda boleh menjemput seorang ahli kelas untuk datang dengan bersedia untuk berkongsi mengapa Mormon diilhami untuk memasukkan kepingan-kepingan kecil (1 Nefi–Omni) di dalam Kitab Mormon. Ahli kelas ini boleh bersedia dengan membaca Kata-kata Mormon dan sumber-sumber lain, seperti Ajaran dan Perjanjian 10:8–19, 39–45; rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga; dan bab 5 tentang Saints, volume 1. Galakkan ahli-ahli kelas untuk memasukkan butiran yang relevan tentang 116 halaman manuskrip Kitab Mormon yang hilang dan mengapa kepingan-kepingan kecil diperlukan untuk menggantikan halaman yang hilang. Apakah kebenaran-kebenaran yang ahli-ahli kelas pelajari dari ini tentang bagaimana Tuhan bekerja melalui manusia? Apakah yang ahli-ahli kelas temui di Kata-kata Mormon 1:1–8 yang mengilhami mereka untuk mengikuti arahan Tuhan bahkan ketika mereka tidak sepenuhnya memahami alasannya?
-
Mormon memberkati ribuan nyawa kerana dia mengikuti bisikan Roh tentang kepingan-kepingan kecil (lihat Kata-kata Mormon 1:7). Fikirkan cara-cara anda boleh membantu ahli-ahli kelas anda memahami bahawa mereka juga boleh memberkati orang lain semasa mereka cuba untuk menjadi alat di tangan Tuhan dan mengikuti bisikan Roh Kudus. Bagaimanakah Tuhan bekerja melalui Mormon? Apakah yang ahli-ahli kelas telah lihat Tuhan lakukan melalui mereka atau orang lain semasa mereka memberi perhatian kepada Roh dan cuba melakukan kehendak Tuhan? Kisah tentang Presiden Thomas S. Monson di dalam “Sumber-sumber Tambahan” menyediakan contoh yang mungkin membantu ahli-ahli kelas berfikir tentang contoh-contoh dalam kehidupan mereka.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Kerana persidangan umum dan Hari Easter akan datang dalam beberapa minggu akan datang, galakkan ahli-ahli kelas untuk mendengar kepada pesanan yang Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul berkongsi kesaksian khusus mereka tentang Yesus Kristus.
Sumber-sumber Tambahan
Pesanan-pesanan persidangan umum tentang mematuhi perintah-perintah.
-
Thomas S. Monson, “Patuhi Perintah,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 83–85
-
Dieter F. Uchtdorf, “Menjalankan Injil yang Gembira,” Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 120–23
-
Dallin H. Oaks, “No Other Gods,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 72–75
“Salam tangan setiap kanak.”
Semasa Presiden Thomas S. Monson melayani sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul, dia berbicara kepada kanak-kanak Sekolah Primer yang berkumpul di sebuah perkampungan Samoa. Selepas itu, dia terilham untuk secara peribadi menyapa setiap 247 kanak-kanak yang hadir. Bagaimanapun, dia menyedari bahawa dia tidak mempunyai masa; dia cuba untuk mengeluarkan kata-kata sapaan dari mindanya tetapi tidak dapat.
Akhirnya dia berpaling kepada pengajar kanak-kanak tersebut dan berkata, “Saya sangat mahu untuk berjabat tangan dengan setiap budak lelaki dan budak perempuan. Adakah ini mungkin?”
Pengajar tersebut senyum dan berbicara kepada kanak-kanak tersebut dalam bahasa Samoa. Mereka mengangguk kepala mereka dengan penuh semangat sebagai balasan. Pengajar tersebut kemudian memberitahu Elder Monson bahawa dia mengetahui bahawa salah seorang dari Dua Belas Rasul akan mengunjungi Samoa, dia telah berjanji kepada kanak-kanak sekiranya mereka akan berdoa dengan ikhlas dan memiliki iman, Elder Monson akan melawat perkampungan mereka dan akan disentuh oleh Roh Kudus untuk berjabat tangan dengan setiap kanak-kanak (lihat Thomas S. Monson, “Friend to Friend: Talofa Lava,” Friend, Mei 1972, 12–13).