“9–15 Mac. Yakub 1–4: ‘Diperdamaikan Dengan Tuhan Melalui Korban Tebusan Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“9–15 Mac. Yakub 1–4,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
9–15 Mac
Yakub 1–4
Diperdamaikan Dengan Tuhan Melalui Korban Tebusan Kristus
Yakub 1–4 mengandungi banyak ajaran-ajaran yang berguna untuk kita hari ini. Semasa anda membaca bab-bab ini, pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu mereka yang anda ajari menjalankan ajaran yang Yakub ajarkan.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi pandangan dari Yakub 1–4, anda boleh mengagihkan helaian kertas dan menjemput ahli-ahli kelas untuk menulis satu rujukan tulisan suci dari bab-bab ini yang mereka temui bermakna. Letakkan helaian tersebut di dalam balang, cabut beberapa, dan jemputlah ahli-ahli yang menulis rujukkan tersebut untuk berkongsi pandangan mereka.
Mengajar Ajaran
Yakub 1:6–8, 15–19; 2:1–11; 4:18
Para pemimpin yang soleh bekerja dengan tekun untuk kesejahteraan jiwa-jiwa.
-
Anda boleh memulakan perbincangan tentang pekerjaan tekun Yakub di antara orang-orangnya dengan meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman ketika mereka telah diberkati oleh pelayanan pemimpin Gereja. Atau pertimbangkan untuk meminta seorang pemimpin Gereja tempatan—yang lalu atau kini—untuk berbicara tentang satu masa ketika dia merasa diilhami untuk melayani seseorang. Ahli-ahli kelas boleh kemudian mencari perkataan dan ayat di Yakub 1:6–8, 15–19; 2:1–11; dan 4:18 yang membantu kita memahami bagaimana Yakub rasakan tentang panggilannya dan orang-orang yang dia layani. Bagaimanakah kita telah melihat para pemimpin kita mengembangkan panggilan mereka? Apakah ayat-ayat ini cadangkan tentang cara kita harus menyokong para pemimpin kita?
Kita harus mengelak kesombongan dan menjangkau mereka yang dalam keperluan.
-
Tuhan mempunyai amaran keras terhadap bangsa Nefi tentang kesombongan. Untuk membantu memulakan perbincangan topik ini, anda boleh menghubungi beberapa ahli-ahli kelas terlebih dahulu dan meminta mereka untuk mencari cara musuh menyebarkan kasih akan kekayaan di dunia kita pada hari ini. Kemudian jemputlah mereka untuk berkongsi dengan kelas apa yang mereka temui. Ahli-ahli kelas boleh bekerja dalam berpasangan untuk membaca Yakub 2:12–21 dan mencari apa yang Tuhan ajarkan tentang bagaimana kita harus menilai kekayaan harta benda. Mereka kemudian boleh membuat dan berkongsi sekeping poster yang menyampaikan asas tersebut. Sediakan masa untuk ahli-ahli kelas untuk merenungkan secara individu apa yang mereka dapat lakukan untuk menggunakan apa yang mereka pelajari dari pesanan Yakub.
-
Ahli-ahli kelas anda boleh menyemak Yakub 2:12–21 dan menulis soalan-soalan mereka sendiri untuk ditambahkan kepada senarai Elder Perry. Apakah penyataan Elder Perry di “Sumber-sumber Tambahan” menambah kepada pemahaman kita tentang ajaran-ajaran Yakub?
Tuhan menyenangi kemurnian akhlak.
-
Elder David A. Bednar mengajarkan bahawa kita hidup “di dalam dunia secara meningkat menghina kekudusan penciptaan dan mengurangi nilai kehidupan manusia” (“We Believe in Being Chaste,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 41–44). Bagaimanakah anda boleh membantu ahli-ahli kelas menggunakan Yakub 2:23–35 untuk mengatasi pesanan-pesanan dunia tentang kemurnian akhlak? Satu cara adalah menulis di papan tulis Bagaimanakah Tuhan rasakan tentang kemurnian akhlak? Dan menjemput ahli-ahli kelas untuk mencari jawapan kepada soalan tersebut. Beberapa di antara mereka boleh menyelidiki Yakub 2:23–35, dan yang lain boleh menyelidiki rujukan ucapan Elder Bednar di atas. Mereka boleh menyenaraikan di papan tulis jawapan-jawapan yang mereka temui. Untuk membincangkan standard-standard dan berkat-berkat yang datang dengan menjalani hukum kemurnian akhlak, anda boleh menyemak “Kesucian Seksual” (Untuk Kekuatan Remaja, 35–37) . Apakah berkat-berkat dari menjalani kehidupan yang murni?
Bangsa Nefi mempercayai Yesus Kristus.
-
Yakub ingin kita untuk mengetahui bahawa walaupun dia dan orang-orangnya telah hidup beratus tahun sebelum pelayanan fana Juruselamat, mereka mengenali-Nya dan melihat kepada-Nya untuk keselamatan. Mengikut Yakub 4:4–5, mengapa bangsa Nefi mematuhi hukum Musa? Apakah yang kita miliki di masa kita sekarang yang mengarahkan jiwa kita kepada Juruselamat? Apakah lambang atau persamaan yang Yakub gunakan untuk mengajar tentang Yesus Kristus? (lihat juga Genesis 22:1–13).
Saya dapat mengelak dari kebutaan rohani dengan menumpukan pada Juruselamat.
-
Adakah sesiapa di kelas anda yang baru-baru ini menjalani ujian mata? Sekiranya demikian, anda boleh meminta orang ini untuk menggambarkan bagaimana doktor memeriksa penglihatannya. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka fikirkan tentang makna menjadi buta secara rohani Bagaimanakah kebutaan rohani serupa kepada kebutaan jasmani? Jemputlah ahli-ahli kelas untuk mencadangkan cara-cara kita dapat memeriksa sekiranya kita buta secara rohani. Mereka boleh menyemak Yakub 4:8–18 dan cadangkan beberapa hal yang kita dapat lakukan untuk meningkatkan keupayaan kita untuk “melihat” hal-hal rohani.
-
Elder Quentin L. Cook menggariskan empat cara orang yang mungkin memandang “melampaui sasaran” di dalam masa kita (lihat “Sumber-sumber Tambahan”). Apakah perkataannya menambah kepada pemahaman kita tentang Yakub 4:13–15? Apakah maknanya untuk memandang melebihi sasaran? Bagaimanakah kita dapat mengelak dari memandang melebihi sasaran?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca Yakub 5–7,beritahu kepada mereka bahawa mereka akan menemui jawapan kepada soalan ini di Yakub 4:17 semasa mereka membaca tiga bab seterusnya dengan penuh doa.
Sumber-sumber Tambahan
Sikap kita terhadap kekayaan harta benda
Merujuk kepada Yakub 2:13–19, Elder L. Tom Perry mengajarkan: “Kita perlu mengambil nasihat Yakub ke dalam hati. Kita harus membaca tulisan suci ini seperti ia tertulis untuk kita di masa kini, kerana ia sememangnya demikian. Perkataannya harus menyebabkan kita untuk menanyakan soalan-soalan pencarian jiwa untuk diri kita. Adakah aturan hal-hal benar di dalam kehidupan kita sendiri? Adakah kita melabur, pertamanya dan terutamanya, di dalam hal-hal yang bersifat abadi? Adakah kita memiliki pandangan abadi? Atau kita telah jatuh ke dalam perangkap melabur di dalam hal-hal dunia terdahulu dan kemudian melupakan Tuhan?(“United in Building the Kingdom of God,” Ensign, Mei 1987, 34).
Memandang melampaui sasaran
Elder Quentin L. Cook mengajarkan bagaimana kita boleh memandang “melampaui sasaran”:
“Menggantikan falsafah manusia untuk kebenaran injil”
“Sesetengah orang kelihatan malu oleh mudahnya pesanan Juruselamat. Mereka ingin menambah kerumitannya dan bahkan kekaburan kepada kebenaran untuk menjadikan ia lebih bersifat mencabar intelektual atau lebih bersaing dengan tren akademik semasa. … Kita memandang melampaui sasaran ketika kita menolak untuk menerima mudahnya kebenaran injil.”
“Ekstremis injil”
“Kita memandang melampaui sasaran apabila kita meningkatkan apa-apa asas, tidak kira betapa bermanfaat, yang menonjolkan komitmen kita terhadap asas-asas yang sama pentingnya atau ketika kita mengambil kedudukan yang bertentangan dengan ajaran para Saudara.”
“Gerakan berani sebagai pengganti untuk penyembahan harian”
“Sesetengah ahli mengaku bahawa mereka akan komitmen dengan semangat jika diberikan beberapa panggilan yang hebat, tetapi mereka tidak menemui pengajaran ke rumah atau pengajaran berkunjung [sekarang dipanggil pelayanan] layak atau cukup berani untuk usaha mereka yang berlanjutan.”
“Membesarkan peraturan melebihi ajaran”
“Mereka yang melakukan peraturan berikut tanpa merujuk kepada ajaran dan asas adalah terutamanya mudah terpengaruh untuk memandang melampaui sasaran” (“Looking beyond the Mark,” Ensign atau Liahona, Mac 2003, 42–44).