“16–22 Mac. Yakub 5–7: ‘Tuhan Bekerja bersama Kita,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“16–22 Mac. Yakub 5–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
16–22 Mac
5–7 Yakub
Tuhan Bekerja bersama Kita
Mulakan persediaan anda untuk mengajar dengan membaca Yakub 5–7 secara peribadi dan bersama keluarga anda. Apakah yang anda pelajari yang akan bermanfaat bagi mereka yang anda ajari? Rangka panduan ini dapat memberi anda idea-idea tambahan.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Apakah yang ahli-ahli kelas temui di Yakub 5–7 yang mengilhamkan mereka untuk “bekerja di ladang anggur” tempat mereka tinggal? (Yakub 5:15).
Mengajar Ajaran
Tuhan menjemput para hambanya untuk bekerja bersama-Nya di ladang anggur-Nya.
-
Kerana kiasan tentang pokok zaitun panjang dan rumit, anda boleh bekerjasama sebagai satu kelas untuk mencipta rumusan yang ringkas tentang kiasan tersebut. Sebagai contoh, anda boleh melukis elemen-elemen utama tentang kiasan tersebut di papan tulis atau membuat garis masa peristiwa (contoh, lihat gambar rajah pada penghujung garis panduan ini). Ahli-ahli kelas dapat menambah rujukan tulisan suci atau huraian lukisan dan bincangkan erti lambang-lambang tersebut, seperti pokok zaitun yang terpelihara dan liar, ladang anggur Tuhan, pekerja, dan buah yang baik dan buruk. Semasa perbincangan ini, semak ayat 61–75, yang menggambarkan pekerjaan Tuhan di masa kita. Bagaimanakah pelayanan kita di ladang anggur Tuhan? Bagaimanakah ayat-ayat ini berkaitan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan?
-
Perkataan “ladang anggur Tuhan” dapat menyediakan penghiburan kepada ibu bapa kepada anak-anak yang degil. Sebagai contoh, apakah yang Yakub 5:41, 46–47 cadangkan tentang bagaimana Bapa Syurgawi kita rasakan tentang anak-anak-Nya yang tersesat? Bagaimanakah Dia cuba untuk menyelamatkan mereka? (lihat ayat 61–75).
-
Yakub 5:61–75 mengajarkan bahawa Tuhan bekerja di samping para orang suruhan-Nya di ladang anggur-Nya. Ahli-ahli kelas dapat membaca ayat-ayat ini dalam kumpulan kecil dan berbincang pengalaman yang telah menunjukkan kepada mereka bahawa Tuhan sedang bekerja bersama para hamba-Nya untuk memajukan pekerjaan-Nya. Apakah pandangan tambahan yang ahli-ahli kelas dapat menambah dari pesanan Presiden Henry B. Eyring “Tuhan Memimpin Gereja-Nya”? (Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 81–84).
Tuhan mengingati rakyat-Nya dalam kasih dan belas kasihan.
-
Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga menjemput kita melihat Yakub 6:3–5 untuk pesanan-pesanan yang Yakub ingin tekankan dan carilah pesanan-pesanan tersebut di kiasan tentang pokok zaitun (lihat Yakub 5). Malah ahli-ahli kelas akan mendapat manfaat dengan mendengarkan dari mereka yang melakukan aktiviti ini atau dari melakukan aktiviti ini sebagai satu kelas. Mereka boleh menyenaraikan di papan tulis kebenaran-kebenaran injil yang mereka temui di Yakub 6. Kemudian, di bawah setiap kebenaran, mereka boleh menyenaraikan ayat-ayat dari kiasan tersebut di Yakub 5 yang menyampaikan pesanan tersebut. Bagaimanakah ahli-ahli kelas telah melihat pesanan-pesanan yang sama digambarkan dalam kehidupan mereka sendiri?
-
Satu erti perkataan mencantum adalah untuk berpegang kepada sesuatu secara kukuh, secara erat, dan secara teguh. Anda boleh berkongsi penjelasan ini dengan kelas anda dan meminta pandangan apa yang ia berikan kepada mereka tentang Yakub 6:5.
Kita dapat berdiri teguh ketika orang lain mencabar iman kita.
-
Kebanyakan dari kita telah mengalami pertentangan kepada iman kita seperti yang Yakub hadapi ketika dia bertemu Serem. Satu cara untuk membantu ahli-ahli kelas bersedia untuk pertentangan sedemikian adalah meminta mereka mencari di Yakub 7:1–23 untuk asas-asas yang telah membantu Yakub berdiri teguh. Apakah contoh-contoh lain tentang berdiri teguh dalam iman kita yang dapat kita kongsi—dari tulisan suci, sejarah keluarga kita, atau kehidupan kita sendiri? Mungkin terdapat pesanan-pesanan dari pemimpin Gereja yang telah membantu kita ketika orang lain cuba untuk menggoncang kita dari iman kita (lihat, sebagai contoh, Quentin L. Cook, “Gagah Berani dalam Kesaksian Yesus,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 40–43). Galakkan ahli kelas untuk berkongsi pesanan yang mereka temui bermanfaat.
-
Ketika Yakub ditentang oleh Serem, Serem berharap untuk menggoncang Yakub dari imannya, tetapi iman Yakub tidak tergoyah (lihat Yakub 7:5). Ahli-ahli kelas mungkin akan menyukai untuk melakonkan interaksi di antara Yakub dan Serem, gunakan Yakub 7:1–23 sebagai skrip. Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang taktik dan ajaran-ajaran mereka yang menentang pekerjaan Tuhan? Apakah yang kita pelajari dari Yakub tentang bagaimana untuk menjadi lebih tidak tergoyah dalam iman kita?
Kita boleh percaya kepada Tuhan.
-
Bangsa Nefi hidup di bawah ancaman serangan bangsa Laman yang berterusan. Walaupun kita mungkin tidak menghadapi ancaman harian peperangan fizikal, apakah bahaya rohani yang kita hadapi? Apakah yang kita pelajari dari tindakan bangsa Nefi terhadap situasi mereka, yang digambarkan di Yakub 7:24–25? Anda boleh menyanyikan atau membaca dan kemudian lagu rohani Gereja yang menggunakan peperangan sebagai metafora, seperti “Maju Tentera Kristus” atau “Lihat! Tentera K’rajaan” (Lagu rohani, no. 116,120).
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca buku Enos, beritahu kepada mereka ia dapat mengajar mereka bagaimana untuk menjadikan doa-doa mereka lebih bermakna.