“2–8 Mac. 2 Nefi 31–33: ‘Inilah Jalannya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“2–8 Mac. 2 Nefi 31–33,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
2–8 Mac
2 Nefi 31–33
“Inilah Jalannya”
Semasa anda mengkaji 2 Nefi 31–33, letakkan ahli-ahli kelas anda di minda dan pertimbangkan pengalaman yang mereka mungkin miliki dengan kebenaran yang Nefi ajarkan. Bagaimanakah anda boleh menjemput mereka untuk mengajar sesama tentang apa yang mereka pelajari dan rasakan tentang ajaran-ajaran ini?
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Adakah sesiapa di dalam kelas anda yang mempunyai pengalaman yang bermakna minggu ini dengan salah satu cadangan pengkajian minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga? Berikan ahli-ahli kelas kesempatan untuk berkongsi pengalaman mereka.
Mengajar Ajaran
Yesus Kristus dan ajaran-Nya adalah jalan ke kehidupan abadi.
-
Akan bermanfaat bagi kelas anda untuk melihat bagaimana iman, pertaubatan, pembaptisan, kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir saling berkait dan Korban Tebusan Yesus Kristus. Untuk melakukan ini, anda boleh melukis jalan di papan tulis dan menjemput ahli-ahli kelas untuk menulis di sepanjang jalan beberapa asas-asas yang ditemui di 2 Nefi 31. Setiap ahli-ahli kelas boleh memilih salah satu asas-asas ini dan menyelidiki 2 Nefi 31–32 untuk mencari sesuatu yang Nefi ajarkan tentangnya. Kemudian mereka boleh berkongsi dengan sesama apa yang mereka temui dan bincangkan bagaimana ia membantu mereka lebih memahami asas-asas tersebut. Bagaimanakah menjalani asas-asas ini membawa berkat-berkat Korban Tebusan Yesus Kristus ke dalam kehidupan kita?
-
Bagaimanakah anda memulakan perbincangan atas gambaran Nefi yang jelas dan mudah tentang “jalan” kepada keselamatan? (2 Nefi 31:21). Mungkin anda boleh meminta ahli-ahli kelas apa yang akan mereka katakan jika mereka hanya mempunyai 60 saat untuk menjelaskan apa yang seseorang perlu lakukan untuk menerima keselamatan. Kemudian ahli-ahli kelas boleh membaca 2 Nefi 31–32, mencari penyataan yang boleh membantu. Apakah yang kita pelajari dari bab-bab ini tentang peranan Juruselamat dalam keselamatan kita? Penyataan di “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu kepada perbincangan ini.
-
Kadangkala kita melihat ajaran-ajaran injil sebagai berbeza dan berasingan, tetapi secara nyata mereka adalah berhubungan. Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana asas-asas di 2 Nefi 31 adalah berkaitan, jemputlah ahli-ahli kelas, individu atau dalam kumpulan kecil, untuk membaca ayat 4–21 dan membuat sebuah gambar rajah yang menunjukkan bagaimana iman kepada Kristus, pertaubatan, pembaptisan, kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir membina satu sama lain, saling berkait, dan sebagainya. Galakkan mereka untuk menjadi kreatif. Semasa mereka berkongsi rajah mereka dengan kelas, mintalah mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari tentang asas-asas ini. Bagaimanakah kita dapat menjadikannya sebahagian dari kehidupan kita?
“Dia yang bertahan sampai akhir, orang yang sama akan diselamatkan.”
-
Adakah ahli-ahli kelas memahami apa maknanya bertahan sampai akhir? Di sini adalah aktiviti yang dapat membantu. Tuliskan di papan tulis Bagaimanakah saya mengetahui sekiranya saya bertahan sampai akhir? Kemudian jemputlah ahli-ahli kelas untuk menyelidiki 2 Nefi 31:15–20 untuk mencari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ini. Mintalah ahli-ahli kelas untuk menulis di papan tulis perkataan dan ayat berguna yang mereka temui. Mengapakah bertahan sampai akhir adalah bahagian penting dalam ajaran Kristus? Anda boleh berkongsi penyataan Elder Dieter F. Uchtdorf di “Sumber-sumber Tambahan” atau penyataan tentang bertahan sampai akhir di halaman 6 Mengkhotbah Injil-Ku.
-
Adakah ahli-ahli kelas mengetahui sesiapa yang merupakan teladan bagi bertahan sampai akhir? Apakah yang telah membantu orang ini “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus”? (ayat 20). Pertimbangkan untuk berkongsi cerita orang lain yang disebut di dalam tulisan suci yang bertahan sampai akhir.
Roh Kudus akan menunjukkan kita apa yang harus kita lakukan.
-
Dalam 2 Nefi 32, Nefi menyampaikan kebimbangan yang dia rasakan tentang menerapkan ajaran Kristus. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mencari kebimbangan ini di 2 Nefi 32:1 dan kemudian membaca jawapan Nefi di dalam 2 Nefi 32:2–6. Bagaimanakah ahli-ahli kelas membahaskan dalam perkataan mereka sendiri apa yang Nefi ajarkan? Apakah pengalaman-pengalaman yang ahli-ahli kelas miliki ketika Roh Kudus atau firman Kristus telah menunjukkan mereka apa yang mereka perlu lakukan?
Kitab Mormon memujuk kita untuk percaya kepada Kristus.
-
Nefi berharap kata-katanya akan memujuk kita “untuk melakukan yang baik [dan] untuk percaya kepada [Kristus]” (2 Nefi 33:4). Apakah ayat atau cerita dari 1 dan 2 Nefi yang telah memujuk kita untuk melakukan yang baik dan percaya kepada Kristus? Pertimbangkan untuk mencari beberapa lagu rohani yang kelas anda boleh nyanyikan atau dengarkan untuk menekankan pesanan-pesanan ini, seperti “Aku Percaya Kristus” atau “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?” (Nyanyian Rohani, no. 51, 101).
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Satu cara untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk mengkaji Yakub 1–4 minggu depan adalah untuk menjelaskan dalam bab-bab ini mereka akan menemui amaran-amaran Yakub tentang dua dosa yang terutamanya lazim di zaman kita.
Sumber-sumber Tambahan
Ajaran Kristus.
Elder Jeffrey R. Holland mengajarkan: ‘Ajaran Kristus’ yang diajarkan oleh Nefi, tertumpu pada iman kepada Tuhan Yesus Kristus, pertobatan, pembaptisan dengan pencelupan, menerima kurnia Roh Kudus, dan bertahan hingga akhir. Tidak dalam perisytiharan ini, cubaan untuk merangkumi seluruh rancangan keselamatan, semua kebajikan kehidupan penganut Kristian, atau ganjaran yang menanti kita dalam berbagai tahap kemuliaan syurgawi. Tidak dalam perisytiharan ini, berurusan dengan pejabat imamat, tatacara bait suci, atau banyak ajaran-ajaran benar. Semua ini penting, tetapi seperti digunakan di dalam Kitab Mormon, ‘ajaran Kristus’ adalah mudah dan terus. Ia memberi tumpuan kepada semata-mata asas-asas pertama injil, termasuk ungkapan galakan untuk bertahan, untuk berterusan, untuk meneruskan. Sesungguhnya, ia adalah dalam kejelasan dan kesederhanaan ‘ajaran Kristus’ bahawa kesannya ditemui” (Christ and the New Covenant: The Messianic Message of the Book of Mormon [1997], 49–50).
Elder D. Todd Christofferson berkata: “Saya menganjurkan semua … untuk mencari melalui doa dan pembacaan tulisan suci [sebuah] kesaksian yang sama tentang ciri-ciri keilahian, Korban tebusan, dan Kebangkitan Yesus Kristus. Terimalah ajaran-Nya dengan bertaubat, dibaptiskan, menerima kurnia Roh Kudus, dan kemudian di sepanjang kehidupan anda mengikuti hukum dan perjanjian Injil Yesus Kristus” (“The Doctrine of Christ,” Ensign atau Liahona, Mei 2012, 89).
Bertahan sampai akhir.
Elder Dieter F. Uchtdorf menjelaskan:
“Semasa kanak-kanak, ‘bertahan sampai akhir’ bagi saya hanya bermakna bahawa saya harus berusaha lebih keras untuk tetap terjaga sampai akhir pertemuan Gereja. Kemudian sebagai remaja … saya mengaitkannya dengan upaya para ahli-ahli senior kita yang terkasih untuk tetap setia …
“… Bertahan sampai akhir bukan hanya masalah secara pasif bertolak ansur dengan keadaan hidup yang sulit atau ‘bertahan.’ Agama kita adalah agama yang aktif, dengan membantu anak-anak Tuhan di sepanjang jalan yang lurus dan sempit untuk mengembangkan potensi penuh mereka selama kehidupan ini dan kembali kepada-Nya kelak. Dipandang dari perspektif ini, bertahan sampai akhir meninggikan dan memuliakan, bukan mendukakan dan suram. Ini adalah agama yang penuh sukacita, penuh harapan, kekuatan, dan pembebasan. …
“Bertahan sampai akhir merangkumi ‘dengan tekun berbuat baik’ (Roma 2:7), berusaha mematuhi perintah-perintah (lihat 2 Nefi 31:10), dan melakukan pekerjaan kebaikan (lihat A&P 59:23)” (“Have We Not Reason to Rejoice?” Ensign atau Liahona, Nov. 2007, 20).