“24 Februari–1 Mac. 2 Nefi 26–30: ‘Suatu Pekerjaan Yang Menakjubkan dan Suatu Keajaiban,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“24 Februari–1 Mac. 2 Nefi 26–30,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
24 Februari–1 Mac
2 Nefi 26–30
“Suatu Pekerjaan Yang Menakjubkan dan Suatu Keajaiban”
Ingatlah bahawa rumah harus menjadi pusat pembelajaran injil. Pengkajian peribadi anda dan keluarga tentang 2 Nefi 26–30 harus menjadi asas dalam persediaan anda untuk mengajar. Rancang cara untuk membina atas, menekankan, dan menggalakkan pengkajian peribadi dan keluarga bagi orang-orang di dalam kelas anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Pada permulaan ajaran, berikan ahli-ahli kelas satu kesempatan untuk berkongsi sesuatu dari 2 Nefi 26–30 yang mereka temui bermakna semasa mereka mengkaji di rumah. Sebagai contoh, anda boleh meminta mereka untuk dengan ringkas berkongsi satu ayat yang membantu mereka memahami masa kita dan cabaran-cabaran yang kita hadapi.
Mengajar Ajaran
Segala yang Tuhan lakukan adalah dimotivasikan oleh kasih-Nya bagi kita.
-
Jika anda terilham untuk membincangkan tentang ajaran-ajaran Nefi tentang kasih Tuhan, anda boleh cuba ini: Selepas membaca 2 Nefi 26:24 bersama, jemputlah ahli-ahli kelas untuk membuat senarai hal-hal yang Yesus Kristus telah lakukan untuk mereka yang dimotivasikan oleh kasih. Bagaimanakah Dia “menarik semua orang kepada-Nya”? Apakah yang kita terilham untuk lakukan sebagai balasan kepada penyataan kasih-Nya?
-
Jemputan Tuhan di 2 Nefi 26:24–28, 33 adalah bukti kukuh kasih-Nya. Satu cara anda boleh membantu ahli-ahli kelas menemui jemputan-jemputan ini adalah meminta mereka untuk meringkaskan pesanan Tuhan dalam ayat-ayat ini kepada ringkasan satu ayat. Beberapa ahli-ahli kelas boleh sukarela untuk berkongsi ringkasan mereka. Bagaimanakah ayat-ayat ini mempengaruhi cara kita menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus? Galakkan kelas untuk mencatat fikiran dan perasaan mereka. Untuk membantu menjemput Roh, pertimbangkan untuk memainkan lagu rohani yang direkod tentang kasih Juruselamat, seperti “Datang ke Yesus” (Nyanyian Rohani, no. 40), sementara ahli-ahli kelas sedang merenung.
Kitab Mormon adalah penting untuk pekerjaan zaman akhir Tuhan.
-
Ahli-ahli di kelas anda mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk memahami nubuat di 2 Nefi 27 tentang kitab termeterai dan orang terpelajar. Laporan sejarah di “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu. Adakah ia berkesan bagi anda sekiranya beberapa ahli-ahli kelas secara ringkas melakonkan peristiwa yang digambarkan di dalam laporan ini dan di 2 Nefi 27:15–22? Mengapa Nefi telah ditunjukkan peristiwa-peristiwa ini bertahun-tahun dahulu? Apakah nubuat Nefi mengajarkan kita tentang kepentingan Kitab Mormon? Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi dengan sesama bagaimana mereka memperoleh kesaksian mereka sendiri tentang Kitab Mormon.
-
Adakah sesiapa di kelas anda yang mempunyai pengalaman menjemput seseorang untuk membaca Kitab Mormon yang boleh mereka kongsi? Apakah alasan-alasan seseorang tidak menerima jemputan untuk membaca Kitab Mormon? Tanggapan Tuhan terhadap satu alasan sedemikian terdapat di dalam 2 Nefi 29:6–11. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca ayat-ayat ini dan kemudian memainkan peranan bagaimana mereka akan menjawab dengan kasih kepada seseorang yang mengatakan bahawa Kitab Mormon tidak penting. Apakah idea lain yang ahli-ahli kelas miliki tentang bagaimana mereka dapat membantu orang lain “mengenali bahawa [Kitab Mormon] adalah suatu berkat bagi mereka dari tangan Tuhan”? (2 Nefi 30:6).
Setan cuba untuk memperdaya.
-
Rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan untuk menyelidiki penipuan Setan yang digambarkan di 2 Nefi 28. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka temui, atau yang mereka dapat kesan 2 Nefi 28 di kelas dan senarai penipuan Setan yang mereka kenal pasti. Juga akan membantu untuk membiarkan mereka bekerja dalam kumpulan kecil untuk mencari tulisan suci yang menyangkal penipuan ini (jika mereka memerlukan bantuan, anda boleh berkongsi cadangan-cadangan di “Sumber-sumber Tambahan”). Kemudian kumpulan-kumpulan boleh berkongsi dengan sesama apa yang mereka temui dan bincangkan bagaimana mereka boleh mengesan “ajaran palsu dan sia-sia dan bodoh” musuh (2 Nefi 28:9).
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Ahli-ahli kelas mungkin terilham untuk membaca 2 Nefi 31–33 jika mereka mengetahui bahawa bab-bab ini mengandungi catatan perkataan terakhir Nefi, termasuk salah satu penghuraian ajaran Kristus yang mudah namun paling lengkap.
Sumber-sumber Tambahan
“Kemudian akanlah yang terpelajar itu berkata: Aku tidak dapat membacanya.” (2 Nefi 27:18).
Pada Februari 1828, Martin Harris, seorang sahabat Joseph Smith, membuat perjalanan timur ke Kota New York dengan transkripsi beberapa huruf-huruf di kepingan-kepingan [emas] untuk ditunjukkannya kepada sarjana-sarjana. Mungkin dia inginkan jaminan tambahan bahawa kepingan-kepingan itu adalah sahih, atau dia mungkin menganggap kesaksian akan membantu mereka meminjam wang untuk menerbitkan terjemahan. Dalam apa jua keadaan, dia menegaskan bahawa Tuhan telah mendorongnya untuk melakukan perjalanan tersebut.
“Pada masa tersebut, tidak Joseph mahu pun Martin mengetahui banyak tentang bahasa di atas kepingan-kepingan tersebut. Mereka hanya mengetahui sebanyak yang malaikat Moroni telah katakan kepada Joseph: bahawa ia adalah laporan kuno bangsa Amerika. Oleh itu, daripada mencari seorang sarjana dengan pengetahuan orang Mesir (Joseph kemudian mengetahui bahawa bahasa di atas kepingan-kepingan tersebut digelar ‘Bahasa Mesir yang diperbaharui’), Martin telah melawat beberapa sarjana dengan minat terhadap barangan antik, terutamanya barang antik Amerika.
“… [Di antara sarjana yang Martin telah kunjungi ialah] Charles Anthon, profesor muda dalam tatabahasa dan linguistik di Kolej Columbia. Anthon telah mengumpul cerita-cerita orang India Amerika dan ucapan-ucapan untuk diterbitkan serta tidak sabar-sabar untuk memeriksa dokumen yang dibawa oleh Martin.
“Martin mendakwa bahawa Anthon mengisytiharkan bahawa huruf-huruf tersebut sahih sehingga dia mengetahui bagaimana Joseph Smith memperolehnya. Dia mencadangkan Martin bawakan kepingan-kepingan tersebut kepadanya. Martin menolak, dan Anthon membalas, mengungkapkan satu ayat di Yesaya, ‘Aku tidak dapat membacanya.’ Meskipun kemudian Anthon menafikan butiran laporan Martin tentang pertemuan mereka, kita ketahui ini: Martin datang jauh dari kunjungannya dengan sarjana timur lebih meyakinkan dari segala bahawa Joseph Smith dipanggil oleh Tuhan dan kepingan-kepingan tersebut dan huruf-huruf adalah kuno. Dia dan Joseph memandang kunjungan kepada Anthon sebagai pengenapan akan nubuat Yesaya (juga disebut di dalam Kitab Mormon) tentang ‘sebuah kitab termeterai, yang dihantar kepada seseorang yang terpelajar, mengatakan, Bacalah ini, aku minta kepadamu: dan dia berkata, Aku tidak dapat; kerana ia termeterai’ [Yesaya 29:11; lihat juga 2 Nefi 27:15–18]” (“The Contributions of Martin Harris,” Revelations in Context [2016], 3–4, history.ChurchofJesusChrist.org).
Tulisan suci yang menyangkal penipuan Setan.
Ajaran palsu |
Ajaran benar |
---|---|
“Kerana hari ini Dia bukanlah seorang Tuhan yang mengerjakan mukjizat; Dia telah melengkapkan pekerjaan-Nya” (2 Nefi 28:6). | |
“Tuhan … akan membenarkan untuk berbuat sedikit dosa” (2 Nefi 28:8). | |
“Segalanya baik di Sion” (2 Nefi 28:21). | |
“Aku bukan iblis” (2 Nefi 28:22). | |
“Kami tidak perlu lagi firman Tuhan, kerana kami memiliki cukup” (2 Nefi 28:29). |