Ikutlah Aku
24 Februari–1 Mac. 2 Nefi 26–30: “Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Suatu Keajaiban”


“24 Februari–1 Mac. 2 Nefi 26–30: ‘Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Suatu Keajaiban’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“24 Februari–1 Mac. 2 Nefi 26–30,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Imej
Yesus menjangkau kepada seorang wanita

Dia Akan Memimpin Tanganmu, oleh Sandra Rast

24 Februari–1 Mac

2 Nefi 26–30

“Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Suatu Keajaiban”

Tuhan berkata, “Aku memerintah semua orang … supaya mereka patut menuliskan firman yang Aku firmankan kepada mereka” (2 Nefi 29:11). Melalui Roh, Tuhan akan bercakap dengan anda apabila anda belajar perkataanya. Catat apa yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

“Aku bernubuat kepadamu berkenaan zaman akhir;” tulis Nefi (2 Nefi 26:14 Dalam perkataan lain, dia menulis tentang zaman kita Dan terdapat sebab untuk menjadi bimbang tentang apa yang dia nampak: orang ramai menafikan mukjizat Tuhan, perasaan iri hati dan perbalahan yang berleluasa, iblis mengikat orang ramai dengan tali yang kuat. Tetapi walaupun dengan tambahan “kerja-kerja kegelapan” pada zaman akhir (2 Nefi 26:10, 22) yang diketuai musuh, Nefi juga bernubuat tentang “suatu pekerjaan yang menakjubkan dan suatu keajaiban” yang diketuai Tuhan sendiri (2 Nefi 27:26). Dan di tengah semua kerja ini akan ada satu kitab—satu kitab yang akan bercakap daripada debu, yang akan mendedahkan penipuan Setan, dan mengumpulkan mereka yang soleh. Kitab itu ialah Kitab Mormon, pekerjaan yang menakjubkan adalah kerja Gereja Tuhan pada zaman akhir, dan keajaiban ialah Dia menjemput kita, walaupun kita lemah, untuk mengambil bahagian.

Imej
ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

2 Nefi 26:20–33

Yesus Kristus mengajak semua untuk datang kepada-Nya.

Nabi Joseph Smith mengajar bahawa Bapa Syurgawi mempunyai “batas yang lebih untuk belas kasihan dan berkat-Nya, lebih daripada apa yang kita sedia untuk percaya atau terima” (The Joseph Smith Papers,History, 1838–1856, volume D-1,” p. 4 [addenda], josephsmithpapers.org). Baca apa yang Nefi lihat dalam 2 Nefi 26:20–22 dan apa yang dia ajar tentang Juruselamat dalam ayat 23–33, dan bandingkan ini dengan pernyataan Joseph Smith. Apakah yang kita belajar mengenai belas kasihan Juruselamat yang tidak mempunyai batas? Apa yang anda boleh lakukan sebagai ahli Gereja Yesus Kristus untuk menjadi lebih seperti Kristus dalam cara anda melayan anak-anak Tuhan?

Lihat juga 3 Nefi 18:30–32.

2 Nefi 26–27

Buku apakah yang disebut dalam bab ini?

Nubuat Nefi dalam 2 Nefi 26–27, yang berdasarkan banyak daripada nubuat yang lebih awal daripada Yesaya (lihat Yesaya 29), yang memberitahu tentang kedatangan Kitab Mormon. Nubuat itu menerangkan berikut:

Tambahan kepada Yesaya, ramai nabi Alkitab menyebut tentang Kitab Mormon tetapi mereka tidak menyebut namanya. Contohnya Yehezkiel 37:15–20 menyebut tentang “kayu Yusuf” yang mungkin merujuk kepada catatan bangsa Nefi, iaitu keturunan Yusuf. Catatan ini akan menjadi “kayu Yehuda,” bererti di Alkitab.

Contoh lain boleh dijumpai dalam Panduan Tulisan Suci, “Kitab Mormon” (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

2 Nefi 28

Setan bertujuan untuk menipu.

Kebanyakan penipuan Setan dan helahnya terdedah dalam huraian Nefi tentang zaman akhir dalam 2 Nefi 28. Lihat jika anda boleh mencarinya (contohnya, lihat ayat 6, 8, 21–23, 29). Apa yang anda perlu tahu tentang penipuan Setan? Apa yang anda akan lakukan jika musuh cuba untuk menipu anda?

2 Nefi 28:27–3129

Tuhan terus memberi wahyu untuk membimbing anak-anak-Nya.

Sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita diberkati dengan banyak firman Tuhan, jadi amaran Nefi boleh digunakan untuk kita, kita tidak harus rasa “kami memiliki cukup!” Sambil anda membaca amaran ini dalam 2 Nefi 28 dan 29, renungkan soalan seperti ini:

  • Bagaimana Tuhan mahu saya rasa tentang dan maklum balas saya kepada perkataan-Nya.

  • Mengapa orang ramai kadang-kadang “marah” kerana menerima lagi kebenaran daripada Tuhan? (2 Nefi 28:28). Pernahkah saya rasa sebegini? Jika ya, bagaimanakah saya boleh menjadi lebih setia untuk menerima kebenaran?

  • Apakah maksudnya untuk menerima perkataan Tuhan? Bagaimanakah saya boleh menunjukkan Dia yang saya mahu menerima lebih perkataan-Nya?

Lihat juga Alma 12:10–11; 3 Nefi 26:6–10.

2 Nefi 29–30

Tuhan menyediakan Kitab Mormon untuk zaman kita.

Nefi tahu melalui wahyu, sebelum Kitab Mormon telah selesai ditulis, kitab tersebut pada satu hari “akan amat berharga bagi anak-anak manusia” (2 Nefi 28:2). Kenapa Kitab Mormon amat bernilai bagi anda? Fikirkan soalan ini apabila anda membaca 2 Nefi 29–30. Apakah beberapa pekerjaan “menakjubkan” yang Tuhan selesaikan dalam dunia dan dalam hidup anda melalui Kitab Mormon.

Imej
ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

2 Nefi 26:12–13

Nefi mengajar bahawa Yesus Kristus menyatakan diri-Nya melalui Roh Kudus. Pengalaman apa yang keluarga anda kongsi dengan satu sama lain apabila kesaksian mereka tentang Juruselamat dikuatkan oleh Roh Kudus.

2 Nefi 26:22; 28:19–22

Mungkin keluarga anda akan menikmati pengajaran berobjek menggambarkan apa yang 2 Nefi 26:22 ajar tentang iblis. Apabila anda membaca tentang taktik Setan dalam 2 Nefi 28:19–22, anda boleh balut tali di sekeliling pergelangan tangan untuk mewakili “seutas tali flaks” Bagaimana tali flaks seperti godaan Setan? Bagaimana ia boleh menjadi tali yang kuat? Bagaimana kita boleh mengesan penipuan Setan?

Imej
satu gelungan tali

Nefi membandingkan godaan Setan kepada “tali flaks”

2 Nefi 27:20–21

Apa maksud Tuhan apabila Dia berkata, “Aku sanggup untuk melakukan pekerjaan-Ku sendiri”? Bagaimana kebenaran ini mempengaruhi cara kita melayan dalam Gereja?

2 Nefi 28:30–31

Bolehkah keluarga anda fikirkan sesuatu yang, seperti wahyu daripada Tuhan, yang lebih bagus diterima sedikit demi sedikit? Mengapa Tuhan mengungkapkan kebenaran kepada kita “baris demi baris, ajaran demi ajaran, di sini sedikit dan di sana sedikit” dan bukannya semua sekali?

2 Nefi 29:7–9

Apa yang Tuhan hasratkan untuk buktikan atau tunjukkan dengan Kitab Mormon?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Berkongsi pendapat. Berbincang dengan orang lain tentang apa yang anda belajar boleh menguatkan pemahaman anda. Selepas membaca 2 Nefi 29:6–14; anda mungkin rasa diilhamkan untuk menjelaskan kepada seorang kawan kenapa kita perlukan Kitab Mormon.

Imej
Nefi menulis di atas kepingan-kepingan emas.

Tulisan Nefi meramalkan “pekerjaan yang menakjubkan dan sebuah keajaiban” yang akan berlaku pada hari-hari terakhir (2 Nefi 27:26).

Cetak