“17–23 Februari. 2 Nefi 11–25: ‘Kita Berbahagia Dalam Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“17–23 Februari. 2 Nefi 11–25,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
17–23 Februari
2 Nefi 11–25
“Kita Berbahagia Dalam Kristus”
Nefi ajar bahawa kata Yesaya “adalah jelas bagi semua mereka yang dipenuhi roh nubuat” (2 Nefi 25:4). Semasa anda kaji, carilah roh nubuat dengan menyediakan diri sendiri secara rohani, dengarlah Roh, dan catatkan tanggapan-tanggapan anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Mengukir pada kepingan-kepingan logam adalah tidak senang, dan ruang di atas kepingan-kepingan kecil Nefi terhad. Jadi, mengapa Nefi buat usaha besar untuk menyalinkan banyak tulisan Yesaya ke dalam catatannya? Dia buat demikian “barang siapa … yang akan melihat kata-kata ini akan mengangkatkan hati mereka dan berbahagia”(2 Nefi 11:8). Jadi, jemputan untuk mengaji tulisan Yesaya ialah satu jemputan untuk berbahagia. Anda boleh bergembira, seperti Nefi, dalam nubuat Yesaya tentang pengumpulan Israel, kedatangan Mesias, dan kedamaian sepanjang zaman seribu tahun yang dijanjikan kepada orang yang soleh. Anda boleh berbahagia bahawa mahu pun pada satu hari yang penuh dengan “kesusahan, dan kegelapan,” anda “telah melihat cahaya yang sangat terang” (2 Nefi 18:22; 19:2). Anda boleh berbahagia bahawa anda boleh “menimba air dari telaga-telaga keselamatan” (2 Nefi 22:3). Dalam kata lain, anda boleh “berbahagia dalam Kristus” (2 Nefi 25:26).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Bagaimana saya boleh lebih memahami ajaran-ajaran Yesaya?
Nefi kata bahawa bagi sesetengah orang, “kata-kata Yesaya tidak jelas” (2 Nefi 25:4). Ini mungkin benar bagi mereka yang tidak biasa dengan kebudayaan Yahudi zaman purba dan geografi seperti Nefi (lihat 2 Nefi 25:6). Tetapi Nefi juga berikan nasihat untuk menolong kita carikan erti dalam tulisan Yesaya:
-
“Mengibaratkan kata-katanya kepada” diri sendiri (2 Nefi 11:2).Banyak ajaran Yesaya mempunyai beberapa maksud dan penggunaan. Sebagai contoh, tulisannya mengenai cerai-berai dan pengumpulan Israel mungkin menekan anda untuk memikir tentang keperluan anda untuk “dikumpul” kembali kepada Juruselamat.
-
Cari untuk “dipenuhi Roh nubuat” (2 Nefi 25:4).Cara yang paling baik untuk memahami nubuat Yesaya adalah untuk mencarikan ilham daripada Roh. Berdoa demi bimbingan rohani. Mungkin anda tidak dapat faham segalanya sekaligus, tetapi Roh boleh bantu anda belajar apa yang anda perlu tahu dalam kehidupan anda hari ini.
Anda boleh rujuk kepada bantuan kajian dalam kitab suci, termasuk nota kaki, pengenalan bahagian, Panduan Tulisan Suci, dan sebagainya.
“Cara benar adalah percaya kepada Kristus.”
Nefi memperkenalkan dan menamatkan petikan Yesaya dengan memberi saksi tentang Yesus Kristus (lihat 2 Nefi 11:2–8; 25:19–29). Apakah yang mengagumkan anda tentang kesaksiannya? Semasa anda mengaji minggu ini, fikir tentang hasrat Nefi untuk “memujuk anak-anak[nya] … untuk percaya kepada Kristus, dan untuk diperdamaikan dengan Tuhan” (2 Nefi 25:23), dan perhatikan ayat-ayat yang memujuk anda untuk percaya dan mengikut Yesus Kristus.
Ingatlah bahawa banyak ajaran Yesaya tentang Juruselamat disampaikan melalui lambang-lambang. Sebagai contoh, anda boleh nampak Juruselamat dalam lambang-lambang seperti ladang anggur Tuhan (lihat 2 Nefi 15:1–7), satu batu (lihat 2 Nefi 18:14), dan satu cahaya (lihat 2 Nefi 19:2). Apakah lambang-lambang Yesus Kristus lain dapat anda cari dalam bab-bab ini? Apakah yang diajar oleh lambang-lambang ini tentang Dia?
Mereka yang sombong dan bersikap duniawi akan merendahkan hati.
Nefi sudah ramalkan bahawa keangkuhan akan mengakibatkan kejatuhan bangsanya (lihat 1 Nefi12;19). Jadi, adalah tidak hairan bahawa Nefi kongsi dengan bangsanya amaran Yesaya tentang keangkuhan. Dalam bab 12 dan 13, carikan perkataan yang digunakan oleh Yesaya untuk menghuraikan keangkuhan, seperti pandangan tinggi dan kesombongan. Kemudian anda boleh cuba memparafrasakan amaran-amaran ini dalam perkataan diri sendiri, seolah-olah anda tuliskan satu pesanan memberi amaran kepada diri sendiri tentang keangkuhan.
Juga lihat “Chapter 18: Beware of Pride” (Teachings of Presidents of the Church: Ezra Taft Benson [2014], 229–40).
2 Nefi 12:2–5; 21:9–12; 22; 24:1–3
Dalam Zaman Seribu Tahun, umat Tuhan akan menikmati kedamaian.
Anda boleh gambarkan diri sendiri sebagai Nefi dan bangsanya. Gambarkan bahawa anda tinggalkan Yerusalem sebelum ia dimusnahkan (lihat 2 Nefi 25:10), dan sekarang anda sebahagian cerai-berai Israel. Apakah perasaan anda membaca ajaran-ajaran Yesaya tentang pengumpulan Israel pada masa depan dan satu Zaman Seribu Tahun yang damai? Sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita dipanggil untuk menolong mengumpulkan umat Tuhan pada zaman akhir untuk persediaan pemerintahan Kristus dalam zaman seribu tahun. Semasa anda baca ayat-ayat ini, renungkan bagaimana anda menolong memenuhi nubuat-nubuat yang dihuraikan. Apakah yang anda diilhamkan untuk melakukan untuk mengumpul umat Tuhan?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
2 Nefi 12:1–3
Jika anda pernah pergi ke bait suci—“bukit tempat Rumah Tuhan”—anda boleh kongsikan dengan keluarga anda bagaimana perjanjian bait suci menolong anda “berjalan dalam jalan-jalan [Tuhan].” Jika anda tidak pernah pergi ke bait suci, bacakan ayat-ayat ini bersama-sama boleh mengilhami satu perbincangan tentang bagaimana anda boleh bersedia demi berkat-berkat bait suci.
2 Nefi 15:18–23
Bolehkah keluarga anda fikirkan contoh-contoh moden tentang idea-idea yang tidak soleh yang dihuraikan oleh ayat-ayat ini? Bagaimanakah kita dapat mengelak dari ditipu oleh idea-idea palsu mengenai kebaikan dan kejahatan?
2 Nefi 21
Jika keluarga anda perlu bantuan memahami bab ini (yang berkait dengan Yesaya 11), anda boleh memperoleh pandangan dalam Ajaran dan Perjanjian 113:1–6, di mana Nabi Joseph Smith menjawab soalan-soalan tentang Yesaya 11. Apakah yang kita belajar mengenai Yesus Kristus dari ayat-ayat ini?
2 Nefi 21:9
Apakah hal-hal tertentu yang boleh kita lakukan untuk memenuhkan bumi ini dengan “pengetahuan berkenaan Tuhan”?
2 Nefi 25:23–26
Bagaimanakah anda boleh membantu keluarga anda “berbahagia dalam Kristus”? Mungkin anda boleh jemput mereka tuliskan perkara-perkara tentang Juruselamat yang mendatangkan kebahagiaan pada sekeping kertas. Kemudian, pada malam keluarga masa depan atau kajian tulisan suci keluarga, seorang boleh baca dari satu keping kertas. Ahli-ahli keluarga boleh tambahkan lebih kertas sepanjang tahun.
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.