Ikutlah Aku
27 Januari–2 Februari. 1 Nefi 16–22: “Aku Akan Menyediakan Jalan Di Hadapanmu”


“27 Januari–2 Februari. 1 Nefi 16–22: ‘Aku Akan Menyediakan Jalan Di Hadapanmu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“27 Januari–2 Februari. 1 Nefi 16–22,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020

Lehi sedang melihat Liahona

Lehi and the Liahona, oleh Joseph Brickey

27 Januari–2 Februari

1 Nefi 16–22

“Aku Akan Menyediakan Jalan Di Hadapanmu”

Ketika anda mengkaji 1 Nefi 16–22, cari ayat-ayat yang menarik perhatian anda. Ada orang yang suka menyerlahkan ayat-ayat tersebut dalam kitab suci mereka; ada yang suka menulis nota pada garis tepi kitab suci. Pertimbangkan bagaimana anda akan mencatat tanggapan yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

Ketika keluarga Lehi berhijrah ke negeri yang dijanjikan, Tuhan telah berjanji: “Aku akan menyediakan jalan di hadapanmu, jika terjadilah bahawa engkau mematuhi perintah-perintah-Ku” (1 Nefi 17:13). Jelasnya, janji itu tidak bermaksud perjalanan mereka akan menjadi mudah—ahli-ahli keluarga masih tidak bersefahaman, busur patah, dan orang bergelutan dan mati, dan mereka masih perlu membina satu kapal daripada bahan-bahan mentah. Namun, apabila keluarga itu menghadapi kesukaran atau tugas yang agak mustahil, Nefi kenali bahawa Tuhan tidak berada jauh. Dia tahu bahawa Tuhan “akan memelihara [mereka yang beriman], dan menguatkan mereka, dan menyediakan cara agar mereka dapat melaksanakan apa yang Dia perintahkan kepada mereka” (1 Nefi 17:3). Jika anda pernah terfikir mengapa perkara buruk berlaku kepada orang baik seperti Nefi dan keluarganya, anda mungkin dapat memperoleh pemahaman lebih dalam bab-bab berikut. Mungkin yang lebih pentingnya, anda akan lihat apa yang orang baik lakukan apabila perkara buruk berlaku.

ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Nefi 16–18

Apabila saya mematuhi perintah-perintah, Tuhan akan membantu saya menghadapi cabaran-cabaran.

Bab-bab 16–18 dari 1 Nefi menghuraikan beberapa cabaran yang dihadapi keluarga Nefi, termasuklah ketika menangani busur yang patah (lihat 1 Nefi 16:17–32), kematian Ismael (lihat 1 Nefi 16:34–39), membina satu kapal (lihat 1 Nefi 17:7–16; 18:1–4), dan perselisihan keluarga (lihat 1 Nefi 18:9–22). Bagaimanakah tindak balas Nefi terhadap cabaran-cabaran tersebut berbeza dengan tindak balas beberapa ahli keluarganya? Apakah akibat daripada tindak balas tersebut?

Ia mungkin dapat membantu untuk mencatatkan pencarian anda dalam satu jadual yang bertajukan berikut: “Cabaran,” “Tindak Balas Nefi,” “Tindak Balas Yang Lain,” dan “Keputusan.” Mengapakah anda fikir Nefi dapat kekal beriman manakala yang lain tidak? Renungkan bagaimana teladan Nefi dan keluarganya dapat membantu anda dalam cabaran-cabaran anda.

Lihat juga video-video berkaitan dalam koleksi Book of Mormon Videos di ChurchofJesusChrist.org atau aplikasi “Gospel Library.”

1 Nefi 16:10–16, 23–31; 18:11–22

Tuhan membimbing saya melalui perkara-perkara yang kecil dan mudah.

Apabila Tuhan membimbing keluarga Lehi ke padang belantara, Dia tidak memberi mereka satu rancangan perjalanan terperinci ke negeri yang dijanjikan. Tetapi Dia telah berikan Liahona kepada Lehi untuk membimbing keluarganya setiap hari ke arah destinasi mereka. Apakah yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada anda untuk memberi bimbingan dan arahan? Apakah yang anda fikir maksudnya “melalui cara-cara kecil, Tuhan dapat mendatangkan perkara yang besar”? (1 Nefi 16:29).

Ketika anda membaca 1 Nefi 16:10–16, 23–31 dan 18:11–22, pertimbangkan untuk membuat satu senarai asas-asas yang menggambarkan bagaimana Tuhan membimbing anak-anak-Nya (contohnya, 1 Nefi 16:10 boleh mengajar bahawa Tuhan kadangkala membimbing kita secara yang tidak disangka). Apakah pengalaman-pengalaman yang anda telah hadapi dengan asas-asas tersebut?

Lihat juga Alma 37:7, 38–47; Ajaran dan Perjanjian 64:33–34.

Lehi menggunakan Liahona

If Ye Are Prepared Ye Shall Not Fear, oleh Clark Kelley Price

1 Nefi 19:23–24; 20–22

Saya boleh “mengibaratkan semua tulisan suci” kepada diri sendiri.

Yesaya telah menulis kepada semua anak-anak Israel, dan Nefi mendapati bahawa ini termasuklah keluarganya terutama sekali—dan termasuklah anda (lihat 1 Nefi 19:23–24). Berkenaan petikan Yesaya yang dilakukan oleh Nefi, Presiden Henry B. Eyring telah berkata, “Saya membaca ayat-ayat Yesaya … anggapkan Nefi memilih bahagian Yesaya yang saya, dengan tidak mempedulikan gambaran, boleh menusuk hatiku secara terus seolah-olah Tuhan sedang berfirman kepada saya” (“The Book of Mormon Will Change Your Life,” Ensign, Feb. 2004, 10).

Dengan kata-kata Presiden Eyring dalam minda, pertimbangkan soalan-soalan berikut apabila anda membaca bab-bab 20–22:

1 Nefi 20:1–9.Apakah frasa-frasa dalam ayat-ayat tersebut yang menghuraikan tentang Anak-anak Israel? Bagaimanakah mereka menghuraikan Laman dan Lemuel? Apakah amaran-amaran dan aplikasi yang anda dapati untuk diri anda?

1 Nefi 20:17–22.Bagaimanakah Tuhan membimbing anak-anak Israel? Bagaimanakah Tuhan membimbing keluarga Lehi? Bagaimanakah Dia membimbing anda?

Apakah lagi anda dapati dalam 1 Nefi 20–22 yang membuat anda berasa seperti Tuhan sedang berfirman dengan anda? Bagaimanakah ulasan Nefi dalam bab 22 membantu anda memahami nubuat-nubuat Yesaya?

1 Nefi 21

Siapakah mereka yang berada dalam rumah Israel dan mereka yang bukan Israel?

Bani Israel merupakan keturunan nabi Yakub Perjanjian Lama , yang telah diberi nama Israel daripada Tuhan (lihat Kejadian 32:28; 35:10; lihat juga Bible Dictionary, “Israel”). Tuhan telah membuat beberapa perjanjian dengan Israel, dan keturunannya dianggap sebagai umat perjanjian Tuhan. Namun, beberapa generasi kemudian, ramai daripada mereka yang berpaling daripada Tuhan dan akhirnya dicerai beraikan di seluruh dunia.

Istilah orang bukan Israel dalam ayat-ayat tersebut merujuk kepada orang yang belum lagi menerima injil (lihat “Panduan Tulisan Suci”, “Gentile”). Yesaya telah mengajar bahawa pada zaman akhir orang bukan Israel akan diberikan injil dan menjadi satu bantuan untuk mengajar dan pengumpulan bani Israel (lihat 1 Nefi 21:22; 22:8–12; lihat juga Yesaya 60; 66:18–20).

ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

1 Nefi 17:1–6, 17–22

Mungkin keluarga anda dapat membezakan laporan perjalanan dalam padang belantara (lihat 1 Nefi 17:1–6) bersama laporan abang-abangnya (lihat 1 Nefi 17:17–22). Mengapakah mereka melihat peristiwa yang sama dengan cara yang berbeza? Apakah yang kita boleh belajar daripada Nefi tentang mempunyai perspektif yang beriman?

1 Nefi 17:17–22; 18:9–16

Apakah akibat iri hati, perselisihan, dan rungutan dalam sebuah keluarga? Bagaimanakah kita mengatasi masalah-masalah tersebut?

1 Nefi 19:22–24

Nefi mengibaratkan tulisan suci kepada keluarganya “agar ia boleh menjadi keuntungan dan pembelajaran [mereka] ” (1 Nefi 19:23). Terdapat beberapa kisah dalam 1 Nefi 16–18 di mana keluarga anda boleh mengibaratkannya kepada diri kita. Anda mungkin boleh melakonkan salah satu kisah dan bincangkan bagaimana ia diaplikasikan dalam keluarga anda.

1 Nefi 21:14–16

Bagaimanakah pesanan dalam ayat-ayat ini membantu seseorang yang berasa tertinggal?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Minta Tuhan untuk bantuan. Tulisan suci telah diberikan kepada kita melalui wahyu, dan kita memerlukan wahyu untuk memahami sepenuhnya. Tuhan telah berjanji, “Jika engkau… bertanya kepadaKu dengan iman, … sudah pasti perkara-perkara ini akan dinyatakan kepadamu” (1 Nefi 15:11).

Nefi bersama keluarganya di atas kapal

They Did Treat Me with Much Harshness, oleh Walter Rane