Ikutlah Aku
10–16 Februari. 2 Nefi 6–10: “Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita!”


“10–16 Februari. 2 Nefi 6–10: ‘Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita!’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“10–16 Februari. 2 Nefi 6–10,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Yesus berdoa di Getsemani

Not My Will, But Thine, Be Done, oleh Harry Anderson

10–16 Februari

2 Nefi 6–10

“Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita!”

Semasa anda kaji 2 Nefi 6–10, renungkan apa yang Tuhan cuba ajar anda. Semasa anda mengenal pastikan kebenaran-kebenaran ini, catatkan mereka dan bertimbang dengan penuh doa bagaimana anda boleh bertindak ke atas apa yang anda belajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Sekurang-kurangnya 40 tahun sudah lalu semenjak keluarga Lehi meninggal Yerusalem. Mereka sampai ke satu tanah baru yang aneh, jauh dari Yerusalem dan semua umat perjanjian Tuhan. Lehi mati, dan keturunannya mulakan satu pertikaian yang sepanjang banyak abad di antara bangsa Nefi—“yang percaya kepada peringatan dan wahyu Tuhan”—dan bangsa Laman, yang tidak (2 Nefi 5:6). Dalam situasi-situasi ini, Yakub, adik Nefi yang ditahbiskan sebagai pengajar untuk bangsa Nefi, hendakkan umat perjanjian mengetahui Tuhan tidak melupai mereka, jadi, mereka harus tidak melupai Dia. Ini ialah satu pesanan yang pastinya kita perlukan dalam dunia kita, di mana perjanjian-perjanjian diperkecilkan dan wahyu ditolak. “Marilah kita mengingati Dia, … kerana kita tidak tersingkir. … Agungnya janji-janji Tuhan,” dia mengisyitharkan (2 Nefi 10:20–21). Di kalangan janjian-janjian itu, yang paling besar ialah janjian tentang satu “korban tebusan” untuk mengatasi kematian dan neraka (2 Nefi 9:7). “Oleh kerana itu,” Yakub memutuskan, “hiburkanlah hatimu”! (2 Nefi 10:23).

ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

2 Nefi 6–8

Tuhan berbelas kasihan terhadap umat-Nya dan akan memenuhi janjian-janjian-Nya.

Untuk menolong orangnya memahami mereka ialah sebahagian bani Israel dan boleh yakin kepada Tuhan dan janjian-janjian-Nya, Yakub memetik nubuat Yesaya, yang dicatatkan dalam 2 Nefi 6–8. Yesaya menghuraikan cerai-berai Israel dan pengumpulan yang dijanjikan oleh Juruselamat serta penebusan umat-Nya. Semasa anda kaji, renungkan soalan-soalan yang berikut:

  • Perkara apakah yang dapat saya belajar tentang kasih Penebusan Juruselamat untuk saya?

  • Penghiburan apakah yang dijanjikan oleh Juruselamat kepada mereka yang carikan Dia?

  • Apa yang boleh saya lakukan untuk “menunggukan” Juruselamat dan berkat-berkat yang Dia janjikan dengan lebih beriman?

2 Nefi 9:1–26

Melalui Korban Tebusan-Nya, Yesus Kristus membebaskan semua orang dari kematian jasmani dan kematian rohani.

Apakah perkataan atau imej akan anda gunakan untuk memberitahu seseorang tentang keperluan kita demi seorang Penebus untuk menyelamatkan kita dari kematian dan dosa? Yakub gunakan perkataan “makhluk” dan “dahsyat.” Apakah yang Yakub ajarkan tentang “makluk itu, kematian itu dan neraka” dan “pelolosan” yang sudah Tuhan sediakan bagi kita? (2 Nefi 9:10). Semasa anda kaji 2 Nefi 9:1–26, bertimbang untuk menandakan dalam satu warna apa yang akan berlaku kepada kita tanpa Korban Tebusan Yesus Kristus. Kemudian, dalam warna lain, anda boleh tandakan apa yang kita terima melalui Korban Tebusan Juruselamat. Kebenaran apakah dapat anda cari tentang Korban Tebusan Yesus Kristus yang menyebabkan anda memuji “kebijaksanaan Tuhan, belas kasihan dan rahmat-Nya”? (2 Nefi 9:8).

 

2 Nefi 9:27–54

Saya boleh datang kepada Kristus dan menerima berkat-berkat agung Korban Tebusan-Nya.

Yesus Kristus datang “ke dunia agar Dia dapat menyelamatkan semua manusia jika mereka akan mendengarkan suara-Nya” (2 Nefi 9:21; italik ditambahkan). Dalam kata lain, kita mesti rela menerima berkat-berkat penyelamatan yang Dia berikan. Selepas menghuraikan rancangan penebusan, Yakub berikan amaran dan jemputan penting, terdapat dalam 2 Nefi 9:27–54, untuk menolong kita menerima berkat-berkat Korban Tebusan. Bertimbang untuk mencatatkan mereka pada satu carta seperti ini:

Amaran

Jemputan

Amaran

Jemputan

Amaran

Jemputan

Apakah yang anda rasa ditekan oleh Roh untuk bertindak ke atas amaran dan jemputan ini?

2 Nefi 10:20, 23–25

Kerana Korban Tebusan Yesus Kristus, saya boleh “hiburkan” hati saya.

Pesanan Yakub ialah satu pesanan sukacita. “Aku mengucapkan hal-hal ini kepadamu,” dia kata, “agar kamu dapat berbahagia, dan mengangkat kepalamu selama-lamanya (2 Nefi 9:3). Semasa anda kaji 2 Nefi 10:20, 23–25, apa yang berikan anda harapan? Apa lagi dapat anda cari dalam 2 Nefi 9–10 yang berikan anda harapan? Apakah yang akan anda lakukan untuk mengingati perkara-perkara ini apabila anda rasa keraguan?

Juga lihat Yohanes 16:33.

ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

2 Nefi 8:3–7

Semasa anda kaji 2 Nefi 8:3, anda boleh tunjukkan gambar-gambar satu gurun dan satu kebun. Bagaimana Tuhan tukarkan gurun hidup kita kepada kebun? Dalam ayat 4–7, apakah yang Tuhan nasihat kita lakukan untuk menerima kebahagiaan yang dihuraikan dalam ayat 3?

2 Nefi 8:24–25

Bagaimana kata-kata galakan Yesaya kepada orang Sion memperkuatkan kita dalam usaha kita untuk menjadi pengikut Yesaya yang lebih beriman? Bagaimana bangun dari tidur dan pakai baju serupa dengan apa yang Tuhan hendak kita lakukan secara rohani?

2 Nefi 9:1–26

Apa yang boleh keluarga anda lakukan untuk lebih memahami kepentingan “korban tebusan yang tidak terhingga” Yesus Kristus? (ayat 7). Mungkin mereka boleh lihat atau fikir tentang benda-benda yang nampaknya berbilangan tidak terhingga—rumput pada satu padang, pasir pada satu pantai, atau bintang di langit. Bagaimana Korban Tebusan Juruselamat tidak terhingga? Frasa apakah dalam 2 Nefi 9 mendalamkan kesyukuran kita demi apa yang Juruselamat telah lakukan untuk kita?

2 Nefi 9:27–44

Mungkin satu hari minggu ini keluarga anda boleh kaji 2 Nefi 9:27–38, carikan amaran-amaran (didahului oleh “celakalah”). Yang manakah di antara ini penting untuk dibincangkan oleh keluarga anda? Pada satu hari lain, anda boleh kaji 2 Nefi 9:39–44, carikan apa yang Yakub jemputkan bangsanya untuk mengingati.

2 Nefi 9:28–29, 50–51

Apakah contoh-contoh “kesombongan, dan kelemahan dan kebodohan manusia”? (ayat 28). Apakah yang boleh kita lakukan untuk meletakkan nilai lebih besar pada perkara Tuhan dan nilai lebih kurang pada perkara duniawi?

2 Nefi 9:45

Keluarga anda mungkin suka membuat satu rantai kertas dan mengambil giliran memakai ia dan menanggalkan ia dengan menggoncang. Bagaimana dosa adalah seperti rantai? Bagaimana Juruselamat menolong kita menanggalkan dosa?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menjadi sedia ada dan mudah dihubungi. “Beberapa masa pengajaran terbaik bermula dengan satu soalan atau kebimbangan dalam hati seorang ahli [keluarga]. … Biarkan mereka tahu melalui kata-kata dan tindakan anda bahawa anda rela mendengar mereka” (Teaching in the Savior’s Way, 16).

Yesus menyembuhkan orang

Juruselamat akan menyelamatkan semua anak-anak Tuhan “jika mereka akan mendengarkan suara-Nya” (2 Nefi 9:21). He Healed Many of Diverse Diseases, oleh J. Kirk Richards