Ikutlah Aku
10–16 Februari. 2 Nefi 6–10: “Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita!”


“10–16 Februari. 2 Nefi 6–10: ‘Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita!’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“10-16 Februari. 2 Nefi 6-10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Yesus sedang berdoa di Getsemani

Not My Will, But Thine, Be Done, oleh Harry Anderson

10–16 Februari

2 Nefi 6–10

“Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita!”

Apabila anda membaca 2 Nefi 6–10, cari bimbingan daripada Roh tentang apa yang harus diajar. rangka panduan ini dan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh mengilhami idea tambahan.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Galakkan kanak-kanak untuk mengambil giliran untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya semasa mengkaji 2 Nefi 6–10 secara individu atau dengan keluarga mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

2 Nefi 9:7–13, 20–23

Yesus Kristus menyelamatkan saya dari dosa dan kematian.

Bagaimana anda boleh menggunakan 2 Nefi 9:7–13 dan 20–23 untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa Yesus Kristus menyelamatkan semua orang dari kematian dan memungkinkan kita untuk bertaubat dari dosa?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan kepada kanak-kanak kisah seseorang yang jatuh ke dalam lubang begitu mendalam sehingga dia tidak dapat keluar. Seorang lelaki datang dan mengangkat orang ini keluar dari lubang. Anda mungkin mahu melukis gambar kisah ini di papan tulis atau lakonkannya dengan kanak-kanak. Jelaskan bahawa lubang ini seperti kematian dan lelaki yang membantu orang itu adalah seperti Yesus Kristus, yang menyelamatkan semua orang dari kematian dengan memberi kita kurnia kebangkitan. Beritahu kanak-kanak bahawa orang yang sama ini jatuh ke dalam lubang yang lain. Kali ini penyelamat itu memberi orang itu tangga untuk digunakan untuk memanjat keluar dari lubang. Jelaskan bahawa lubang ini adalah seperti dosa dan tangga adalah Korban tebusan Yesus Kristus, yang membolehkan kita untuk bertaubat dan dosa-dosa kita diampuni. Baca 2 Nefi 9:22–23, dan berikan kesaksian anda tentang Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya.

  • Nyanyi bersama lagu mengenai kasih Yesus Kristus, seperti “Kurasakan Kasih Jurus’lamat” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 42). Jemput kanak-kanak melukis gambar perkara-perkara yang membantu mereka mengetahui bahawa Juruselamat mengasihi mereka.

2 Nefi 9:49

“Hatiku bersukacita dalam kesolehan.”

Bagaimana anda boleh menggalakkan kanak-kanak yang anda ajar “[bersukacita] dalam kesolehan,” atau mematuhi Tuhan dengan gembira? (2 Nefi 9:49).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 2 Nefi 9:49 kepada anak-anak, dan membantu mereka mencari dan memahami apa yang dikatakan oleh Yakub tentang apa yang dia suka dan benci. Kongsi senario di mana seorang kanak-kanak membuat pilihan yang baik atau pilihan yang tidak baik, dan jemput kanak-kanak untuk berdiri apabila pilihan itu membawa kegembiraan dan duduk ketika pilihan itu membawa kesedihan. Kenapa memilih kebenaran memberi kita kegembiraan? Bilakah anda telah merasa gembira kerana anda membuat pilihan yang benar?

  • Nyanyi bersama lagu tentang kegembiraan yang datang dari kepatuhan, seperti “Kami Senang Membantu” (Buku Nyanyian Anak-Anak 108), dan minta kanak-kanak mendengar apa yang membuatkan kita gembira. Biarkan kanak-kanak mengambil giliran untuk berpura-pura menjadi ibu bapa yang meminta kanak-kanak lain melakukan sesuatu. Minta kanak-kanak yang lain mematuhi dengan gembira.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

2 Nefi 6; 7:1–2

Tuhan akan selalu memenuhi janji-Nya.

Memahami bahawa Tuhan menepati janji-Nya boleh membantu kanak-kanak membina iman mereka kepada-Nya dan keyakinan mereka untuk mematuhi perintah-perintah-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk bercakap tentang beberapa janji yang telah mereka buat, seperti janji yang mereka buat kepada kawan atau perjanjian yang mereka buat semasa pembaptisan. Mengapakah ia kadang-kadang sukar untuk mentaati janji-janji kita? Mengapakah ia penting untuk mentaati janji-janji kita? Baca frasa yang berikut: “Tuhan akan menunaikan perjanjian-Nya yang Dia telah buat kepada anak-anak-Nya;” (2 Nefi 6:12). Berikan contoh bagaimana Tuhan menepati janji-Nya, walaupun berkat-berkat itu tidak datang segera.

  • Paparkan gambar Yesus di sebelah gambar seorang kanak-kanak. Baca 2 Nefi 7:1, dan jelaskan bahawa apabila bangsa Tuhan berhenti mematuhi injil-Nya, ia seperti mereka “menceraikan” Dia. Pindahkan gambar kanak-kanak itu dari gambar Yesus untuk menunjukkan bahawa apabila kita tidak mentaati perjanjian kita, seperti perjanjian pembaptisan, kita memisahkan diri kita daripada Bapa Syurgawi dan Juruselamat. (Untuk mengkaji semula perjanjian pembaptisan, lihat A&P 20:37.) Bagaimanakah Korban tebusan Juruselamat membenarkan kita untuk kembali mendekati-Nya? Semasa anda membincangkan ini, jemput kanak-kanak untuk meletakkan gambar dekat bersama lagi.

2 Nefi 9:10–23

Yesus Kristus menyelamatkan saya dari dosa dan kematian.

Bagaimana anda boleh menggunakan 2 Nefi 9:10–23 untuk membantu kanak-kanak mengetahui bahawa Yesus Kristus adalah Juruselamat mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membantu anda melukis jalan di papan tulis, dan jemput mereka untuk menambah beberapa halangan atau sekatan jalan sepanjang jalan. Baca bersama 2 Nefi 9:10, dan jemput kanak-kanak melabelkan halangan-halangan di jalan dengan kata-kata dari ayat ini yang menggambarkan halangan yang dapat menghalang kita kembali kepada Tuhan. Kemudian bercakap tentang bagaimana Yesus Kristus mengatasi halangan-halangan ini bagi kita (lihat 2 Nefi 9:21–23), dan apabila anda lakukan ini, jemput kanak-kanak untuk memadamkan halangan.

  • Tunjukkan gambar Adam dan Hawa, seperti Leaving the Garden of Eden (ChurchofJesusChrist.org). Jelaskan bahawa ketika Adam dan Hawa makan buah yang Tuhan beritahu mereka jangan makan di Taman Eden, mereka membawa dosa dan kematian ke dunia. Tunjukkan gambar Yesus Kristus. Untuk membantu kanak-kanak memahami bagaimana Yesus mengatasi dosa dan kematian, ceritakan kisah orang yang jatuh ke dalam lubang, yang terdapat dalam idea mengajar pertama di bawah “Kanak-kanak-kanak yang Lebih Kecil” dalam rangka panduan ini. Kemudian minta kanak-kanak melukis gambar cerita ini atau lakonkannya. Baca 2 Nefi 9:21–23, dan berikan kesaksian anda tentang Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya.

  • Bantu setiap kanak-kanak mencari lagu tentang Korban tebusan Juruselamat sama ada dalam Nyanyian Rohani atau Buku Nyanyian Anak-Anak (indeks dalam buku ini dapat membantu). Jemput kanak-kanak untuk mencari dan berkongsi frasa dari lagu yang menggambarkan apa yang Yesus telah lakukan untuk kita. Minta kanak-kanak untuk berkongsi pemikiran dan perasaan mereka tentang Korban tebusan Juruselamat, atau kongsi kesaksian anda.

2 Nefi 9:20, 28–29, 42–43

Saya akan diberkati apabila saya mengikuti nasihat Tuhan.

Bantu kanak-kanak membina asas kepercayaan yang kuat kepada Tuhan supaya apabila pengetahuan dan kebolehan mereka meningkat, mereka akan terus bergantung kepada-Nya dan mengikuti nasihat-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda mengenai sesuatu yang mereka tahu dengan banyak, seperti buku kegemaran atau hobi. Minta seorang kanak-kanak membaca 2 Nefi 9:20, dan memberi kesaksian bahawa Tuhan “[mengetahui] segala hal.” Mengapakah ia penting untuk kita memahami bahawa Tuhan mengetahui segala-galanya?

  • Minta kanak-kanak membayangkan bahawa mereka mendengar kawan mengatakan bahawa perintah atau ajaran Gereja adalah bodoh. Apakah yang mereka harus katakan kepada kawan mereka? Mengapakah ia penting untuk mempercayai nasihat Tuhan walaupun kita tidak memahaminya sepenuhnya? Galakkan kanak-kanak untuk melihat dalam 2 Nefi 9:20, 28–29, dan 42–43 untuk membantu merenung dan membincangkan soalan-soalan ini.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka dapat mengajar keluarga mereka apa yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya. Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk menjelaskan bagaimana Juruselamat membantu kita mengatasi dosa dan kematian.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggunakan halaman aktiviti. Apabila kanak-kanak menggunakan halaman aktiviti, gunakan masa ini untuk membantu mereka melihat bagaimana aktiviti berkaitan dengan asas-asas dari pelajaran dan bagaimana asas-asas boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

Cetak