Ikutlah Aku
17–23 Februari. 2 Nefi 11–25: “Kita Berbahagia dalam Kristus”


“17–23 Februari. 2 Nefi 11–25: ‘Kita Berbahagia dalam Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“17–23 Februari. 2 Nefi 11–25,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Yesaya menulis pada skrol

17–23 Februari

2 Nefi 11–25

“Kita Berbahagia dalam Kristus”

Persediaan anda untuk mengajar bermula apabila anda membaca 2 Nefi 11–25. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda memahami bab ini, dan rangka panduan ini dapat memberi anda idea pengajaran.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Kaji semula secara ringkas dengan kanak-kanak apa yang mereka pelajari tentang Juruselamat dan Korban tebusan-Nya minggu lalu. Jika mereka berkongsi apa yang mereka pelajari dengan keluarga mereka, galakkan mereka bercakap mengenainya.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

2 Nefi 12:2–3

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

Nubuat Yesaya mengenai “gunung rumah Tuhan” boleh menjadi peluang untuk mengajar kanak-kanak tentang bait suci dan membantu mereka ingin pergi ke sana suatu hari nanti.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Biarkan seorang kanak-kanak memegang gambar sebuah bait suci(rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga ada satu), dan minta kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu tentang bait suci. Baca 2 Nefi 12:3, dan jelaskan bahawa dalam ayat ini seorang nabi bernama Yesaya bernubuat bahawa akan ada bait suci di zaman akhir. Baca ayat itu lagi, dan tekankan bahawa apabila kita pergi ke bait suci, Tuhan “mengajar kita cara-cara-Nya” dan membantu kita “berjalan dalam jalan-jalan-Nya.”

  • Buat jalan di atas lantai, dan di hujung jalan, letakkan gambar bait suci dengan penutup di atas gambar. Biarkan kanak-kanak berjalan di jalan itu, dan apabila mereka lakukan ini, bantu mereka mengulangi frasa “berjalan dalam jalan-jalan-Nya.” Apabila kanak-kanak sampai ke hujung jalan, biarkan mereka membuka gambar itu. Apakah maksudnya dengan berjalan di jalan Tuhan?

  • Nyanyi bersama kanak-kanak lagu mengenai bait suci, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99). Bantu mereka mencari kata-kata dan frasa dalam lagu yang mengajar apakah bait suci dan apa yang kita lakukan di sana.

2 Nefi 19:6; 25:26

“Kita Berbahagia dalam Kristus.”

Nefi dan Yesaya mempunyai kesaksian tentang Juruselamat, dan kesaksian mereka membuat mereka gembira. Bantu kanak-kanak melihat bahawa anda “berbahagia dalam Kristus.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak memegang gambar kelahiran Yesus Kristus (seperti Buku Seni Injil, no. 30), dan membantu kanak-kanak mencari bayi Yesus dalam gambar. Baca 2 Nefi 19:6 dan minta kanak-kanak menunjuk kepada Yesus ketika mereka mendengar kata-kata itu anak dan putera. Jelaskan bahawa nabi Yesaya, yang menulis kata-kata di dalam 2 Nefi 19:6, tahu tentang kelahiran Yesus beratus-ratus tahun sebelum ia berlaku.

  • Ceritakan kisah tentang Yesus Kristus yang membawa kegembiraan kepada orang lain. Tunjukkan detik-detik gembira dalam cerita. Baca 2 Nefi 25:26 dan bercakap tentang mengapa anda “berbahagia dalam Kristus.” Minta kanak-kanak bercakap tentang bagaimana Yesus membawa mereka kegembiraan.

2 Nefi 21:6–922

Zaman Seribu Tahun akan menjadi masa kedamaian dan kegembiraan.

Selepas Kedatangan Kedua-Nya, Yesus Kristus akan tinggal bersama orang-Nya selama suatu masa kedamaian yang disebut Zaman Seribu Tahun.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar binatang kepada kanak-kanak yang disebutkan di dalam 2 Nefi 21:6–7, dan minta kanak-kanak menamakan binatang tersebut. Jelaskan bahawa binatang ini biasanya adalah musuh, tetapi Yesaya mengajar bahawa selepas Yesus Kristus datang lagi, akan ada masa kedamaian, yang disebut Zaman Seribu Tahun, ketika binatang tidak akan menyakiti satu sama lain. Bagaimanakah kita dapat mengikuti contoh binatang ini dalam cara kita saling melayani satu sama lain? Jemput kanak-kanak melukis gambar binatang-binatang ini yang hidup dengan damai bersama-sama.

  • Baca 2 Nefi 22:5, dan minta kanak-kanak untuk membantu anda mencari lagu yang menggambarkan “hal-hal cemerlang” yang telah dilakukan oleh Tuhan. Beberapa contoh mungkin termasuk “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16) atau “Betapa Agung NamaMu” (Nyanyian Rohani, no. 29). Nyanyi lagu itu bersama-sama. Jelaskan bahawa dalam Zaman Seribu Tahun, semua orang akan mengetahui tentang “hal-hal cemerlang” yang telah dilakukan oleh Tuhan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

2 Nefi 12:2–3

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

Bagaimanakah anda boleh menggunakan ayat-ayat ini untuk membantu kanak-kanak ingin menghadiri bait suci?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar bait suci (rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mempunyai satu). Minta seorang kanak-kanak membaca 2 Nefi 12:2–3, dan jemput kanak-kanak lain untuk mendengar sebab-sebab mengapa Yesaya berkata kita memerlukan bait suci. Anda boleh menerangkan bahawa Yesaya memanggil bait suci “gunung bait suci Tuhan.” Mengapakah gunung adalah lambang yang baik untuk bait suci?

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar diri mereka pergi ke bait suci. Jika boleh,minta salah seorang dari remaja putera atau remaja puteri di dalam bahagian untuk memberitahu kanak-kanak apakah perasaan mereka ketika mereka melaksanakan pembaptisan untuk orang mati di dalam bait suci. Orang muda ini atau orang lain dalam bahagian boleh mengajar kanak-kanak bagaimana mencari nama-nama nenek moyang mereka yang memerlukan tatacara bait suci.

2 Nefi 15:20

Setan cuba mengelirukan saya tentang kebaikan dan kejahatan.

Kita hidup dalam dunia di mana, seperti yang dinubuatkan oleh Yesaya, orang memanggil kejahatan itu baik dan kebaikan itu yang jahat. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mengenal pasti penipuan tersebut?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak sesuatu yang pahit atau masam, seperti jeruk atau lemon, di dalam pembungkus gula-gula. Baca bersama 2 Nefi 15:20, dan jelaskan bahawa setan cuba membuat sesuatu yang jahat kelihatan baik. Bantu kanak-kanak memikirkan cara-cara Setan melakukan ini. Bagaimanakah kita dapat mengesan penipuannya?

  •   Mengapa nelayan menyamar cangkuknya? Mengapa Setan menyamar dosa?

    2:58

2 Nefi 17:14; 19:6; 25:23–26

“Kita berbahagia dalam Kristus.”

Kanak-kanak perlu tahu bahawa injil Yesus Kristus adalah gembira. Bagaimana anda membantu mereka “berbahagia dalam Kristus”?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak mencari nama-nama Yesus Kristus dalam 2 Nefi 17:14 dan 19:6. Anda mungkin perlu menjelaskan bahawa “Imanuel” adalah salah satu dari nama-nama ini, dan ia bermaksud “Tuhan bersama kita.” Apakah yang setiap nama ini diajarkan tentang Dia?

  • Letakkan gambar Juruselamat di papan tulis, dan baca bersama 2 Nefi 25:26. Mengapa Nefi bercakap dan menulis banyak tentang Yesus Kristus? Biarkan setiap kanak-kanak menulis di papan tulis, berhampiran gambar Yesus, satu perkara tentang Juruselamat yang membawa mereka kegembiraan.

  • Minta kanak-kanak memikirkan seseorang yang mereka mahu “memujuk … untuk percaya kepada Kristus” (2 Nefi 25:23). Bagaimanakah kita dapat menyampaikan kepada orang lain kegembiraan yang dibawa oleh Juruselamat ke dalam hidup kita? Biarkan kanak-kanak menulis atau lakon peranan beberapa perkara yang mereka boleh lakukan untuk membantu orang yang mereka fikir percaya kepada Yesus Kristus.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memikirkan satu perkara yang mereka boleh lakukan untuk menunjukkan kepada keluarga mereka bahawa mereka “berbahagia dalam Kristus.”

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Biarkan anak-anak menjadi kreatif. “Semasa anda mengajar kanak-kanak, biarkan mereka membina, melukis, mewarna, menulis, dan mencipta. Perkara-perkara ini adalah lebih dari aktiviti yang menyeronokkan—mereka penting untuk pelajaran” (Teaching in the Savior’s Way, 25).