Ikutlah Aku
24 Februari–1 Mac. 2 Nefi 26–30: “Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Sebuah Keajaiban”


“24 Februari–1 Mac. 2 Nefi 26–30: ‘Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Sebuah Keajaiban,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“24 February–1 Mac. 2 Nephi 26–30,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Yesus menghulur tangan kepada seorang wanita

He Will Lead Thee by the Hand, oleh Sandra Rast

24 Februari–1 Mac

2 Nefi 26–30

“Suatu Pekerjaan yang Menakjubkan dan Sebuah Keajaiban”

Sebelum anda mula merancang aktiviti pembelajaran untuk kanak-kanak di kelas anda, kaji 2 Nefi 26–30. Ini akan menjemput Roh untuk membimbing perancangan anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pegang salinan Kitab Mormon, dan jelaskan bahawa Nefi meramalkan bahawa Kitab Mormon akan menjadi penting di zaman kita. Minta kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka telah belajar tentang Kitab Mormon tahun ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

2 Nefi 26:33

Yesus Kristus mahu semua orang datang kepada-Nya.

Nefi bersaksi bahawa Juruselamat mengasihi semua orang, tidak kira siapa mereka, dan Dia menjemput mereka semua untuk “mengambil bahagian dalam kebaikan-Nya.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar orang dari pelbagai latar belakang etnik dan budaya (anda boleh mendapati beberapa di dalam majalah Gereja). Minta kanak-kanak untuk menggambarkan beberapa butiran yang mereka lihat dalam gambar. Buka tulisan suci ke 2 Nefi 26:33 dan baca, “[Yesus Kristus] menjemput mereka semua datang kepada Dia.” Ulangi frasa ini dengan kanak-kanak apabila anda menunjukkan setiap gambar. Kemudian tunjukkan kepada setiap kanak-kanak dan katakan, “Yesus Kristus menjemput kamu untuk datang kepada Dia.” Apakah yang kita boleh lakukan untuk datang kepada Juruselamat?

  • Nyanyikan lagu dengan kanak-kanak tentang mengasihi semua orang, seperti “Aku Akan Menolongmu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 78). Tunjukkan perkataan atau frasa dalam lagu yang anda rasa menguatkan pesanan 2 Nefi 26:33.

2 Nefi 28:2; 30:6

Kitab Mormon adalah satu berkat.

Pertimbangkan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak di kelas anda merasakan bahawa Kitab Mormon adalah “suatu berkat bagi mereka dari tangan Tuhan” (2 Nefi 30:6).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak Kitab Mormon yang dibungkus sebagai hadiah, dan beritahu mereka bahawa sesuatu yang bernilai ada di dalamnya. Biarkan mereka memegang hadiah itu, dan memberi petunjuk untuk membantu mereka meneka apa itu; sebagai contoh, ia adalah sesuatu yang Tuhan telah berikan kepada kita, ia membantu kita mempercayai Yesus Kristus, dan sebagainya. Baca dari 2 Nefi30:6: “Suatu berkat bagi mereka dari tangan Tuhan.” Biarkan kanak-kanak membuka hadiah itu, dan kemudian menjelaskan bahawa kita mesti membuka Kitab Mormon dan membacanya untuk menerima berkat-berkat yang terkandung di dalamnya.

  • Baca 2 Nefi 28:2 kepada kanak-kanak. Jelaskan bahawa Nefi melihat bahawa Kitab Mormon “amat berharga” kepada kita, yang bermaksud ia akan membantu dan memberkati kita. Beritahu kanak-kanak kenapa Kitab Mormon sangat berharga untuk anda. Kongsi ayat atau cerita kegemaran anda dari Kitab Mormon, dan jemput kanak-kanak berkongsi cerita kegemaran mereka. Tunjuk gambar dari Buku Seni Injil untuk memberi mereka idea.

2 Nefi 28:30

Bapa Syurgawi mengajar saya sedikit demi sedikit.

Mungkin anda boleh memikirkan pelajaran atau pengajaran berobjek yang akan membantu kanak-kanak melihat apa yang dimaksudkan untuk belajar “baris demi baris.” Cadangan di bawah boleh mencetuskan beberapa idea.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak menyelesaikan teka-teki mudah atau membina sesuatu dengan blok. Beri mereka satu kepingan teka-teki atau satu blok pada suatu masa, dan semasa mereka sedang membina, jelaskan bahawa ini adalah cara Bapa Syurgawi mengajar kita—satu kebenaran pada suatu masa. Apakah yang akan berlaku jika kita cuba meletakkan semua kepingan sekaligus?

  • Ajar kanak-kanak kemahiran langkah demi langkah, seperti mengikat ribbon atau melukis gambar. Baca dari 2 Nefi 28:30: “Aku akan memberikan kepada anak-anak manusia baris demi baris, … di sini sedikit dan di sana sedikit.” Kenapa Tuhan mengajar kita sedikit demi sedikit?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

2 Nefi 26:23–28, 33

Yesus Kristus mahu semua orang datang kepada-Nya.

Bantu kanak-kanak merasakan bahawa jemputan untuk datang kepada Kristus ditujukan kepada mereka dan kepada semua orang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bercakap dengan kanak-kanak tentang masa apabila mereka telah menjemput rakan atau keluarga untuk datang ke acara istimewa, seperti sambutan hari jadi. Apakah yang mereka lakukan untuk menggalakkan orang ramai datang? Baca dengan kanak-kanak 2 Nefi 26:23–28, 33, dan membantu mereka mencari apa yang Tuhan menjemput kita lakukan. Minta kanak-kanak membuat kad atau surat yang menjemput seseorang untuk datang kepada Yesus Kristus. Galakkan mereka menggunakan frasa dari ayat-ayat ini dalam jemputan mereka (jika perlu, tulis beberapa frasa di papan tulis untuk membantu).

  • Baca 2 Nefi 26:33 dengan kanak-kanak, dan membantu mereka membuat senarai siapa, menurut ayat ini, dijemput untuk “mengambil bahagian dalam kebaikan [Tuhan].” (Anda mungkin perlu menjelaskan bahawa “orang kafir” adalah orang-orang yang tidak percaya kepada Tuhan.) Jemput mereka untuk menambah nama mereka sendiri ke dalam senarai. Bagaimanakah kita mengambil bahagian dalam kebaikan Tuhan?

  • Bercakap dengan kanak-kanak secara ringkas tentang bagaimana kanak-kanak di seluruh dunia berbeza, dan bersaksi bahawa Tuhan mengasihi mereka semua (lihat 2 Nefi 26:24, 33). Jemput kanak-kanak melukis gambar Yesus dengan banyak kanak-kanak yang berbeza.

2 Nefi 28:27–30

Bapa Syurgawi mendedahkan kebenaran “baris demi baris.”

Nefi memberi amaran terhadap sikap bahawa kita tidak memerlukan lebih banyak kebenaran daripada Tuhan. Bantu kanak-kanak melihat pembelajaran injil sebagai usaha belajar seumur hidup.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pilih satu frasa dari 2 Nefi 28:30, dan minta kanak-kanak menulis perkataan pertama di papan tulis. Kemudian minta seorang kanak-kanak lain menulis perkataan seterusnya, dan sebagainya sehingga keseluruhan frasa ditulis. Bagaimanakah aktiviti ini serupa dengan cara Tuhan memberi kita kebenaran?

  • Bantu kanak-kanak membaca dan memahami 2 Nefi 28:27–30, mencari jawapan kepada soalan seperti ini: Apakah ayat-ayat ini ajarkan tentang orang yang percaya bahawa mereka mempunyai kebenaran yang cukup dan tidak memerlukan lebih lagi? Minta mereka untuk mencadangkan cara kita dapat menunjukkan kepada Tuhan bahawa kita mahu menerima lebih banyak kebenaran daripada Dia.

2 Nefi 29:7–11

Kitab Mormon dan Alkitab bekerja bersama.

Kerana kita mempunyai Alkitab, sesetengah orang percaya bahawa Kitab Mormon tidak diperlukan. Ayat-ayat ini dapat membantu kanak-kanak memahami, dan menerangkan kepada orang lain, mengapa kita bersyukur atas kedua-dua kitab suci.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan seorang kanak-kanak satu salinan Kitab Mormon dan satu lagi salinan Alkitab. Tanya kepada mereka bagaimana buku-buku ini sama dan bagaimana mereka berbeza. Tunjukkan kanak-kanak peta dunia, dan membantu mereka memadankan setiap buku dengan asal mereka di mana bahagian dunia. Baca dan bincangkan 2 Nefi 29:8. Kenapa Tuhan memberi kita dua “kesaksian” atau kitab yang mengajar kita tentang Dia?

  • Minta kanak-kanak membayangkan bahawa seorang kawan memberitahu mereka, “Saya tidak perlu membaca Kitab Mormon. Saya sudah membaca Alkitab.” Baca bersama 2 Nefi 29:7–11, menjelaskan frasa dan konsep jika diperlukan. Kemudian minta mereka berkongsi idea tentang apa yang mereka boleh katakan kepada kawan mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk menerangkan kepada keluarga mereka bagaimana Alkitab dan Kitab Mormon bekerja bersama untuk memberi kesaksian tentang Yesus Kristus.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berikan tumpuan pada orang, bukan pelajaran. Idea dalam rangka panduan ini adalah cadangan sahaja. Sila rasa bebas untuk menyesuaikannya dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang anda ajar.

Cetak