“9–15 Mac. Yakub 1–4: ‘Diperdamaikanlah dengan Tuhan melalui Korban tebusan Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)
“9–15 Mac. Yakub 1–4,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020
9–15 Mac
Yakub 1–4
Diperdamaikanlah dengan Tuhan melalui Korban tebusan Kristus
Apabila anda membaca Yakub 1–4, renungkan apakah asas-asas dari bab ini yang paling penting untuk kanak-kanak pelajari. Dapatkan bimbingan rohani untuk mengetahui cara terbaik untuk mengajar asas-asas ini, dan catatkan tanggapan anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka atau keluarga mereka lakukan minggu ini untuk belajar dari Yakub 1–4. Anda juga boleh minta mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka ingat dari pelajaran minggu lalu. Apakah soalan yang akan anda tanya untuk membantu mereka ingat?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Tuhan memanggil pemimpin Gereja untuk membantu saya mengikuti Yesus Kristus.
Bantu kanak-kanak memahami bahawa mereka akan diberkati dengan mengikuti nasihat pemimpin Gereja.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Buat boneka yang mudah untuk mewakili Yakub dan Yusuf, adik-adik Nefi, yang merupakan pemimpin dalam Gereja. Kongsi beberapa ayat dari Yakub 1 dan 2 untuk menjelaskan apa yang pemimpin Gereja dipanggil untuk lakukan. Sebagai contoh, pemimpin memujuk kita “percaya kepada Kristus” (Yakub 1:8), menjemput kita untuk bertaubat (lihat Yakub 2:5–6, 9–10), dan “memaklumkan firman [Tuhan]” (Yakub 2:2, 11). Biarkan kanak-kanak menggunakan boneka untuk berpura-pura melakukan beberapa perkara ini.
-
Jemput kanak-kanak untuk menamakan beberapa pemimpin Gereja yang mereka tahu, seperti pemimpin Sekolah Primer, lembaga uskup, dan para nabi dan rasul. Bantu kanak-kanak memikirkan cara para pemimpin ini memberkati kita.
Saya boleh membantu orang lain yang memerlukan apabila saya berkongsi dengan mereka.
Adakah kanak-kanak yang anda ajar memahami berkat-berkat yang datang ketika mereka berkongsi dengan mereka yang memerlukan? Bagaimanakah anda boleh membantu mereka tahu bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus mahu mereka membantu orang lain?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jelaskan bahawa beberapa orang di zaman Yakub sangat kaya, tetapi mereka tidak mahu berkongsi apa yang mereka ada dengan yang miskin. Baca Yakub 2:17–19 untuk membantu kanak-kanak memahami ajaran Yakub kepada orang-orang ini. Apabila yang anda lakukan ini, beri kanak-kanak gambar atau objek untuk dipegang yang berkaitan dengan perkataan atau frasa dalam ayat-ayat ini.
-
Jemput kanak-kanak untuk melakukan beberapa cara untuk berkongsi apa yang mereka ada dengan seseorang yang memerlukan. Bersaksi bahawa kita diberkati ketika kita berkongsi dengan orang lain.
-
Bawa sesuatu ke kelas yang anda boleh berkongsi dengan kanak-kanak. Berikan sebahagian darinya kepada setiap kanak-kanak, dan terangkan bahawa anda sedang berkongsi. Tanya mereka bagaimana perasaan mereka apabila anda berkongsi dengan mereka. Bagaimana perasaan mereka apabila mereka berkongsi dengan orang lain? Bantu mereka memikirkan sesuatu yang boleh dikongsi untuk membantu seseorang berasa gembira.
Saya dapat menguatkan iman saya kepada Yesus Kristus.
Ketika Yakub hidup dengan soleh walaupun terdapat kejahatan di sekelilingnya, imannya menjadi sangat kuat sehingga tidak dapat digoncangkan. Renungkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak memahami apakah yang dimaksudkan dengan memiliki iman yang tidak dapat digoncangkan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak memikirkan perkara yang mereka lakukan untuk menjadikan tubuh mereka lebih kuat. Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadikan iman kita lebih kuat? Buka tulisan suci ke Yakub 4:6, dan membantu kanak-kanak mengetahui apakah yang dilakukan oleh Yakub dan bangsanya untuk membuat iman mereka “tidak tergoncang.”
-
Nyanyi “Orang Bijaksana Dan Orang Bodoh” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 132) bersama kanak-kanak. Di satu sisi papan tulis, lukiskan sebuah rumah yang dibina di atas pasir Di sebelah papan tulis yang lain, lukiskan rumah yang dibina di atas batu. Sekiranya boleh, bawa pasir dan batu ke kelas. Yang lebih mudah tergoncang atau bergerak? Adakah kita mahu iman kita menjadi pasir atau batu?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Tuhan memanggil pemimpin Gereja untuk membantu saya mengikuti Yesus Kristus.
Kanak-kanak yang anda ajar akan diberkati ketika mereka percaya dan mengikuti nasihat pemimpin Gereja.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama kanak-kanak Yakub 1:6–8 dan 2:1–6, 11, membantu mereka mencari frasa yang menggambarkan bagaimana hamba-hamba Tuhan memimpin Gereja. Minta mereka menulis frasa-frasa ini pada kepingan kertas dan kemudian paparkan kertas di papan tulis. Mengapa Tuhan memanggil pemimpin Gereja untuk membimbing kita? Minta kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman tentang belajar atau menerima bimbingan daripada pemimpin Gereja atau pengajar dan berkat-berkat yang mereka terima.
-
Minta kanak-kanak melukis gambar seorang pemimpin Gereja yang mereka tahu, dan biarkan seluruh kelas meneka siapakah yang mereka lukiskan. Apakah yang dilakukan oleh para pemimpin ini untuk membantu kita mengikuti Yesus Kristus? Jemput kanak-kanak untuk menulis nota kepada pemimpin Gereja, mengucapkan terima kasih kepada mereka atas pelayanan mereka.
-
Jemput pemimpin tempatan Gereja untuk memberitahu kanak-kanak apa yang dia lakukan untuk memenuhi panggilannya. Minta kanak-kanak untuk menamakan beberapa perkara yang mereka boleh lakukan untuk menyokong pemimpin mereka.
Saya boleh membantu orang lain berasa gembira dengan berkongsi dengan mereka.
Pengikut sejati Yesus Kristus sanggup berkongsi apa yang mereka ada dengan orang lain. Galakkan kanak-kanak untuk membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan dengan berkongsi dengan mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Beritahu kanak-kanak bahawa banyak orang di zaman Yakub menjadi angkuh dan tidak baik hati kerana mereka suka kekayaan (lihat Yakub 2:12–14, 17–21). Jemput beberapa kanak-kanak untuk membaca Yakub 2:17–19 dengan kuat, dan membantu mereka memahami kata-kata yang sukar. Apakah yang kita perlu cari sebelum kita mencari kekayaan? Apakah yang kita perlu lakukan dengan apa-apa kekayaan yang kita terima?
-
Baca Yakub 2:17 kepada kanak-kanak. Apakah berkat yang Bapa Syurgawi telah kongsi dengan kita? Mengapakah Dia mahu kita berkongsi dengan satu sama lain? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi masa ketika mereka berkongsi sesuatu dengan orang lain, termasuk bagaimana perasaan mereka dan bagaimana perasaan orang itu.
Saya dapat menguatkan iman saya kepada Yesus Kristus.
Iman Yakub menjadi tidak tergoncang ketika dia mencari kata-kata para nabi dan menerima kesaksiannya sendiri (lihat Yakub 4:6). Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mempunyai keinginan untuk membina iman yang tidak tergoncang?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk memikirkan perkara-perkara yang menjadi kuat dan selamat dari masa ke masa, seperti pokok besar. Bagaimanakah iman seperti perkara yang mereka fikirkan? Apakah ayat dalam Yakub 4:6, 10–11 yang menerangkan apa yang boleh kita lakukan untuk menjadikan iman kita tidak tergoncang? Minta kanak-kanak membuat senarai di papan tulis bagaimana mereka dapat menguatkan iman mereka kepada Yesus Kristus.
-
Kongsi analogi Elder Neil L. Andersen tentang pokok bertumbuh dalam persekitaran berangin, yang terdapat dalam pesanannya “Puting Beliung Rohani” (Ensign atau Liahona, Mei 2014, 18–21). Mengapakah ia penting untuk iman kita tidak berubah dan kuat seperti batang pokok? Apakah yang diwakili oleh puting beliung? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membina iman yang tidak tergoncang? Bantu kanak-kanak memikirkan analogi lain yang mengajar tentang memiliki iman yang tidak tergoncang.
2:24
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk memikirkan sesuatu yang mereka boleh berkongsi dengan keluarga mereka—termasuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari di kelas hari ini. Beri mereka peluang dalam pelajaran masa depan untuk bercakap tentang apa yang mereka kongsi.