Ikutlah Aku
16–22 Mac. Yakub 5–7: “Tuhan Bekerja dengan Kami”


“16–22 Mac. Yakub 5–7: ‘Tuhan Bekerja dengan Kami,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“16–22 Mac. Yakub 5–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

orang bekerja di dalam dusun pokok zaitun

Allegory of the Olive Tree, oleh Brad Teare

16–22 Mac

Yakub 5–7

Tuhan Bekerja dengan Kami

Mengkaji, merenungkan, dan berdoa untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak tentang kebenaran yang terdapat di dalam Yakub 5–7. Catatkan apa-apa tanggapan yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk memulakan perbincangan mengenai pesanan yang terdapat dalam Yakub 5–7, jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang perkara-perkara dalam kehidupan mereka yang membantu mereka merasakan kasih Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Bagaimanakah kita menunjukkan kasih kita kepada orang lain?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yakub 5

Penginjil-penginjil melayani anak-anak Bapa Syurgawi.

Renungkan bagaimana anda boleh berkongsi kiasan tentang pokok zaitun dengan cara yang dapat difahami oleh kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar pokok, atau berjalan-jalan di luar untuk melihat pokok, dan secara ringkas kaji semula perkara-perkara utama kiasan tentang pokok zaitun dalam Yakub 5. Sebagai contoh: Tuhan ladang anggur (yang boleh mewakili Yesus) bekerja keras untuk menjaga pokok zaitunnya (yang boleh mewakili orang di bumi) kerana Dia sangat mengambil berat terhadap mereka. Dia memanggil pekerja (yang boleh mewakili penginjil) untuk membantu menjaga pokok. Pilih satu atau dua ayat dalam Yakub 5 untuk dibaca kepada kanak-kanak (seperti ayat 71–72).

  • Tanya kanak-kanak jika mereka mengenali seseorang yang telah melayani misi, atau bercakap tentang seseorang yang anda kenal. Bantu kanak-kanak mencari di peta tempat-tempat di mana para penginjil melayani. Jelaskan bahawa Yakub membandingkan dunia dengan sekumpulan pokok zaitun. Pokok-pokok adalah seperti orang di bumi, dan menjaga pokok-pokok itu adalah seperti yang dilakukan oleh para penginjil untuk anak-anak Tuhan. Apakah yang dilakukan oleh penginjil untuk memberkati anak-anak Bapa Syurgawi? Lihat bersama-sama untuk beberapa jawapan kepada soalan ini dalam lagu seperti “Kita Dipanggil Tuk Melayani” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 94). Bagaimana kita boleh menjadi seperti penginjil?

pasangan penginjil senior di komputer dengan orang lain

Pekerjaan penginjil adalah salah satu cara kita dapat membantu anak-anak Tuhan kembali kepada-Nya.

Yakub 6:5

Bapa Syurgawi mengasihi saya.

Bagaimanakah anda boleh mengajar kelas anda bahawa Tuhan mengasihi semua anak-Nya dan menghulurkan “lengan belas kasihan-Nya” kepada mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk memeluk mereka sendiri. Bagaimanakah perasaan kita apabila seseorang yang kita sayangi memberi kita pelukan? Baca Yakub 6:5 kepada anak-anak, dan jelaskan bahawa ungkapan “[Tuhan] mengikatkan diri kepadamu” dan “lengan belas kasihan-Nya dihulurkan ke arahmu” mengajarkan bahawa Bapa Syurgawi mengasihi kita dan ingin kita kembali kepada-Nya suatu hari nanti.

  • Nyanyi bersama lagu tentang kasih, seperti “Kurasakan Kasih Jurus’lamat” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 42). Jemput kanak-kanak untuk menamakan perkara-perkara yang membantu mereka merasakan kasih Juruselamat.

Yakub 7:1–23

Saya boleh berdiri teguh untuk apa yang saya tahu adalah benar.

Yakub adalah contoh yang baik tentang seseorang yang kesaksiannya yang teguh menolongnya mempertahankan kebenaran dalam menghadapi pertentangan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan kisah Yakub dan Serem (Yakub 7:1–23) dengan cara kanak-kanak dapat memahami. Anda boleh menggunakan “Bab 10: Yakub dan Serem” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 27–29, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Kemudian ceritakan sekali lagi, tetapi kali ini membolehkan kanak-kanak membantu mengisi butiran. Tanya kepada mereka apa yang mereka pelajari daripada Yakub. Bagaimanakah kita dapat mengikuti contohnya?

  • Jemput kanak-kanak menyanyi lagu tentang memilih yang benar, seperti “Kebenaran” atau “Jadi Contoh Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 80, 81). Mintalah mereka untuk berdiri apabila mereka menyanyi perkataan seperti betul atau benar.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yakub 5

Tuhan mengambil berat terhadap orang-orang-Nya.

Yakub berkongsi kiasan tentang pokok zaitun untuk membantu menjemput orang-orang-Nya untuk datang kepada Kristus. Ia boleh mencapai tujuan yang sama untuk kanak-kanak yang anda ajar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacalah dan terangkan kepada kanak-kanak ayat-ayat utama untuk meringkaskan kiasan tentang pokok zaitun, seperti Yakub 5:3–4, 28–29, 47, dan 70–72, dan jemput kanak-kanak itu melukis gambar tentang ayat-ayat ini. Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang bagaimana Tuhan merasakan tentang umat-Nya? Mintalah kanak-kanak berpura-pura menjaga pokok zaitun semasa anda meringkaskan ayat 61–71 (mereka mungkin boleh berlakon untuk menggali, menyiram, dan sebagainya). Jemput beberapa kanak-kanak untuk membaca Yakub 5:11, 41, 47, and 72, mencari perkara-perkara yang menunjukkan berapa banyak Tuhan ladang anggur (Yesus Kristus) mengambil berat tentang pokok-pokok. Apakah yang dilakukan oleh Juruselamat untuk menunjukkan Dia mengambil berat terhadap kita?  

  • Senaraikan beberapa lambang dalam Yakub 5 di papan tulis, seperti ladang anggur, tuan ladang anggur, orang suruhan, dan pokok zaitun. Kemudian buat senarai lain, secara rawak, tentang perkara-perkara yang mungkin mewakili lambang ini, seperti dunia, Juruselamat, pemimpin Gereja atau pencipta, dan orang-orang Tuhan. Baca bersama ayat dari Yakub 5 yang menyebut lambang-lambang ini, dan membantu kanak-kanak melukis garis di papan yang menyambungkan lambang-lambang dengan makna yang mungkin (lihat, sebagai contoh, ayat 3–4, 28–29, 47, 70–72).

Yakub 6:4–5

Bapa Syurgawi mengasihi saya dan akan mengampuni saya apabila saya bertaubat.

Ia adalah penting untuk membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa Tuhan mengasihi mereka dan akan sentiasa mengampuni mereka apabila mereka bertaubat dengan ikhlas.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Buat carta di papan tulis dengan dua lajur berlabel Bapa Syurgawi dan Kita. Baca bersama Yakub 6:4–5, dan minta setengah dari kelas untuk mencari frasa yang sesuai dengan Tuhan dan setengah yang lain untuk mencari frasa yang berkaitan dengan kita. Catatkan apa yang mereka temui dalam lajur yang sesuai Bantu mereka memahami perkataan yang mereka tidak faham.

  • Kongsi cerita Elder Allen D. Haynie tentang menjadi kotor dalam lubang lumpur dalam pesanannya “Ingatlah Kepada Siapa Kita Telah Percaya” (Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 121–22). Apakah yang diajar oleh cerita ini tentang apa yang perlu kita lakukan untuk diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan? Apa lagi yang kita pelajari Yakub 6:4–5?

Yakub 7:1–23

Saya boleh berdiri teguh untuk apa yang saya tahu adalah benar.

Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk berdiri teguh dengan kebenaran seperti yang dilakukan oleh Yakub?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk melakonkan interaksi antara Yakub dan Serem, menggunakan Yakub 7:1–23 sebagai panduan.   Minta kanak-kanak bercakap mengenai bahagian kegemaran mereka dalam cerita itu. Bagaimanakah Yakub berdiri teguh untuk apa yang dia tahu adalah betul? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman apabila mereka berdiri teguh untuk yang betul, atau berkongsi pengalaman anda sendiri.

  • Jemput kanak-kanak menyanyi lagu tentang memilih yang benar, seperti “Kebenaran” atau “Jadi Contoh Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 80, 81). Bahagikan mereka ke dalam kumpulan, dan jemput mereka untuk membuat panji atau poster berinspirasi yang mewakili sesuatu yang mereka percaya.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memikirkan cara mereka dapat membantu keluarga mereka merasakan kasih Juruselamat—contohnya, dengan menjelaskan apa yang mereka pelajari tentang bagaimana Tuhan ladang anggur menjaga pokok zaitunnya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak suka berkongsi apa yang mereka pelajari. Walaupun mereka masih muda, kanak-kanak boleh menguatkan ahli keluarga mereka. Galakkan mereka untuk berkongsi dengan keluarga mereka perkara yang mereka pelajari di Sekolah Primer. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 30.)