“3–9 Februari. 2 Nefi 1–5: ‘Kami Hidup Menurut Cara Kegembiraan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“3–9 Februari. 2 Nefi 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
3–9 Februari
2 Nefi 1–5
“Kami Hidup Menurut Cara Kegembiraan”
Tulisan suci boleh membuka pintu kepada wahyu peribadi. Semasa anda membaca 2 Nefi 1–5, anda mungkin mendapati bahawa Tuhan mempunyai sesuatu tertentu yang Dia ingin mengajar anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Jika anda tahu kehidupan anda akan berakhir tidak lama lagi, apakah pesanan-pesanan terakhir yang anda ingin berkongsi dengan orang yang anda paling kasihi? Apabila nabi Lehi rasa yang dia mendekati penghujung kehidupannya, dia mengumpulkan anak-anaknya bersama kali terakhir untuk bernubuat dan berkongsi kebenaran-kebenaran injil yang dia hargai dengan orang yang dia hargai. Dia mengajar tentang kebebasan, kepatuhan, Kejatuhan Adam dan Hawa, penebusan melalui Yesus Kristus, dan kegembiraan. Bukan semua anaknya menerima kesaksiannya yang terakhir, tetapi mereka yang menerimanya—bersama dengan berjuta-juta orang yang membacanya hari ini—menjumpai dalam kesaksiannya asas-asas untuk hidup “menurut cara kegembiraan” (2 Nefi 5:27).
Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya bebas untuk memilih kehidupan abadi.
Elder D. Todd Christofferson mengatakan: “Tuhan berniatkan anak-anak-Nya berlaku berkadaran dengan hak pilihan moral yang telah diberi oleh Dia. … Adalah rancangan dan kehendak-Nya agar kita punyai peranan prinsip membuat keputusan dalam drama kehidupan kita” (“Bebas Selamanya, Untuk Bertindak Bagi Diri,” Ensign atau Liahona, Nov. 2014,16). Dalam ajarannya tentang hak pilihan, Lehi terangkan syarat-syarat penting yang membolehkan hak pilihan dan membolehkan kita untuk mencapai potensi ilahi kita, termasuk yang berikut:
-
Pengetahuan tentang yang baik dan jahat (2 Nefi 2:5)
-
Satu hukum diberikan kepada manusia (2 Nefi 2:5)
-
Pilihan-pilihan yang bertentangan dan menarik (2 Nefi 2:11)
-
Kuasa untuk bertindak (2 Nefi 2:16)
Semasa anda membaca 2 Nefi 2, apakah yang anda pelajari tentang setiap syarat hak pilihan ini dan hubungannya dengan satu sama lain? Apakah yang akan terjadi kepada hak pilihan kita jika satu atau lebih dari syarat ini tidak ada? Apakah lagi yang anda pelajari tentang hak pilihan dari kata-kata Lehi?
Kejatuhan dan Korban Tebusan Yesus Kristus adalah bahagian-bahagian penting dalam rancangan Bapa Syurgawi.
Banyak orang menganggap Kejatuhan Adam dan Hawa sebagai peristiwa yang tragik. Namun, ajaran-ajaran Lehi tentang Kejatuhan menunjukkan mengapa peristiwa itu merupakan bahagian yang diperlukan dalam rancangan Bapa untuk kemajuan abadi kita. Semasa anda membaca ayat-ayat suci ini, cari mengapa Kejatuhan perlu berlaku untuk kita—anak-anak Bapa Syurgawi—untuk maju. Bagaimanakah korban tebusan Juruselamat menebus kita dari Kejatuhan?
Lihat juga Musa 5:9–12; 6:51–62.
Joseph Smith ditahbiskan sebelumnya untuk memulihkan injil.
Bahagian akhir 2 Nefi 3 mengandungi nubuat yang diberikan oleh Joseph dari Mesir tentang bakal pelihat yang akan mempunyai nama yang sama (lihat ayat 14–15)—Joseph Smith. Ia mengatakan banyak tentang misi Joseph Smith. Apakah yang ayat 6–24 katakan bahawa Joseph Smith, seorang “pelihat terpilih,” akan melakukan untuk memberkati umat Tuhan? Bagaimanakah pekerjaan Joseph Smith menjadi “sangat berharga” bagi anda?
Salah satu bahagian penting misi Joseph Smith ialah untuk membawa ke hadapan tulisan keturunan Joseph, yang terkandung dalam Kitab Mormon. Apakah yang anda pelajari dari bab ini tentang kepentingan Kitab Mormon?
Lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 50:24–38 (di Panduan Tulisan Suci).
Saya boleh berpaling kepada Tuhan dalam kelemahan saya.
Nefi telah kehilangan ayahnya. Tanggungjawab untuk memimpin keluarganya sekarang berada pada dia. Dia rasa dikelilingi oleh godaan dan tawar hati kerana dosa-dosanya. Walaupun jika keadaan anda berbeza dari keadaan Nefi, anda boleh mencari kaitan dengan beberapa fikiran dan emosi dia yang dicatatkan di 2 Nefi 4:15–35. Apakah yang membantu Nefi dalam cabaran-cabarannya? Bagaimanakah tindak balas Nefi kepada cabaran-cabarannya membantu anda menghadapi cabaran-cabaran anda?
Kegembiraan dijumpai dalam mematuhi injil.
Bagaimanakah anda mentakrifkan kegembiraan? Nefi menulis bahawa bangsanya hidup “menurut cara kegembiraan” (2 Nefi 5:27). Anda boleh mencari pilihan-pilihan yang Nefi dan bangsanya buat yang memimpin mereka ke kegembiraan—cara-cara mereka menyokong satu sama lain dan keluarga mereka, apa yang mereka hargai dalam komuniti mereka, dan lain lain. Apakah yang anda pelajari yang boleh membantu anda membina kehidupan kegembiraan, seperti bangsa Nefi?
Apakah kutukan yang datang ke atas bangsa Laman?
Pada zaman Nefi, kutukan bangsa Laman adalah mereka “disingkirkan dari hadirat-[Nya] … kerana kederhakaan mereka” (2 Nefi 5:20–21). Ini bermakna Roh Tuhan telah menarik diri daripada hidup mereka. Ketika bangsa Laman kemudiannya menerima injil Yesus Kristus, “kutukan Tuhan tidak lagi menyertai mereka” (Alma 23:18).
Kitab Mormon juga menyatakan bahawa suatu tanda kulit hitam dikenakan kepada bangsa Laman selepas bangsa Nefi berpisah daripada mereka. Tujuan dan penampakan tanda ini tidak difahami dengan sepenuhnya. Pada mulanya tanda itu membezakan bangsa Laman daripada bangsa Nefi. Kemudian, kedua-dua bangsa Nefi dan bangsa Laman mengalami masa kejahatan dan kesolehan, tanda itu tidaklah berkaitan sebagai penanda bangsa Laman di hadapan Tuhan.
Para nabi menegaskan pada zaman kita bahawa berkulit hitam bukanlah suatu tanda yang tidak disukai atau kutukan ilahi. Gereja mengamalkan ajaran Nefi bahawa Tuhan “tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada dia, hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan” (2 Nefi 26:33). Presiden Russell M. Nelson mengisytiharkan: Tuhan telah menegaskan ajaran utama berkenaan peluang yang setara bagi anak-anak-Nya. … Perbezaan budaya, bahasa, jantina, kaum dan kewarganegaraan lenyap dan tidak lagi penting apabila orang beriman memasuki jalan perjanjian dan datang kepada Penebus kita yang dikasihi” (“President Nelson Remarks at Worldwide Priesthood Celebration” [1 Jun 2018], newsroom.ChurchofJesusChrist.org
See also “Till We All Come in the Unity of the Faith” (video, ChurchofJesusChrist.org).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh akan membantu anda mengetahui mana asas-asas untuk ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
2 Nefi 1:13–25
Apakah yang ayat-ayat suci ini ajarkan kita tentang keinginan terbesar seorang ayah yang soleh untuk anak-anaknya?
2 Nefi 3:6
Baca bersama “Pelihat” dalam Panduan Tulisan Suci. Bagaimanakah Joseph Smith seorang pelihat? Mengapakah kita bersyukur untuk pekerjaan yang Joseph Smith telah lakukan? (lihat 2 Nefi 3:6–24).
2 Nefi 4:20–25
Semasa anda membaca 2 Nefi 4:20–25 bersama, berhenti selepas setiap ayat, dan menjemput para ahli keluarga untuk berkongsi bila yang mereka telah mengalami atau merasai apa yang Nefi gambarkan. Apakah yang Tuhan telah lakukan untuk keluarga kita?
2 Nefi 5
Apakah beberapa cara keluarga kita hidup “menurut cara kegembiraan”? Semasa keluarga anda membaca 2 Nefi 5, anda boleh membincangkan hal-hal yang bangsa Nefi hargai: keluarga (ayat 6), perintah-perintah (ayat 10), tulisan suci (ayat 12), pendidikan (ayat 15), bait suci (ayat 16), kerja (ayat 17), dan panggilan-panggilan Gereja (ayat 26). Salah satu cara untuk melakukan ini ialah untuk mencari barang yang mewakili beberapa dari hal-hal ini dan bercakap tentang bagaimana kita menunjukkan bahawa kita, seperti bangsa Nefi, menghargai hal-hal yang sama ini.
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.