Ikutlah Aku
20–26 Januari. 1 Nefi 11–15: “Disenjatai dengan Kesolehan dan dengan Kuasa Tuhan”


“20–26 Januari. 1 Nefi 11–15: ‘Disenjatai dengan Kesolehan dan dengan Kuasa Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“20–26 Januari. 1 Nefi 11–15,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

orang makan buah dari pokok kehidupan

Lebih Manis Daripada Segala Kemanisan, oleh Miguel Angel González Romero

20–26 Januari

1 Nefi 11–15

“Disenjatai dengan Kesolehan dan dengan Kuasa Tuhan”

Dapatkah anda melihat diri anda dalam 1 Nefi 11–15? Ayat-ayat suci manakah paling bernilai bagi anda dan keluarga anda?

Mencatat Tanggapan Anda

Apabila Tuhan mempunyai pekerjaan besar untuk nabi-Nya melakukan, Dia kerap kali memberi nabi itu penglihatan besar yang membantu dia faham tujuan-tujuan Tuhan untuk anak-anak-Nya. Musa melihat penglihatan tentang “bumi ini, dan para penduduknya, dan juga semestanya” (Musa 1:36). Rasul Yohanes melihat sejarah dunia dan Kedatangan Kedua Juruselamat (lihat kitab Wahyu). Joseph Smith melihat Bapa dan Putera (lihat Joseph Smith—History 1:17–18). Lehi melihat penglihatan yang menunjukkan perjalanan yang kita mesti buat menuju ke Juruselamat dan kasih-Nya.

Seperti dicatatkan di 1 Nefi 11–14, Nefi melihat pelayanan Juruselamat, masa hadapan keturunan Lehi dan negeri yang dijanjikan, dan takdir zaman akhir pekerjaan Tuhan. Penglihatan ini membantu menyediakan Nefi untuk pekerjaannya, dan ia juga boleh membantu anda—kerana Tuhan mempunyai pekerjaan untuk anda melakukan dalam kerajaan-Nya. Anda berada antara “orang suci gereja Anak Domba” yang dilihat oleh Nefi, “yang telah dicerai-beraikan ke seluruh permukaan bumi; dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung” (1 Nefi 14:14).

ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Nefi 11

Tuhan menghantar Yesus Kristus sebagai pernyataan kasih-nya.

Untuk membantu Nefi memahami makna pokok yang ayahnya telah melihat, seorang malaikat menunjukkan dia “Putera kepada Bapa yang Abadi” (1 Nefi 11:21). Ini mendorong Nefi untuk menyimpulkan bahawa pokok melambangkan kasih Tuhan. Tetapi penglihatan itu belum berakhir. Semasa anda membaca dan merenungkan 1 Nefi 11, apakah yang anda menjumpai yang membantu anda faham kenapa Yesus Kristus adalah pernyataan terbesar kasih Tuhan?

Untuk belajar tentang lambang-lambang yang lain dalam mimpi Lehi, lihat 1 Nefi 11:35–36; 12:16–18; dan 15:21–30.

Lihat juga Yohanes 3:16.

1 Nefi 12–13

Tuhan menyediakan jalan untuk Pemulihan.

Nefi tidak akan hidup untuk menyaksikan banyak yang dia lihat dalam penglihatannya. Mengapakah anda berfikir mengetahui hal-hal ini bernilai bagi Nefi? Mengapakah mengetahui hal-hal ini bernilai untuk anda? Mungkin anda boleh tanya soalan ini setiap kali anda membaca tentang sesuatu yang Nefi melihat dalam penglihatannya.

Berikut ialah beberapa dari peristiwa yang Nefi melihat: masa hadapan bangsanya (lihat bab 12), penjajahan benua-benua Amerika dan Revolusi Amerika (lihat bab 13:12–19), Kemurtadan Besar (lihat bab 13:20–29), dan Pemulihan Injil (lihat bab 13:32–42).

1 Nefi 13:1–9; 14:9–11

Apakah itu “gereja besar dan keji” yang Nefi lihat?

Penatua Dallin H. Oaks terangkan bahawa “gereja besar dan keji” yang digambarkan oleh Nefi mewakili “apa-apa falsafah atau organisasi yang menentang kepercayaan kepada Tuhan. Dan ‘penawanan’ yang ke mana ‘gereja’ ini berusaha membawa orang suci tidak merupakan pengurungan jasmani tetapi penawanan idea-idea palsu” (“Stand as Witnesses of God,” Ensign, Mar. 2015, 32).

1 Nefi 13:12

Siapakah lelaki yang Nefi melihat yang Roh “berusaha mempengaruhi” untuk pergi “ke atas banyak perairan”?

Nefi melihat bahawa Roh Kudus akan mengilhami Christopher Columbus untuk membuat pelayarannya yang terkenal ke benua Amerika. Pada 14 Mac, 1493, Columbus menulis mengenai pelayaran ini: “Hasil-hasil yang besar dan mengagumkan ini tidak disebabkan apa-apa usaha saya … ; kerana perkara itu yang intelek manusia sendiri tidak dapat mencapai, Roh Tuhan telah memberi kepada manusia, kerana Tuhan ingin mendengar doa-doa para pelayan-Nya yang mengasihi perintah-perintah-Nya bahkan sampai pelaksanaan hal-hal mustahil” (The Annals of America [Encyclopedia Britannica, Inc., 1976], 1:5).

1 Nefi 13:20–42

Tulisan suci zaman akhir memulihkan “perkara-perkara yang jelas dan berharga.”

Nefi melihat dalam penglihatan bahawa Alkitab—yang dia terangkan sebagai “suatu catatan bangsa Yahudi”—akan mengalami “banyak perkara yang jelas dan bernilai diambil darinya” (1 Nefi 13:23, 28). Tetapi, dia juga melihat bahawa Tuhan akan memulihkan perkara-perkara ini melalui “kitab-kitab lain”—Kitab Mormon dan tulisan suci zaman akhir yang lain (lihat 1 Nefi 13:39–40). Apakah beberapa kebenaran bernilai yang Kitab Mormon membantu kita faham dengan lebih baik? Bagaimanakah kehidupan anda berbeza kerana perkara-perkara jelas dan bernilai ini telah dipulihkan?

salinan-salinan Kitab Mormon dalam bahasa-bahasa lain

Kitab Mormon memulihkan kebenaran-kebenaran injil yang hilang semasa Kemurtadan.

Lihat juga “Plain and Precious Truths,” Ensign, Mar. 2008, 68–73; Russell M. Nelson, “Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 60–63.

1 Nefi 15:1–11

Tuhan akan menjawab saya jika saya bertanya dalam iman dengan hati yang lembut.

Adakah anda pernah rasa bahawa anda tidak menerima wahyu peribadi—bahawa Tuhan tidak bercakap kepada anda? Apakah nasihat yang Nefi beri kepada abang-abangnya apabila mereka rasa begini? Bagaimanakah anda boleh menggunakan nasihat Nefi dalam kehidupan anda, dan bagaimanakah anda boleh menggunakan nasihat ini untuk membantu orang lain?

Lihat juga Yakub 4:8; Alma 5:46; 26:21–22.

ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

1 Nefi 11–14

Semasa keluarga anda membaca bab-bab ini, berhenti sekali-sekala dan bertanya soalan-soalan seperti ini: Apakah yang Nefi lihat dalam penglihatannya yang mungkin membuat dia gembira? Apakah yang mungkin membuat dia sedih? Mengapa?

1 Nefi 13:20–42

Untuk membantu ahli-ahli keluarga memahami nilai kebenaran-kebenaran jelas dan bernilai dalam Kitab Mormon, bandingkan surat yang ditulis dengan jelas kepada surat yang ditulis dengan tidak tersusun. Mengapakah Bapa Syurgawi ingin kebenaran-kebenaran-Nya diajar dengan jelas? Ahli-ahli keluarga mungkin mengongsi kesaksian tentang beberapa kebenaran-kebenaran “jelas dan bernilai yang mereka telah belajar dari Kitab Mormon.

1 Nefi 14:12–15

Mengapakah kita “disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan” apabila kita mematuhi perjanjian-perjanjian kita dengan Tuhan?

1 Nefi 15:8–11

Apakah pengalaman-pengalaman yang keluarga anda boleh mengongsi apabila mereka telah “bertanya kepada Tuhan”? Apakah yang kita belajar dari teladan Nefi?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Gunakan bantuan pengkajian. Nota kaki, Panduan Tulisan Suci, dan sumber-sumber pengajian yang lain memberikan fikiran mengenai tulisan suci. Contohnya, apakah yang nota kaki membantu anda faham tentang 1 Nefi 14:20–21?

Penglihatan Nefi tentang Maria dan bayi Yesus

Nephi’s Vision of Mary, oleh James Johnson