“6–12 Januari. 1 Nefi 1–7: ‘Aku Akan Pergi dan Melaksanakan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“6–12 Januari. 1 Nefi 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
6–12 Januari
1 Nefi 1–7
“Aku Akan Pergi dan Melaksanakan”
Nephi mencatatkan “hal Tuhan” (1 Nefi 6:3). Apabila anda mengkaji catatan Nefi, beri perhatian kepada perkara-perkara Tuhan yang anda cari, terutamanya tanggapan-tanggapan dari Roh.
Mencatat Tanggapan Anda
Kitab Mormon bermula dengan satu cerita keluarga benar yang mengalami perjuangan yang benar. Ia berlaku 600 SM, tetapi terdapat perkara-perkara dalam cerita ini yang mungkin agak sama kepada keluarga hari ini. Keluarga ini hidup dalam dunia kejahatan yang semakin meningkat, tetapi Tuhan berjanji kepada mereka bahawa jika mereka akan mengikuti-Nya, Dia akan memimpin mereka kepada keselamatan. Mereka mempunyai masa baik dan tidak baik dalam perjalanan mereka; mereka mengalami berkat-berkat dan mukjizat-mukjizat benar, tetapi terdapat juga pertikaian dan pertengkaran. Jarang sekali di dalam tulisan suci terdapat cerita panjang tentang sebuah keluarga yang berusaha menjalani injil: seorang bapa yang bergelut untuk mengilhamkan iman kepada keluarganya, anak-anak lelaki yang tidak pasti sama ada untuk mempercayainya, seorang ibu yang risau akan keselamatan anak-anaknya, dan abang adik yang berurusan dengan kecemburuan dan pertengkaran—dan kadangkala mengampunkan satu sama lain. Keseluruhannya, terdapat kuasa yang benar dalam mengikuti contoh-contoh iman—yang ditunjukkan oleh keluarga ini—walaupun ketidaksempurnaan mereka.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Tulisan suci sangat berharga.
Enam bab pertama dalam Kitab Mormon mengandungi banyak rujukan kepada buku-buku kudus, catatan-catatan kudus, dan firman Tuhan. Apabila anda membaca 1 Nefi 1–6, apa yang anda belajar tentang mengapa firman Tuhan adalah “sangat berharga”? (1 Nefi 5:21). Apakah yang petikan-petikan ini mengajar anda tentang tulisan suci? Apa yang anda cari yang memberi inspirasi kepada anda untuk menyelidiki tulisan suci dengan lebih komitmen?
Kitab Mormon bersaksi tentang Yesus Kristus.
Sejajar dengan tujuan yang dinyatakan pada halaman judul—untuk meyakinkan semua bahawa Yesus ialah Kristus—Kitab Mormon membuka dengan penglihatan Lehi yang luar biasa tentang Juruselamat. Apa yang anda belajar tentang Yesus Kristus dari apa yang Lehi lihat? Apakah beberapa pekerjaan Juruselamat yang “besar dan menakjubkan” dalam kehidupan anda? (1 Nefi 1:14).
Apabila saya mencari dan mempercayai Tuhan, Dia boleh melembutkan hati saya.
Walaupun Laman, Lemuel, dan Nefi membesar dalam keluarga yang sama dan mempunyai pengalaman yang serupa, tetapi terdapat perbezaan yang besar dalam cara mereka bertindak balas kepada arahan ilahi yang bapa mereka terima dalam bab ini. Apabila anda membaca 1 Nefi 2, lihat jika anda boleh mengenal pasti mengapa hati Nefi dilembutkan sementara hati abang-abangnya tidak. Anda juga boleh berfikir tentang tindak balas anda sendiri kepada arahan dari Tuhan, sama ada melalui Roh Kudus atau nabi-Nya. Bilakah anda telah merasa Tuhan melembutkan hati anda supaya anda boleh lebih rela menerima arahan dan nasihat-Nya?
Tuhan akan menyediakan satu jalan untuk saya melakukan kehendak-Nya.
Ketika Tuhan memerintahkan Lehi dan keluarganya untuk mendapatkan kepingan-kepingan logam dari Laban, Dia tidak memberi arahan yang khusus untuk bagaimana melaksanakan perintah ini. Ini selalunya benar dengan perintah-perintah lain atau wahyu peribadi yang kita terima dari Tuhan, dan ini boleh menyebabkan kita berasa seperti Dia memerlukan “suatu hal sukar” (1 Nefi 3:5). Apa yang mengilhamkan anda tentang tindak balas Nefi kepada perintah Tuhan dalam 1 Nefi 3:7, 15–16? Adakah terdapat apa-apa yang anda terinspirasi untuk “pergi dan melaksanakan”?
Apabila anda mengkaji 1 Nefi 1–7, cari cara-cara Tuhan menyediakan jalan untuk Lehi dan keluarganya. Bagaimana Dia telah melakukan ini untuk anda?
Lihat juga Amsal 3:5–6; 1 Nefi 17:3; Koleksi Book of Mormon Video di ChurchofJesusChrist.org atau aplikasi Gospel Library.
Mengingati pekerjaan Tuhan boleh memberi saya iman untuk mematuhi perintah-perintah-Nya.
Apabila Laman dan Lemuel berasa untuk merungut, mereka selalunya mempunyai Nefi dan Lehi berdekatan untuk menggalakkan dan menegur mereka. Apabila anda berasa untuk merungut, membaca kata-kata Nefi dan Lehi boleh menyediakan nasihat dan perspektif yang berharga. Bagaimana Nefi dan Lehi cuba membantu ahli keluarga mereka membina iman kepada Tuhan? (lihat 1 Nefi 4:1–3; 5:1–8; 7:6–21). Apakah yang anda belajar dari contoh-contoh mereka yang boleh membantu anda apabila anda tergoda untuk merungut atau memberontak?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
1 Nefi 1–7
Di sepanjang 1 Nefi 1–7, anda boleh menggalakkan ahli keluarga anda untuk memerhatikan interaksi di antara ahli-ahli keluarga Lehi dan Saria. Apa yang kita boleh belajar dari hubungan-hubungan ini yang boleh membantu keluarga anda?
1 Nefi 2:20
Asas dalam 1 Nefi 2:20 sering diulangkan di seluruh Kitab Mormon. Bagaimanakah keluarga anda boleh menerapkan asas ini dalam kehidupan mereka apabila anda mengkaji Kitab Mormon bersama dalam tahun ini? Anda juga boleh membuat satu poster bersama dan menampilkan janji Tuhan dalam ayat ini dan paparkan dalam rumah anda. Ia boleh berfungsi sebagai peringatan untuk kadangkala membincangkan bagaimana anda telah melihat Tuhan memakmurkan keluarga anda apabila anda mentaati perintah-perintah-Nya. Pertimbangkan untuk menulis pengalaman-pengalaman ini dalam poster.
1 Nefi 2:11–13; 3:5–7
Keluarga anda mungkin bermanfaat dari memerhatikan perbezaan di antara tindak balas Laman dan Lemuel dan tindak balas Nefi kepada perintah Tuhan. Apa yang kita boleh belajar dari 1 Nefi 2:11–13; 3:5–7 tentang merungut? Berkat-berkat apakah yang akan datang apabila kita melatih iman?
1 Nefi 3:19–20; 5:10–22; 6
Ayat-ayat ini boleh mengilhamkan keluarga anda untuk menyimpan catatan peristiwa-peristiwa penting dan pengalaman dari kehidupan anda. Anda boleh memulakan satu jurnal keluarga, seperti catatan yang disimpan oleh Nefi dan Lehi tentang pengalaman keluarga mereka. Apa yang anda akan masukkan dalam catatan keluarga anda?
1 Nefi 7:19–21
Apa yang menarik perhatian anda tentang contoh Nefi dalam ayat-ayat ini? Bagaimanakah keluarga kita diberkati apabila kita “dengan tulus hati mengampunkan” satu sama lain?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.