Ikutlah Aku
30 Disember–5 Januari. Pengenalan halaman Kitab Mormon: “Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus”


“30 Disember–5 Januari. Pengenalan halaman Kitab Mormon: ‘Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“30 Disember–5 Januari. Pengenalan halaman Kitab Mormon,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Imej
kepingan-kepingan emas

30 Disember–5 Januari

Pengenalan halaman Kitab Mormon

“Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus”

Pengkajian Kitab Mormon anda boleh diperkayakan jika anda bermula dengan membaca halaman-halaman sebelum 1 Nefi. Apakah yang anda menjumpai yang menguatkan kesaksian anda?

Mencatat Tanggapan Anda

Sebelum sampai di 1 Nefi bab 1, ia sudah jelas bahawa Kitab Mormon bukan buku biasa. Halaman-halaman pengenalannya menggambarkan suatu sejarah tidak seperti apa-apa sejarah yang lain—termasuk kunjungan malaikat, catatan purba yang dikebumikan berabad-abad lamanya di dalam bukit, dan seorang petani yang tidak dikenali menterjemahkan catatan itu oleh kuasa Tuhan. Kitab Mormon bukan sahaja sejarah tamadun-tamadun Amerika purba. Ia mengandungi “kegenapan Injil kekal” (pengenalan kepada Kitab Mormon), dan Tuhan sendiri memimpin kedatangannya—bagaimana ia ditulis, bagaimana ia dikekalkan, dan bagaimana ia berada pada zaman kita. Tahun ini, semasa anda membaca Kitab Mormon, berdoa tentang ia, dan menggunakan ajaran-ajarannya, anda akan menjemput kuasanya ke dalam kehidupan anda, dan anda mungkin akan berkata, seperti Tiga Saksi berkata dalam kesaksian mereka, “Dan ia adalah menakjubkan di mata [kami].”

Imej
ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Halaman judul Kitab Mormon

Kitab Mormon boleh menguatkan iman saya kepada Yesus Kristus.

Halaman judul Kitab Mormon memberikan lebih daripada judul. Antara hal-hal yang lain, ia menyenaraikan beberapa tujuan untuk catatan kudus ini. Cari tujuan-tujuan ini, dan semasa anda mengkaji Kitab Mormon tahun ini, catatkan ayat-ayat suci yang anda rasa mencapai tujuan-tujuan ini. Contohnya, ayat-ayat suci apakah meyakinkan anda “bahawa Yesus ialah Kristus, Tuhan Abadi”?

Pengenalan kepada Kitab Mormon

Kitab Mormon “menggariskan rancangan keselamatan.”

Rancangan keselamatan adalah rancangan Bapa Syurgawi untuk menolong anak-anak-Nya menjadi dimuliakan, seperti Dia, dan mengalami kegembiraan yang Dia rasa (lihat 2 Nefi 2:25–26). Korban Tebusan Yesus Kristus membuat rancangan ini mungkin, dan setiap ajaran, tatacara, perjanjian, dan perintah yang Tuhan telah memberikan ialah diniatkan membantu mencapai rancangan itu.

Jika anda ingin memahami rancangan keselamatan, tidak ada buka yang lebih baik untuk membaca daripada Kitab Mormon. Ia merujuk kepada rancangan Tuhan—menggunakan pelbagai nama—lebih daripada 20 kali. Semasa pengkajian anda tahun ini, ingat apabila rancangan Tuhan disebut atau dirujukkan dan apa yang Kitab Mormon mengatakan mengenainya.

Berikut ialah aktiviti untuk membantu anda bermula. Baca ayat-ayat suci berikut, dan menyenaraikan nama-nama lain yang diberikan kepada rancangan Tuhan: 2 Nefi 9:13; 11:5; dan Alma 12:32–34; 24:14; 41:2; 42:15–16. Apakah yang setiap nama ini mencadangkan kepada anda mengenai rancangan Bapa?

Kesaksian Tiga Saksi”; “Kesaksian Lapan Saksi

Saya dapat menjadi saksi Kitab Mormon.

Roh Kudus boleh bersaksi kepada anda bahawa Kitab Mormon ialah benar, walaupun anda belum melihat kepingan-kepingan emas seperti Tiga Saksi dan Lapan Saksi. Bagaimanakah kesaksian-kesaksian mereka menguatkan kesaksian anda? Bagaimanakah anda boleh “memberikan [nama anda] kepada dunia, untuk bersaksi kepada dunia” apa yang anda tahu tentang Kitab Mormon? (“Kesaksian Lapan Saksi”).

Kesaksian Nabi Joseph Smith

Kedatangan Kitab Mormon ialah mukjizat.

Jika seseorang tanya anda dari mana Kitab Mormon berasal, apakah jawapan anda? Bagaimanakah anda akan terangkan kuasa Tuhan dalam pembawaan Kitab Mormon? Bagaimanakah Joseph Smith terangkan kedatangan Kitab Mormon?

Kesaksian Nabi Joseph Smith

Bagaimanakah Kitab Mormon diterjemahkan?

Kitab Mormon diterjemahkan “oleh kurnia dan kuasa Tuhan.” Kita tidak tahu banyak butir tentang proses penterjemahan yang ajaib, tetapi kita tahu bahawa Joseph Smith adalah pelihat, dibantu oleh alat-alat yang telah Tuhan sediakan: dua batu lutsinar yang dipanggil Urim dan Tumin dan satu lagi batu yang dipanggil batu pelihat. Joseph melihat dalam batu-batu ini tafsiran aksara-aksara pada kepingan-kepingan dalam bahasa Inggeris, dan dia membaca tafsiran bersuara ketika seorang penulis mencatatkannya. Setiap penulis Joseph bersaksi bahawa kuasa Tuhan ditunjukkan dalam penterjemahan pekerjaan kudus ini.

 

Imej
ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengajian Kitab-kitab Suci Keluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Halaman judul Kitab Mormon

Mungkin keluarga anda boleh memulakan senarai ayat-ayat suci dari Kitab Mormon yang telah mengembangkan iman anda “bahawa Yesus ialah Kristus” dan menambah kepadanya selama tahun ini. Ini juga mungkin masa yang baik untuk membuat rancangan keluarga untuk membaca Kitab Mormon: Bila dan di mana anda akan berkumpul untuk membaca? Bagaimanakah setiap ahli keluarga akan mengambil bahagian? Untuk bantuan tambahan, lihat “Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga Anda” di permulaan sumber ini.

Pengenalan kepada Kitab Mormon

Batu kunci ialah batu berbentuk sendal di atas lengkung yang mengaitkan semua batu yang lain bersama. Untuk membantu keluarga faham bagaimana Kitab Mormon ialah “batu kunci agama kita,” anda boleh membina atau melukis satu lengkung dengan batu kunci di atas. Apakah yang berlaku jika batu kunci dikeluarkan? Apakah yang akan berlaku jika kita tidak ada Kitab Mormon? Bagaimanakah kita boleh membuat Kitab Mormon batu kunci untuk iman kita kepada Yesus Kristus?

Imej
lengkung berbatu dan batu kunci yang memantapkannya

Kitab Mormon ialah batu kunci agama kita.

Kesaksian Tiga Saksi”; “Kesaksian Lapan Saksi

Ahli-ahli keluarga anda boleh menulis kesaksian mereka sendiri tentang Kitab Mormon, menulis nama mereka padanya, dan berfikir tentang cara-cara untuk mengongsi kesaksian mereka dengan orang lain.

Kesaksian Nabi Joseph Smith

Dalam kisah Joseph Smith, apakah bukti yang kita jumpai bahawa Tuhan terlibat dalam mendatangkan Kitab Mormon?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Satu janji bernubuat. Presiden Russell M. Nelson mengatakan, “Saya janji bahawa apabila anda merenungkan perkara yang anda kaji [dalam Kitab Mormon], tingkap syurga akan buka, dan anda akan menerima jawapan kepada soalan anda dan arahan untuk hidup anda.” (“Kitab Mormon: Apa akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 62–63).

Imej
Joseph menerima kepingan-kepingan emas dari Moroni

Moroni Delivers the Golden Plates, oleh Gary L. Kapp

Cetak