Ikutlah Aku
13–19 Januari. 1 Nefi 8–10: “Datang dan Makan Buah Itu”


“13–19 Januari. 1 Nefi 8–10: ‘Datang dan Makan Buah Itu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“13–19 Januari. 1 Nefi 8–10,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Penglihatan Lehi tentang pokok kehidupan

Lehi’s Dream, oleh Steven Lloyd Neal

13–19 Januari

1 Nefi 8–10

“Datang dan Makan Buah Itu”

Semasa anda membaca 1 Nefi 8–10, fikirkan pesanan-pesanan yang mana dari penglihatan Lehi berkaitan dengan anda. Catatkan tanggapan-tanggapan rohani yang anda terima dalam kitab-kitab suci anda, sebuah buku nota, atau sumber ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Mimpi Lehi—dengan batang besi, kabut kegelapan, bangunan lapang, dan pokok dengan buah yang “paling manis”—ialah jemputan yang mengilhami untuk menerima berkat-berkat kasih dan korban tebusan Yesus Kristus. Namun bagi Lehi, penglihatan ini ialah tentang keluarganya: “Oleh kerana hal yang telah aku lihat, aku mempunyai sebab untuk bersukacita dalam Tuhan kerana Nefi dan juga kerana Sam. … Tetapi lihatlah, Laman dan Lemuel, aku tersangat khuatir keranamu” (1 Nefi 8:3–4). Sesudah Lehi habis menggambarkan penglihatannya, dia menyeru dengan Laman dan Lemuel untuk “mendengar kata-katanya, agar barangkali Tuhan akan berbelas kasihan terhadap mereka” (1 Nefi 8:37). Bahkan jika anda sudah mengkaji penglihatan Lehi banyak kali, kali ini fikirkannya dengan cara Lehi fikirkannya—fikirkan seseorang yang anda mengasihi. Ketika anda berbuat demikian, keselamatan batang besi, bahaya-bahaya bangunan lapang, dan kemanisan buah akan mengambil makna baru. Anda akan faham dengan lebih mendalam “segala perasaan seorang ibu bapa yang penyayang” yang menerima penglihatan yang luar biasa ini.

ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Nefi 8

Firman Tuhan mendorong saya kepada Juruselamat dan membantu saya merasa kasih-Nya.

Penglihatan Lehi memberi jemputan untuk merenungkan di mana anda berada—dan ke mana anda pergi—dalam perjalanan peribadi anda untuk mengenali Juruselamat dan merasa kasih-Nya. Presiden Boyd K. Packer mengajar: “Anda mungkin berfikir penglihatan atau mimpi Lehi tidak ada makna yang istimewa untuk anda, tetapi ia ada makna. Anda berada di dalamnya; semua kita berada di dalamnya (lihat 1 Nefi 19:23). Mimpi atau penglihatan Lehi tentang batang besi mengandungi semua yang … Seorang Suci Zaman Akhir perlu faham ujian kehidupan” (“Lehi’s Dream and You,” New Era, Jan. 2015, 2).

Salah satu cara untuk mengkaji 1 Nefi 8 ialah untuk mengisi carta seperti yang ditunjukkan di sini. Untuk faham maksud lambang-lambang, ia membantu untuk merujuk kepada penglihatan Nefi bila dia berdoa untuk memahami penglihatan ayahnya—lihat terutamanya 1 Nefi 11:4–25, 32–36; 12:16–18; dan 15:21–33, 36. Semasa anda mengkaji penglihatan Lehi, fikirkan apa yang Tuhan ingin anda belajar.

Lambang dari penglihatan Lehi

Makna

Soalan untuk merenungkan

Lambang dari penglihatan Lehi

Pokok dan buahnya (1 Nefi 8:10–12)

Makna

Soalan untuk merenungkan

Apakah yang saya melakukan untuk menjemput orang lain untuk mengambil dari kasih Tuhan?

Lambang dari penglihatan Lehi

Sungai (1 Nefi 8:13)

Makna

Soalan untuk merenungkan

Lambang dari penglihatan Lehi

Batang besi (1 Nefi 8:19–20, 30)

Makna

Soalan untuk merenungkan

Lambang dari penglihatan Lehi

Kabut kegelapan (1 Nefi 8:23)

Makna

Soalan untuk merenungkan

Lambang dari penglihatan Lehi

Bangunan yang besar dan lapang (1 Nefi 8:26–27, 33)

Makna

Soalan untuk merenungkan

Lambang dari penglihatan Lehi

Makna

Soalan untuk merenungkan

Lihat juga David A. Bednar, “Lehi’s Dream: Holding Fast to the Rod,” Ensign atau Liahona, Oct. 2011, 33–37.

Lehi makan buah pokok kehidupan

Lehi makan buah pokok kehidupan. Tree of Life, oleh Marcus Alan Vincent

1 Nefi 9

Mengapakah Nefi membuat dua set kepingan?

“Tujuan yang bijaksana” Tuhan dalam menyuruh Nefi untuk membuat dua catatan menjadi jelas berabad-abad kemudian. Selepas Joseph Smith menterjemahkan 116 halaman pertama dari Kitab Mormon, dia memberi halaman-halaman itu kepada Martin Harris, yang menghilangkannya (lihat A&P 10:1–23). Tetapi catatan kedua Nefi merangkumi zaman yang sama, dan Tuhan memerintahkan Joseph Smith untuk menterjemahkan kepingan-kepingan ini dan tidak menterjemahkan apa yang telah hilang (lihat A&P 10:38–45).

Untuk lebih tentang kepingan-kepingan yang disebut dalam 1 Nefi 9, lihat “Penjelasan Singkat Tentang Kitab Mormon”; 1 Nefi 19:1–5; 2 Nefi 5:29–32; dan Kata-Kata Mormon 1:3–9.

1 Nefi 10:2–16

Nabi-nabi purba tahu tentang misi Yesus Kristus dan bersaksi tentang Dia.

Kisah penglihatan Lehi pasti menyebabkan tanggapan pada keluarganya, tetapi dia masih mempunyai kebenaran-kebenaran abadi yang lain untuk ajar mereka mengenai misi Juruselamat. Semasa anda membaca 1 Nefi 10:2–16, fikirkan mengapa Tuhan ingin keluarga Lehi—dan semua kita—untuk mengetahui kebenaran-kebenaran ini. Fikirkan apa yang anda boleh beritahu orang yang anda kasihi untuk menjemput mereka berpaling kepada Juruselamat. Selepas mengkaji penglihatan dan ajaran-ajaran Lehi, apakah yang anda, seperti Nefi, diilhami untuk belajar “oleh kuasa Roh Kudus”? (1 Nefi 10:17).

1 Nefi 10:17–19

Tuhan akan menyatakan kebenaran kepada saya jika saya mencarinya dengan rajin.

Bagaimanakah anda menjawab apabila anda menjumpai asas Injil yang anda tidak faham? Ingat perbezaan-perbezaan antara cara Nefi menjawab kepada penglihatan Lehi (lihat 1 Nefi 10:17–19; 11:1) dan cara Laman dan Lemuel menjawab (lihat 1 Nefi 15:1–10). Mengapakah mereka menjawab dalam cara-cara ini, dan apakah hasil jawapan-jawapan mereka?

Mempertimbangkan menulis tentang masa bila anda ingin tahu kalau satu ajaran injil benar. Bagaimanakah proses yang anda ikut dibandingkan dengan apa yang Nefi lakukan?

Lihat juga 1 Nefi 2:11–19; Ajaran dan Perjanjian 8:1–3.

ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

1 Nefi 8

Ahli-ahli keluarga anda mungkin suka melakonkan penglihatan Lehi atau melukis gambar dan menggunakan gambar mereka untuk menceritakannya. Atau anda boleh menunjukkan gambar penglihatan Lehi yang menyertai pelajaran ini dan menjemput ahli-ahli keluarga untuk menyebut butir-butir dan mencari ayat-ayat suci yang menggambarkan apa yang hal-hal ini mewakili.   Anda juga boleh menonton video yang menggambarkan penglihatan Lehi (lihat koleksi Book of Mormon Videos di ChurchofJesusChrist.org atau aplikasi Gospel Library).

1 Nefi 8:10–16

Siapakah yang kita boleh menjemput untuk datang lebih dekat kepada Yesus Kristus dan merasa kemanisan kasih-Nya? Apakah yang kita boleh buat untuk “memanggil kepada mereka”?

1 Nefi 9:5–6

Bilakah kita telah mematuhi sesuatu perintah tanpa memahami dengan penuh sebab-sebab untuk perintah itu? Bagaimanakah kita diberkati?

1 Nefi 10:20–22

Bagaimanakah menjadi kotor secara jasmani sama dengan menjadi kotor secara rohani? Apakah yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita kekal bersih secara rohani?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bagaimanakah tulisan suci berkaitan dengan kehidupan kita? Selepas membaca sebahagian tulisan suci, jemput ahli-ahli keluarga untuk mengongsi bagaimana bahagian itu berkaitan dengan mereka. Contohnya, apabila ahli-ahli keluarga anda membaca 1 Nefi 8:33, mereka mungkin bercakap tentang bagaimana untuk tidak mengendahkan orang yang “menuding jari penghinaan.”

penglihatan Lehi

The Tree of Life, Oleh Avon Oakeson