“Janji-janji Kenabian,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 20202 (2020)
“Janji-janji Kenabian,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
Janji-janji Kenabian
Kajian Kitab Mormon akan mengubah anda. Ia akan mengubah keluarga anda. Para nabi zaman akhir telah berjanji tentang kuasa Kitab Mormon sejak Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dipulihkan. Renungkan pernyataan berikut, dan kaji semula ia dengan kerap. Apakah berkat-berkat yang anda ingin terima di antara berkat-berkat ini? Semasa anda membaca Kitab Mormon, pertimbangkan untuk mencatatkan dan berkongsi dengan orang lain bagaimana janji-janji ini dipenuhi dalam hidup anda.
Nabi Joseph Smith: “Saya memberi tahu para saudara bahawa Kitab Mormon adalah yang paling benar di antara buku mana pun di bumi, dan batu kunci agama kita, dan seseorang akan menjadi lebih dekat kepada Tuhan dengan mematuhi ajaran-ajarannya, daripada melalui buku lain mana pun.” (Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Joseph Smith [2007], 64).
Presiden Ezra Taft Benson: “Bukan hanya bahawa Kitab Mormon mengajarkan kita kebenaran, meskipun sesungguhnya memang demikian adanya. Bukan hanya bahawa Kitab Mormon memberikan kesaksian mengenai Kristus, meskipun kenyataannya memang demikian juga adanya. Tetapi terdapat lebih lagi. Terdapat kuasa dalam buku ini yang mula mengalir ke dalam hidup kita apabila kita mula belajar buku ini secara bersungguh-sungguh. Kamu akan mendapat kuasa yang lebih besar untuk menentang godaan. Anda akan menjumpai kuasa untuk mengelakkan penipuan. Kamu akan mencari kuasa untuk berada di lorong sempit dan kecil. Tulisan suci dipanggil ‘firman kehidupan’ (Ajaran & Perjanjian 84:85), dan tidak ada di mana pun itu lebih benar dari dalam Kitab Mormon. Ketika anda mulai lapar dan haus akan firman itu, anda akan menemukan kehidupan anda semakin berkelimpahan.” (Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Ezra Taft Benson [2014], 141).
Presiden Gordon B. Hinckley: “Saudara dan saudari, tanpa ragu saya berjanji kepada anda bahawa jika anda akan membaca Kitab Mormon dengan doa yang sungguh-sungguh, tak kira berapa sering anda telah membaca sebelumnya, akan datang ke dalam hati anda ukuran yang ditambahkan daripada Roh Tuhan. Akan datang tekad yang diperkuat untuk mematuhi perintah-perintah-Nya, dan akan datang kesaksian yang lebih kuat akan kenyataan hidup Putera Tuhan” (Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Gordon B. Hinckley [2016], 233).
Presiden Russell M. Nelson: “Saudara saudari yang saya kasihi, saya janji bahawa semasa anda mengaji Kitab Mormon setiap hari, anda akan buat pilihan yang lebih baik—setiap hari. Saya janji bahawa apabila anda merenungkan perkara yang anda kaji, tingkap syurga akan buka, dan anda akan menerima jawapan kepada soalan anda dan arahan untuk hidup anda. Saya janji bahawa apabila anda asyik mengaji Kitab Mormon setiap hari, anda boleh dilindungi dari kejahatan hari ini, termasuk serangan pornografi dan ketagihan lain yang memusnahkan minda.” (“Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 62–63).