Ikutlah Aku
Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga


“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

keluarga sedang belajar tulisan suci

Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga

Pengajian tulisan suci keluarga yang tetap ialah satu cara yang berkuasa untuk menolong keluarga anda belajar injil. Betapa banyak dan betapa lama anda baca sebagai sekeluarga tidak penting seperti ketekalan usaha anda. Apabila anda membuatkan kajian tulisan suci satu bahagian penting kehidupan keluarga anda, anda akan membantu ahli-ahli keluarga anda lebih mendekati Yesus Kristus dan menubuhkan kesaksian mereka pada dasar firman-Nya.

Pertimbangkan soalan-soalan berikut:

  • Bagaimana anda boleh menggalakkan ahli-ahli keluarga untuk mengkaji tulisan suci secara peribadi?

  • Bagaimana anda boleh menggalakkan ahli-ahli keluarga untuk berkongsi apa yang mereka pelajari?

  • Bagaimana anda dapat menekankan asas-asas yang anda pelajari di dalam Kitab Mormon dalam detik pengajaran harian?

Ingatlah bahawa rumah ialah tempat yang paling baik untuk pembelajaran injil. Anda boleh belajar dan mengajarkan injil dalam rumah dengan cara yang tidak mungkin dilakukan dalam kelas Gereja. Jadilah kreatif apabila anda fikirkan cara untuk menolong keluarga anda belajar dari tulisan suci. Pertimbangkan beberapa idea berikut untuk mempertingkatkan pengkajian tulisan suci sekeluarga anda.

Gunakan Musik

Nyanyikan lagu yang menguatkan asas yang diajar dalam tulisan suci. Lampiran D dalam sumber ini termasuk muzik yang berkaitan dengan ajaran dalam setiap garis panduan mingguan.

seorang lelaki dan perempuan mengkaji tulisan suci

Kongsikan Tulisan Suci Yang Bermakna

Berikan ahli-ahli keluarga masa untuk kongsikan ayat-ayat yang mereka rasa bermakna semasa pengajian peribadi mereka.

Gunakan Perkataan Diri Sendiri

Jemput ahli-ahli keluarga untuk merumuskan apa yang mereka belajar dari tulisan suci yang anda kaji dengan menggunakan kata diri sendiri.

Gunakan Tulisan Suci Dalam Kehidupan Anda

Selepas membaca satu ayat suci, tanya ahli-ahli keluarga kongsikan cara-cara ayat itu boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

Tanya Soalan

Jemput ahli-ahli keluarga menanya satu soalan injil, dan kemudian carikan ayat suci yang boleh menjawab soalan itu.

Tunjukkan Satu Tulisan Suci

Pilih satu ayat suci yang bermakna untuk anda, dan pamerkan ia di mana ahli-ahli keluarga akan nampaknya kerap kali. Jemput ahli-ahli keluarga lain ambil giliran memilih satu ayat suci untuk dipamerkan.

Buatkan Satu Senarai Tulisan Suci

Sebagai sekeluarga, pilih beberapa ayat yang anda hendak bincangkan minggu depan.

Hafalkan Tulisan Suci

Pilih satu ayat suci yang bermakna untuk keluarga anda, dan jemput ahli-ahli keluarga untuk menghafalnya dengan mengulangi setiap hari atau main satu permainan hafalan.

Kongsikan Pengajaran Berobjek

Cari objek-objek yang berkait dengan bab-bab dan ayat-ayat yang anda baca sebagai sekeluarga. Jemput ahli-ahli keluarga untuk berbincang tentang bagaimana setiap objek itu berkait dengan ajaran-ajaran dalam tulisan suci.

Pilih Satu Topik

Minta ahli-ahli keluarga untuk ambil giliran memilih satu topik yang akan dikaji secara sekeluarga. Gunakan Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) untuk mencarikan tulisan suci tentang topik itu.

Lukis Satu Gambar

Baca beberapa ayat sebagai sekeluarga, dan kemudian berikan masa untuk ahli-ahli keluarga lukiskan sesuatu yang berkait dengan apa yang anda sudah baca. Berbincang tentang lukisan-lukisan itu.

Lakonkan Satu Cerita

Selepas membaca satu cerita, jemput ahli-ahli keluarga melakonkan cerita itu. Selepas itu, berbincang tentang bagaimana cerita itu berkait dengan perkara-perkara yang anda alami secara individu dan secara sekeluarga.

Elder David A. Bednar ajar: “Setiap doa keluarga, setiap kajian kitab suci keluarga, dan setiap malam keluarga bagaikan suatu coretan berus pada lukisan jiwa kita. Secara individu, mereka nampaknya tidak impresif atau penting. Tetapi seperti berus-berus warna kuning dan emas dan perang itu bergabung dan menghasilkan satu lukisan yang indah, maka pelaksanaan konsisten pada hal yang kecil boleh mendatangkan hasil rohani yang penting”(“More Diligent and Concerned at Home,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 19–20).