“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
Sumber-sumber Tambahan
Sumber-sumber ini didapati di aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.
Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak
Muzik kudus menjemput Roh dan mengajarkan ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Selain dari cetakan-cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak, anda boleh mencari rakaman audio atau video lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org dan di aplikasi LDS Music.
Majalah-majalah Gereja
Majalah-majalah Friend, New Era, Ensign, dan Liahona menyediakan cerita dan aktiviti yang dapat menambah asas yang anda sedang ajar dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.
Cerita-cerita Kitab Mormon
Cerita-cerita Kitab Mormon dapat membantu kanak-kanak mempelajari ajaran dan cerita yang terdapat di dalam Kitab Mormon. Anda juga boleh mendapati video cerita-cerita ini dalam aplikasi Gospel Library dan di medialibrary.ChurchofJesusChrist.org.
Buku Panduan Seminari dan Institut
Buku Panduan Seminari dan Institut berikan latar belakang sejarah dan ulasan ajaran untuk asas-asas dan laporan yang terdapat dalam kitab suci.
Pustaka Media
Karya seni, video, dan media lain boleh membantu anda dan keluarga anda menggambarkan ajaran dan cerita yang terdapat dalam Kitab Mormon. Lawati medialibrary.ChurchofJesusChrist.org untuk melayari koleksi sumber media Gereja, termasuk koleksi video Kitab Mormon, yang menggambarkan peristiwa dalam Kitab Mormon. Media Library juga tersedia sebagai aplikasi mudah alih.
Tajuk Injil
Di topics.ChurchofJesusChrist.org anda boleh mendapati maklumat dasar tentang pelbagai topik Injil, bersama pautan-pautan sumber lain, seperti ucapan persidangan umum, rencana, tulisan suci, dan video. Anda juga boleh carikan Gospel Topics Essays, yang berikan jawapan mendalam kepada soalan-soalan injil.
True to the Faith (Teguh pada Iman)
Jika anda memerlukan bantuan tambahan untuk memahami asas-asas injil yang dasar, pertimbangkan untuk mencari dalam True to the Faith. Sumber ini mengandungi satu senarai topik mengikut urutan abjad, yang dijelaskan dengan kata-kata yang senang untuk difaham.