Ikutlah Aku
Mengajar Kanak-kanak Kecil


“Mengajar Kanak-kanak Kecil,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“Mengajar Kanak-kanak Kecil,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Mengajar Kanak-kanak Kecil

Jika anda ada kanak-kanak kecil dalam keluarga anda, berikut ialah beberapa aktiviti yang boleh menolong mereka belajar:

  • Bernyanyi. Nyanyian Rohani dan lagu-lagu dari Buku Nyanyian Anak-Anak mengajarkan ajaran dengan berkuasa. Gunakan indeks topik pada belakang Buku Nyanyian Anak-Anak untuk mencarikan lagu-lagu yang berkaitan dengan asas-asas injil yang anda ajar. Bantu anak-anak anda mengaitkan pesanan lagu-lagu itu kepada kehidupan mereka. Sebagai contoh, anda boleh tanya soalan-soalan tentang perkataan atau frasa dalam lirik. Selain daripada menyanyi, kanak-kanak anda boleh tambahkan tindakan kepada lagu-lagu itu atau dengar lagu-lagu itu semasa mereka lakukan aktiviti-aktiviti lain.

  • Mendengar atau melakonkan satu cerita. Kanak-kanak kecil suka cerita—dari tulisan suci, dari kehidupan anda, dari sejarah Gereja, atau dari majalah-majalah Gereja. Carikan cara untuk melibatkan mereka dalam penceritaan. Mereka boleh pegang gambar atau objek, lukiskan gambar tentang apa yang mereka dengar, lakonkan cerita, atau bantu mengisahkan cerita. Bantu anak-anak anda mengenal pasti kebenaran injil dalam cerita-cerita yang anda kongsikan.

  • Baca satu ayat suci. Kanak-kanak kecil mungkin tidak berupaya untuk membaca, tetapi anda masih boleh melibatkan mereka dalam pembelajaran tulisan suci. Anda boleh berfokus pada satu ayat, satu frasa kunci, atau satu perkataan. Mereka mungkin dapat hafazkan frasa-frasa pendek dari tulisan suci jika mereka ulangkan ayat-ayat itu beberapa kali. Apabila mereka dengar firman Tuhan, mereka akan rasa Roh.

  • Lihat satu gambar atau tonton satu video. Apabila anda tunjukkan anak-anak anda satu gambar atau video yang berkaitan dengan satu asas injil atau cerita tulisan suci, tanya mereka soalan-soalan yang boleh menolong mereka belajar dari apa yang mereka lihat. Sebagai contoh, anda boleh tanya, “Apa yang berlaku dalam gambar atau video ini? Apakah perasaan anda?” Aplikasi Gospel Library, medialibrary.ChurchofJesusChrist.org, dan children.ChurchofJesusChrist.org, ialah tempat baik untuk mencari gambar dan video.

  • Mencipta. Kanak-kanak boleh membina, melukis, atau mewarna sesuatu yang berkaitan dengan cerita atau asas yang mereka belajar.

  • Mengambil bahagian dalam pengajaran berobjek. Satu pengajaran berobjek yang senang boleh menolong anak-anak anda memahami satu asas injil yang susah difahami. Apabila menggunakan pengajaran berobjek, carikan cara-cara untuk melibatkan anak-anak anda. Mereka akan belajar dengan lebih mendalam dari satu pengalaman interaktif dan bukan hanya melihat satu demonstrasi.

  • Lakon peranan. Apabila kanak-kanak lakon peranan satu situasi yang mereka akan temui dalam kehidupan, mereka lebih memahami bagaimana asas injil boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

  • Ulangkan aktiviti. Kanak-kanak kecil mungkin perlu dengar konsep-konsep beberapa kali untuk memahami mereka. Jangan takut untuk selalu mengulangi cerita atau aktiviti. Sebagai contoh, anda boleh kongsikan satu cerita tulisan suci beberapa kali dalam cara yang berlainan—baca dari kitab suci, rumuskan cerita itu dengan perkataan diri sendiri, tunjukkan satu video, biarkan anak-anak anda bantu anda mengisahkan cerita, jemput mereka lakonkan cerita, dan sebagainya.

    Imej
    keluarga sedang belajar

Cetak