Ikutlah Aku
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga


“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga,Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga,Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Sumber Ini Adalah Untuk Siapa?

Sumber ini adalah untuk setiap individu dan keluarga dalam Gereja. Ia direkakan untuk menolong anda belajar injil—secara sendirian atau bersama keluarga anda. Jika anda belum mengkaji injil dengan kerap, sumber ini boleh bantu anda bermula. Jika anda sudah miliki tabiat mengkaji kitab suci yang baik, sumber ini akan membantu anda mempunyai pengalaman yang lebih bermakna.

Bagaimanakah Harus Saya Menggunakan Sumber Ini?

Guna sumber ini dalam apa cara pun yang boleh menolong anda. Anda boleh gunakan ia sebagai satu panduan atau bantuan untuk pengkajian tulisan suci peribadi atau sekeluarga. Anda juga boleh menggunakan ia untuk malam keluarga. Rangka panduan menunjukkan asas-asas penting dari Kitab Mormon, mencadangkan idea-idea pengkajian dan aktiviti-aktiviti untuk individu dan keluarga, serta menyediakan tempat untuk mencatat tanggapan anda.

Mungkin anda dan keluarga anda sudah mengkaji injil dengan kerap. Sebagai contoh, mungkin anda membaca kitab suci selain Kitab Mormon untuk kelas seminari atau institut. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga bukan bermaksud untuk menggantikan atau bersaing dengan perkara-perkara baik yang anda sedang lakukan. Terdapat cara-cara lain untuk belajar dari Kitab Mormon dengan kerap dan anda masih boleh mencapai matlamat anda untuk pengajian tulisan suci lain. Sebagai contoh, anda boleh terus membaca satu kitab suci untuk pengkajian tulisan suci peribadi dan membaca Kitab Mormon bersama keluarga anda (atau sebaliknya). Ikut bimbingan Roh untuk membuat keputusan tentang cara anda mengkaji firman Tuhan.

Bagaimana Sumber Ini Berkaitan Dengan Apa Yang Berlaku Di Gereja?

Rangka panduan dalam sumber ini disusunkan menurut satu jadual pembacaan mingguan. Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer dan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu mengikut jadual yang sama. Untuk menyokong usaha anda untuk belajar dan menjalani injil di rumah, pengajar-pengajar anda di gereja akan memberi anda peluang untuk berkongsi pengalaman, pandangan, dan soalan anda mengenai ayat tulisan suci yang anda telah pelajari di rumah.

Oleh kerana Sekolah Minggu diajar hanya dua kali sebulan, pengajar Sekolah Minggu boleh memilih untuk melangkau atau menggabungkan garis panduan untuk mengikuti jadual mingguan. Ini juga mungkin diperlukan pada minggu apabila mesyuarat Gereja tetap tidak diadakan kerana persidangan pancang atau sebab-sebab lain. Sepanjang minggu ini anda dijemput untuk terus mengkaji Kitab Mormon di rumah.

Perlukah Saya Mengikut Jadual?

Jadual ini akan membantu anda selesai membaca Kitab Mormon menjelang akhir tahun. Di samping itu, mengikuti jadual yang sama seperti yang lain di bahagian anda boleh membawa kepada pengalaman yang bermakna di gereja. Tetapi jangan merasa terikat dengan jadual; ia hanya panduan untuk membantu anda mempercepatkan diri anda. Perkara yang penting ialah anda belajar injil secara individu dan secara sekeluarga.

keluarga sedang belajar tulisan suci