Ikutlah Aku
Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi


“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

seorang wanita sedang mengkaji tulisan suci

Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi

Berikut ialah beberapa cara untuk mempertingkatkan kajian firman Tuhan dalam tulisan suci:

Carikan kebenaran tentang Yesus Kristus

Tulisan suci mengajar kita bahawa segala hal bersaksi tentang Kristus (lihat 2 Nefi 11:4; Musa 6:63), jadi, carilah Dia dalam kejadian, cerita, dan ajaran-ajaran dalam Kitab Mormon. Pertimbangkan untuk membuat nota atau tandakan ayat-ayat yang mengajar tentang Juruselamat dan cara untuk mengikut Dia.

Carikan Kata-kata dan Frasa-Frasa Yang Mengilhamkan

Anda boleh mendapati kata-kata dan ayat-ayat tertentu dalam tulisan suci yang mempengaruhi anda, seolah-olah mereka ditulis khas untuk anda. Anda mungkin rasa mereka berkait dengan anda secara peribadi, dan mengilhami anda serta menggalakkan anda. Bertimbang untuk menanda dalam tulisan suci atau catatkan mereka dalam jurnal kajian anda.

Carikan Kebenaran Injil

Kadangkala kebenaran-kebenaran injil (biasanya dipanggil ajaran atau asas) dinyatakan secara jelas, dan kadangkala mereka dibayangkan dalam satu contoh atau cerita. Tanya diri sendiri, “Apakah kebenaran abadi yang diajar dalam ayat-ayat ini?”

Mendengar Roh.

Beri perhatian kepada fikiran dan perasaan anda, walaupun ia tidak berkaitan dengan apa yang anda sedang membaca. Tanggapan-tanggapan itu mungkin ialah perkara yang Bapa Syurgawi hendak anda belajar.

Mengibaratkan Tulisan Suci Kepada Kehidupan Anda

Pertimbangkan tentang bagaimana cerita-cerita dan ajaran-ajaran yang anda baca boleh digunakan dalam kehidupan anda. Sebagai contoh, anda boleh tanya diri sendiri, “Pengalaman apakah sudah saya ada yang serupa dengan apa yang saya baca?” atau “Bagaimana saya boleh ikut teladan dalam tulisan suci?”

Tanya Soalan Semasa Anda Mengaji

Semasa anda mengkaji tulisan suci, soalan akan timbul dalam minda. Soalan-soalan ini mungkin berkaitan dengan apa yang sedang anda baca atau dengan kehidupan anda. Renungkan soalan-soalan ini dan carikan jawapan semasa anda terus mengkaji tulisan suci.

Gunakan Panduan Kajian Kitab Suci

Untuk memperoleh tanggapan tambahan tentang ayat-ayat yang anda baca, gunakan nota kaki, Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org), dan panduan lain.

Pertimbangkan Konteks Tulisan suci

Anda dapat mencari pandangan yang bermakna tentang tulisan suci jika anda pertimbangkan konteksnya—keadaan atau latar belakang tulisan suci. Contohnya, mengetahui latar belakang dan kepercayaan -orang yang nabi bercakap kepada dapat membantu anda memahami niat kata-katanya.

Catatkan Fikiran dan Perasaan Anda

Terdapat banyak cara untuk mencatat tanggapan yang datang kepada anda semasa anda mengkaji. Sebagai contoh, anda boleh tandakan satu perkataan atau ayat yang bermaksud dan catatkan fikiran anda sebagai nota dalam kitab suci anda. Anda juga boleh simpan sebuah jurnal untuk mencatat tanggapan, perasaan dan tanggapan yang anda terima.

Kaji Kata-kata Para Nabi dan Rasul Zaman Akhir

Baca ajaran-ajaran dari para nabi dan rasul zaman akhir mengenai asas-asas yang anda dapati dalam kitab suci (sebagai contoh, lihat conference.ChurchofJesusChrist.org dan majalah Gereja).

Kongsikan Tanggapan

Berbincang tentang tanggapan dari kajian peribadi anda bukan hanya satu cara untuk mengajar orang lain, tetapi ia juga boleh memperkuatkan pemahaman anda tentang perkara yang sudah anda baca.

Lakukan Perkara Yang Sudah Anda Belajar

Kajian Kitab Suci tidak harus hanya mengilhamkan kita tetapi ia juga harus membimbing kita untuk mengubah cara kita hidup. Dengar apa yang Roh suruh anda lakukan semasa anda baca, dan kemudian bertekad untuk bertindak ke atas pengaruh itu.

seorang lelaki mengkaji tulisan suci

President Russell M. Nelson berkata: “Jika kita ‘maju terus, berjamu dengan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir, … [kita] akan memperoleh kehidupan abadi’ [2 Nefi 31:20].

“Untuk berjamu bermaksud lebih dari merasa. Untuk berjamu bermaksud untuk menikmati. Kami menikmati tulisan suci dengan mengkajinya dalam semangat pertemuan yang menyenangkan dan kepatuhan yang beriman. Apabila kita berjamu atas kata-kata Kristus, mereka tertanam ‘pada hati manusia’ [2 Korintus 3:3]. Mereka menjadi sebahagian dari sifat kita” (“Living by Scriptural Guidance,” Ensign, Nov. 2000, 17).