Ikutlah Aku
30 Disember–5 Januari. Halaman pengenalan Kitab Mormon: “Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus”


“30 Disember–5 Januari. Halaman pengenalan Kitab Mormon: ‘Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“30 Disember–5 Januari. Halaman pengenalan Kitab Mormon,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
kepingan-kepingan emas

30 Disember–5 Januari

Halaman pengenalan Kitab Mormon

“Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus

Mulakan persediaan anda untuk mengajar dengan membaca halaman judul dan pengenalan Kitab Mormon; kesaksian Kesaksian Tiga Saksi, Lapan Saksi, dan Nabi Joseph Smith; dan “Penjelasan Singkat tentang Kitab Mormon.” Renungkan bagaimana anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk belajar dari Kitab Mormon.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cerita yang mereka tahu dari Kitab Mormon, menggunakan gambar 67–86 dalam Buku Seni Injil atau gambar lain yang anda ada.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Halaman judul Kitab Mormon

Kitab Mormon dapat membantu saya mempunyai iman dalam Yesus Kristus.

Bantu kanak-kanak melihat bahawa tujuan Kitab Mormon adalah untuk memberi kesaksian tentang Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pegang salinan Kitab Mormon, dan tunjukkan tajuk kecil, Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus. Biarkan kanak-kanak mengambil giliran berkata, “Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus.” Secara ringkas beritahu kanak-kanak bagaimana Kitab Mormon telah memperkuat iman anda kepada Yesus Kristus.

  • Ceritakan kisah dari Kitab Mormon yang mengajar tentang Yesus Kristus, seperti kisah Samuel Si Bangsa Laman bernubuat tentang Kristus (lihat Helaman 14–16), Juruselamat memberkati kanak-kanak (lihat 3 Nefi 17), atau saudara lelaki Jared melihat Yesus Kristus (lihat Eter 2–3). Bab-bab dari Cerita-cerita Kitab Mormon (dan video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org) boleh membantu. Tunjukkan kepada kanak-kanak apa yang kita pelajari tentang Yesus dari kisah-kisah ini. Beritahu mereka bahawa mereka akan belajar banyak perkara tentang Yesus Kristus dari Kitab Mormon tahun ini.

  • Nyanyi satu lagu tentang Kitab Mormon, seperti “Cerita-cerita Kitab Mormon” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 62). Nyanyi lagu itu bersama-sama beberapa kali, dan biarkan kanak-kanak bergilir memegang gambar Juruselamat semasa anda bernyanyi.

Pengenalan kepada Kitab Mormon

Kitab Mormon adalah batu kunci agama kita.

Presiden Thomas S. Monson menjelaskan: “Jika [Kitab Mormon] adalah benar—saya bersaksi ia benar—Joseph Smith seorang nabi … , Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah Gereja Tuhan di bumi ini, dan imamat kudus Tuhan telah dipulihkan” (“Kuasa Kitab Mormon,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 86–87).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak pernyataan berikut oleh Joseph Smith di dalam pengenalan kepada Kitab Mormon: “Kitab Mormon [adalah] batu kunci agama kita.” Jelaskan bahawa sama seperti batu kunci memegang seluruh lengkungan, kesaksian kita tentang Kitab Mormon memegang dan memperkuat kesaksian kita tentang hal-hal lain, seperti Joseph Smith dan injil.

  • Jemput ibu bapa salah seorang kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana dia mendapat kesaksian Kitab Mormon. Baca bersama kanak-kanak jemputan di hujung pengenalan kepada Kitab Mormon, dan membantu mereka bertindak perkara yang mereka boleh lakukan untuk mendapatkan kesaksian mereka sendiri.

Kesaksian Nabi Joseph Smith

Kitab Mormon telah diberikan kepada kita oleh kuasa Tuhan.

Kesaksian Joseph Smith dapat membantu kanak-kanak memahami tujuan ketuhanan Kitab Mormon.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu secara ringkas kepada kanak-kanak kisah tentang kedatangan Kitab Mormon seperti yang dijelaskan di dalam “Kesaksian Nabi Joseph Smith.” Anda juga boleh menggunakan “Bab 1: Bagaimana Kita Mendapat Kitab Mormon” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 2–4, atau video yang berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Bantu kanak-kanak melakonkan cerita beberapa kali semasa anda mengulangi cerita itu.

  • Tunjukkan kanak-kanak gambar aksara dari kepingan-kepingan emas. Jelaskan bahawa Tuhan membantu Joseph menterjemahkan huruf-huruf ini ke dalam kata-kata yang kita dapat membaca dan memahami.

    Imej
    dua kepingan-kepingan emas menunjukkan aksara yang ditulis

    Joseph Smith menterjemahkan huruf-huruf yang ditulis pada kepingan-kepingan emas.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Halaman judul Kitab Mormon

Kitab Mormon membantu saya mempunyai iman dalam Yesus Kristus.

Ingat bahawa tujuan anda dalam mengajar kanak-kanak tentang Kitab Mormon adalah untuk membina iman mereka kepada Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bahagikan kelas ke dalam pasangan. Jemput setiap pasangan untuk membaca perenggan kedua halaman judul Kitab Mormon, mencari sesuatu yang memberitahu mereka apa yang Kitab Mormon harus lakukan. Kemudian jemput setiap pasangan untuk berkongsi dengan kelas.

  • Bantu kanak-kanak mencari di halaman judul frasa “untuk meyakinkan Bangsa Yahudi dan Bangsa bukan Israel bahawa Yesus ialah Kristus.” Bagaimanakah Kitab Mormon dapat meyakinkan kita bahawa Yesus ialah Kristus? Jemput mereka untuk berkongsi kisah dari Kitab Mormon yang telah menguatkan iman mereka kepada Kristus, atau kongsi pengalaman anda sendiri.

Pengenalan kepada Kitab Mormon

Kitab Mormon adalah batu kunci agama kita.

Memperoleh kesaksian Kitab Mormon akan membantu kanak-kanak mengetahui bahawa Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah Gereja Tuhan yang benar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak berpura-pura tidak pernah mendengar Kitab Mormon sebelum ini. Jemput mereka untuk bekerjasama dengan seorang pasangan untuk memikirkan cara mereka dapat menjelaskan kepada anda apa itu dan dari mana ia datang, menggunakan butiran dari pengenalan. Kemudian biarkan setiap pasangan mengambil giliran mengajar anda.  

  • Jemput seorang kanak-kanak membaca pernyataan Joseph Smith dalam perenggan keenam pengenalan. Menggunakan halaman aktiviti minggu ini, jelaskan bagaimana batu kunci memegang lengkungan. Mengikut perenggan terakhir pengenalan, apakah beberapa perkara lain yang kita tahu apabila kita mempunyai kesaksian bahawa Kitab Mormon adalah benar?

Kesaksian Tiga Saksi”; “Kesaksian Lapan Saksi

Saya boleh menjadi saksi Kitab Mormon.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak memperoleh dan berkongsi kesaksian mereka sendiri tentang Kitab Mormon?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk menerangkan sesuatu yang mereka telah lihat yang tidak ada orang lain di dalam kelas yang telah melihatnya. Jelaskan bahawa Kitab Mormon mengandungi kesaksian 11 orang selain Joseph Smith yang melihat kepingan-kepingan emas dari mana Kitab Mormon diterjemahkan. Baca kesaksian-kesaksian bersama. Kenapa saksi-saksi ini mahu orang lain tahu tentang kesaksian mereka?

  • Tanya jika ada kanak-kanak ingin berkongsi bagaimana mereka tahu Kitab Mormon adalah benar. Baca bersama Moroni 10:3–5, dan jemput setiap kanak-kanak membaca Kitab Mormon tahun ini dan dapatkan atau menguatkan kesaksian mereka bahawa ini benar. Beritahu kanak-kanak bagaimana anda mendapat kesaksian anda tentang Kitab Mormon.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jika boleh, pastikan setiap kanak-kanak mempunyai salinan Kitab Mormon, dan jemput mereka untuk mula membacanya sendiri dan bersama keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mencari ilham anda sendiri. Daripada melihat rangka panduan ini sebagai arahan yang anda harus ikuti ketika anda mengajar, gunakannya sebagai sumber idea untuk mencetuskan ilham anda sendiri ketika anda merenungkan keperluan kanak-kanak yang anda ajar.

Cetak