Ikutlah Aku
Suatu Pola untuk Mengajar


“Suatu Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“Suatu Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

guru bermain dengan kanak-kanak

Suatu Pola untuk Mengajar

Dalam sumber ini, anda akan mendapati pola tiga langkah berikut diulangi dalam setiap rangka panduan: jemput perkongsian, mengajar ajaran, dan menggalakkan pembelajaran di rumah. Dalam banyak kes, semasa anda mengajar, elemen-elemen pola ini mungkin bertindih atau berlaku dalam susunan yang berbeza. Contohnya, pertimbangkan bahawa perkongsian adalah satu peluang untuk mengajar ajaran-ajaran, dan mengajar ajaran-ajaran harus melibatkan jemputan untuk berkongsi. Begitu juga, menggalakkan pembelajaran di rumah boleh berlaku sepanjang perbincangan kelas. Izinkan pelarasan pada pola ini untuk terjadi secara biasa, ikuti bisikan Roh untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang anda ajari.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Sebagai sebahagian dari kelas, jemputlah kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka, pandangan, dan pengalaman tentang asas-asas yang anda ajari. Komen mereka boleh termasuk pengalaman mereka miliki sewaktu mempelajari di dalam rumah. Anda juga boleh menyemak kembali apa yang mereka telah pelajari minggu lepas dan bertanya bagaimana ia telah mempengaruhi kehidupan mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda lebih memahami ajaran yang akan anda ajarkan kepada kanak-kanak. Pertimbangkan ayat tulisan suci, penyataan, pengalaman, soalan, dan sumber lain yang anda boleh kongsi untuk membantu kanak-kanak belajar dan bertindak atas asas-asas Injil. Carilah cara kreatif untuk membantu mereka menjadi teruja tentang apa yang mereka pelajari.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Kerana rumah adalah pusat pembelajaran injil, salah satu objektif anda sebagai pengajar Sekolah Primer adalah untuk menggalakkan pembelajaran di rumah. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak berkongsi bersama keluarga mereka apa yang mereka telah pelajari di dalam kelas? Bagaimanakah anda dapat menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka untuk berterusan mempelajari Kitab Mormon di rumah?