Ikutlah Aku
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer


“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer,Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer,Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

kelas Sekolah Primer bermain

Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer

Persediaan untuk Mengajar dalam Sekolah Primer

Pembelajaran peribadi dan sekeluarga di rumah harus menjadi pusat pembelajaran injil. Ini ternyata bagi anda dan kanak-kanak yang anda ajar. Apabila anda bersedia untuk mengajar, bermulalah dengan memperoleh pengalaman peribadi dalam ayat suci. Persediaan anda yang paling penting akan berlaku apabila membaca tulisan suci anda mencari ilham Roh Kudus.

Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga juga merupakan bahagian penting dalam pembelajaran peribadi dan persediaan anda untuk mengajar. Ia akan membantu anda memperoleh pemahaman yang lebih mendalam berkenaan asas-asas ajaran yang didapati dalam kitab suci.

Ketika membuat persediaan, idea dan tanggapan akan datang berkenaan kanak-kanak yang anda ajari. Anda akan menerima pemahaman berkenaan bagaimana asas-asas yang didapati dalam tulisan suci dapat memberkati kehidupan mereka. Anda akan dipandu untuk mengilhami mereka menerokai asas-asas tersebut apabila mereka belajar dari tulisan suci dengan sendiri dan bersama keluarga mereka. Jangan lupa untuk peka terhadap kanak-kanak yang keluarganya tidak menyokong pembelajaran tulisan suci sekeluarga dan malam keluarga dengan kerap.

Idea-idea Pengajaran

Apabila anda bersedia untuk mengajar, anda mungkin peroleh ilham tambahan melalui penerokaan rangka panduan pengajaran dalam sumber ini. Jangan fikirkan idea-idea ini sebagai arahan langkah demi langkah tetapi sebaliknya cadangan untuk mencetuskan ilham anda sendiri. Anda kenali kanak-kanak ini—dan anda akan kenali mereka dengan lebih baik semasa berinteraksi dengan mereka dalam kelas. Tuhan juga mengenal mereka, dan Dia akan mengilhami anda cara yang terbaik untuk mengajar dan memberkati mereka

Ada banyak sumber lain yang sedia ada untuk anda gunakan dalam persediaan, termasuk idea dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan majalah-majalah Gereja. Untuk maklumat lanjut berkenaan berikut dan sumber-sumber lain, lihat “Sumber-sumber Tambahan Untuk Mengajar Kanak-kanak” di dalam sumber ini.

Peringatan

  • Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk mengajar anak-anak mereka. Sebagai guru, anda punyai tanggungjawab yang penting untuk menyokong, menggalak, dan membantu pembelajaran injil di rumah. Peka terhadap kanak-kanak di mana ibu bapanya tidak mengajarkan injil di dalam rumah mereka. Libatkan semua kanak-kanak dalam perbincangan injil tanpa mengira keadaan dalam keluarga mereka.

  • Pengulangan merupakan sesuatu yang baik. Kanak-kanak belajar kebenaran Injil dengan lebih berkesan apabila kebenaran itu diajar dengan berulang melalui pelbagai aktiviti. Jika anda mendapati satu aktiviti pembelajaran amat berkesan bagi kanak-kanak, pertimbangkan untuk mengulangnya, terutamanya jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil. Anda juga mungkin dapat mengulang aktiviti dari pelajaran sebelumnya.

  • Bapa Syurgawi inginkan anda berjaya sebagai seorang pengajar. Dia telah menyediakan banyak sumber untuk membantu anda termasuk mesyuarat majlis pengajar. Dalam mesyuarat ini, anda boleh berunding dengan pengajar lain mengenai sebarang cabaran yang anda mungkin hadapi. Anda juga boleh membincangkan dan mengamalkan asas-asas pengajaran seperti Kristus.

  • Jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil dan memerlukan bantuan tambahan, lihat “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” dalam sumber ini.

  • Sumber ini merangkumi rangka panduan untuk setiap minggu sepanjang tahun kecuali dua hari Ahad semasa persidangan umum diadakan. Pada hari-hari Ahad di mana Sekolah Primer tidak dijalankan kerana persidangan pancang atau untuk sebarang sebab lain, keluarga-keluarga harus sambung membaca Kitab Mormon di rumah sepertimana dirangka dalam jadual. Agar kelas Sekolah Primer mengikut jadual, anda mungkin dapat memilih untuk tinggalkan satu pelajaran atau menggabungkan dua pelajaran. Untuk mengelakkan kekeliruan, presiden-presiden Sekolah Primer mungkin ingin menasihat pengajar-pengajar berkenaan pengubahan itu sebelumnya.

keluarga belajar dengan menggunakan komputer riba