“Sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2020 (2020)
“Sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer:2020
Sumber-sumber Tambahan untuk Mengajar Kanak-kanak
Sumber-sumber ini didapati di aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.
Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga
Anda dapat menyesuaikan aktiviti dari Ikutah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk kegunaan di kelas Sekolah Primer anda. Jangan risau sekiranya kanak-kanak telah melakukkan aktiviti ini dengan keluarga di rumah, lakukan aktiviti berulang kali membantu mereka belajar. Kanak-kanak mungkin akan memberitahu anda bagaimana mereka lakukan aktiviti tersebut bersama keluarga mereka dan apa yang mereka telah pelajari.
Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak
Muzik kudus menjemput Roh dan mengajarkan ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Selain dari cetakan-cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak, anda boleh carikan rakaman audio atau video lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org, di aplikasi LDS Music dan LDS Media Library.
Lihatlah Anak-Anak Kecil-mu
Banyak topik yang terdapat di dalam buku panduan nurseri Lihatlah Anak-Anak Kecil-mu adalah serupa dengan yang anda akan ajarkan di Sekolah Primer. Terutamanya jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil, pertimbangkan untuk merujuk buku panduan nurseri untuk lagu-lagu, kisah-kisah, aktiviti dan kraf tambahan.
Majalah Friend dan Liahona
Majalah Friend dan Liahona menyediakan kisah dan aktiviti yang boleh menjadi tambahan kepada asas yang anda ajari dari Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Cerita-cerita Kitab Mormon
Cerita-cerita Kitab Mormon dapat membantu kanak-kanak mempelajari ajaran dan cerita yang terdapat di dalam Kitab Mormon. Anda juga boleh mendapatkan video-video ini di medialibrary.ChurchofJesusChrist.org.
Pustaka Media
Seni lukisan, video dan media lain dapat membantu kanak-kanak menggambarkan ajaran dan cerita yang terdapat dalam Kitab Mormon. Lawati medialibrary.ChurchofJesusChrist.org untuk melayari koleksi sumber media Gereja, termasuk koleksi Book of Mormon Videos, yang menggambarkan peristiwa dalam Kitab Mormon. Sumber media ini boleh didapati di dalam aplikasi LDS Media Library.
Buku Seni Injil
Seni lukisan dapat membantu kanak-kanak menggambarkan ajaran dan cerita yang terdapat di dalam Kitab Mormon. Banyak gambar yang anda boleh gunakan dalam kelas terdapat di Buku Seni Injil, di medialibrary.ChurchofJesusChrist.org dan di aplikasi LDS Music dan LDS Media Library.
True to the Faith (Teguh pada Iman)
Sekiranya anda memerlukan bantuan tambahan untuk memahami asas injil yang anda akan ajarkan kepada kanak-kanak, pertimbangkan untuk merujuk di Teguh pada Iman. Rujukkan ini menyediakan penjelasan mudah tentang topik injil, terkandung dalam susunan abjad.
Mengajar dengan Cara Juruselamat
Mengajar dengan Cara Juruselamat dapat membantu anda mempelajari dan menerapkan asas-asas pengajaran yang serupa dengan Kristus. Asas-asas ini dibincangkan dan diamalkan dalam mesyuarat majlis pengajar.