Ikutlah Aku
Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya


“Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

keluarga di sekeliling meja

Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Kurang Upaya

Pemimpin Sekolah Primer bertanggungjawab untuk mengajarkan injil Yesus Kristus kepada semua kanak-kanak, termasuk yang kurang upaya. Di Sekolah Primer, setiap anak harus dialu-alu, disayangi, dipelihara dan disertakan. Suasana ini memudahkan semua kanak-kanak memahami kasih Bapa di Syurga dan Yesus Kristus dan merasa dan mengenal pengaruh Roh Kudus. Idea-idea berikut dapat membantu anda memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.

  • Belajar tentang keperluan khas anak itu. Cara terbaik adalah untuk bercakap dengan ibu bapa atau penjaga anak. Cari cara terbaik anak itu dapat belajar dan strategik yang paling berkesan. Anda juga perlu berunding dengan pemimpin dan pengajar Sekolah Primer lain yang mempunyai pengalaman dan pendapat boleh dikongsi.

  • Ciptakan suasana yang positif supaya setiap anak merasa selamat dan disayangi. Belajar nama semua kanak-kanak di dalam kelas, dan bantu mereka merasa diterima, disayangi dan disertakan. Kanak-kanak yang kurang upaya sering dikritik, maka cari peluang untuk memuji mereka atas kelakukan positif.

  • Membuat penyelarasan supaya semua boleh terlibat. Perubahan kecil boleh dilakukan pada aktiviti supaya memastikan semua anak boleh belajar, termasuk anak yang terbatas secara fizikal atau kesusahan dalam pembelajaran. Misalnya, jika satu aktiviti mencadangkan penggunaan gambar, anda boleh menyanyi sebuah lagu berkaitan untuk melibatkan kanak-kanak dengan kecacatan penglihatan.

  • Mempunyai rutin dan struktur kelas yang konsisten. Satu cara melakukan ini adalah untuk mencipta poster dengan garis panduan jadual kelas yang menunjukkan aliran kelas. Jadual anda boleh termasuk doa, masa mengajar dan masa aktiviti. Ini boleh mengurangkan perasaan ketidakpastian yang mungkin meningkatkan kebimbangan dalam sesetengah kanak-kanak.

  • Gunakan objek visual. Kanak-kanak dengan kesusahan pembelajaran atau cabaran perilaku akan bermanfaat dari objek visual, seperti gambar orang berkelakuan sesuai seperti mengangkat satu tangan sebelum menjawab soalan.

  • Memahami kenapa perilaku yang mencabar terjadi. Belajar tentang kecacatan atau keadaan yang mempengaruhi anak untuk bertindak dengan tidak sesuai. Ambil perhatian dengan baik-baik apabila perilaku yang mencabar berlaku. Pertimbangkan dengan doa cara untuk mengubahsuai situasi supaya dapat menyokong anak dengan lebih baik.