Ikutlah Aku
20–26 Januari. 1 Nefi 11–15: “Disenjatai dengan Kesolehan dan dengan Kuasa Tuhan”


“20–26 Januari. 1 Nefi 11–15: ‘Disenjatai dengan Kesolehan dan dengan Kuasa Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“20–26 Januari. 1 Nefi 11–15,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

orang sedang makan buah pokok kehidupan

Sweeter Than All Sweetness, oleh Miguel Angel González Romero

20–26 Januari

1 Nefi 11–15

“Disenjatai dengan Kesolehan dan dengan Kuasa Tuhan”

Baca 1 Nefi 11–15 dengan kanak-kanak yang anda ajar dalam fikiran, dan mencatat apa-apa tanggapan yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar penglihatan Lehi tentang pokok kehidupan, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ingat tentang pelajaran penglihatan ini minggu lepas. Tanya mereka jika mereka telah belajar apa-apa yang baru mengenainya sejak itu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Nefi 11:16–33

Bapa Syurgawi menghantar Yesus Kristus ke bumi kerana Dia mengasihi saya.

Nefi melihat kehidupan dan pelayanan Yesus Kristus dalam satu penglihatan. Renungkan apa yang kanak-kanak di kelas anda boleh belajar tentang Juruselamat dari 1 Nefi 11.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan setiap kanak-kanak gambar yang menggambarkan salah satu peristiwa dari kehidupan Juruselamat yang diramalkan dalam 1 Nefi 11:20, 24, 27, 31, dan 33 (lihat Buku Seni Injil, no. 30, 35, 39, 4257). Semasa anda membaca ayat-ayat ini, minta kanak-kanak memegang gambar mereka ke atas apabila mereka mendengar ayat yang sepadan dengannya.

  • Beritahu kanak-kanak tentang beberapa perkara yang Nefi pelajari bahawa Yesus Kristus akan lakukan selama kehidupan-Nya (lihat 1 Nefi 11:16–33), dan tunjukkan kepada mereka gambar beberapa kejadian ini (lihat, contohnya, Buku Seni Injil, no. 41, 46, 47, 49, 56, 57, 58, 59). Kongsikan apa yang Juruselamat telah lakukan untuk anda. Tunjukkan gambar untuk membantu kanak-kanak memikirkan cara kita dapat berkongsi kasih Tuhan (lihat Buku Seni Injil, no. 109, 110, 115).

1 Nefi 13:26–29, 35–36, 40

Kitab Mormon mengajarkan kebenaran berharga.

Mengapa anda berterima kasih untuk Kitab Mormon? Pertimbangkan bagaimana anda boleh berkongsi kesaksian anda mengenai Kitab Mormon dengan kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukiskan gambar di papan tulis, dan jemput kanak-kanak menukar atau mengeluarkan bahagian-bahagian gambar supaya kelihatan berbeza. Bantu mereka memahami bahawa, seperti gambar ini, beberapa perkara dalam Alkitab telah diubah dan dikeluarkan dari masa ke masa. Baca sebahagian 1 Nefi 13:40 yang mengajarkan bagaimana Kitab Mormon (yang Nefi panggil “catatan-catatan terakhir ini”) membantu kita memahami “perkara yang jelas dan berharga” yang hilang dari Alkitab.

  • Sembunyikan gambar-gambar di bilik yang mewakili kebenaran injil yang dijelaskan di dalam Kitab Mormon, seperti pembaptisan, sakramen, dan kebangkitan. Jemput kanak-kanak untuk mencari gambar-gambar ini. Jelaskan bahawa Kitab Mormon membawa kembali kebenaran injil yang telah hilang.

1 Nefi 15:23–25

Firman Tuhan memberi saya kuasa.

Bagaimanakah anda boleh menggunakan gambar batang besi untuk mengajar kanak-kanak mengenai kekuatan, keselamatan, dan kuasa firman Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar mimpi Lehi, seperti yang di dalam rangka panduan minggu lepas dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput kanak-kanak untuk mencari batang besi dalam gambar, dan membantu mereka memahami bagaimana memegang kepada firman Tuhan dapat melindungi kita (lihat 1 Nefi 15:23–24). Beri kanak-kanak sesuatu yang serupa dengan batang besi untuk dipegang, seperti paip atau batang, semasa anda membaca ayat 24. Di mana kita dapat mencari firman Tuhan? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadikan firman Tuhan sebahagian dari kehidupan kita setiap hari?

  • Bantu kanak-kanak mewarnakan dan melengkapkan halaman aktiviti minggu ini. Bagaimana kita “berpegang kuat” kepada firman Tuhan? (1 Nefi 15:24).

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Nefi 11:16–33

Bapa Syurgawi menghantar Yesus Kristus ke bumi kerana Dia mengasihi saya.

Nefi mempunyai penglihatan di mana dia menyaksikan rancangan Bapa Syurgawi untuk kita, dan Yesus Kristus adalah bahagian utama dari penglihatan itu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk menyesuaikan ayat-ayat dari 1 Nefi 11:16–33 dengan gambar yang menggambarkan apa yang dijelaskan oleh ayat-ayat (seperti 1 Nefi 11:20, 24, 27, 29, 31, 33; lihat Buku Seni Injil, no. 30, 35, 38, 39, 4257). Apakah yang dipelajari oleh kanak-kanak tentang Kristus dari ayat-ayat dan gambar-gambar?

  • Tanya kanak-kanak mengapa Yesus Kristus penting kepada mereka. Nyanyikan lagu mengenai Juruselamat, seperti “Dia Mengutus Putra-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20), dan tanyakan kanak-kanak apakah yang lagu ini ajarkan tentang Yesus. Jemput kanak-kanak untuk meluangkan masa sepanjang minggu untuk berfikir tentang Yesus Kristus dan berkongsi pengalaman mereka minggu depan di kelas.

salinan Kitab Mormon dalam bahasa yang berbeza

Kitab Mormon mengandungi injil Yesus Kristus.

1 Nefi 13:26–29, 35–36, 40

Kitab Mormon mengajarkan kebenaran berharga.

Apakah yang kanak-kanak tahu mengenai Kemurtadan? Bagaimanakah anda dapat membantu mereka memahami kepentingan Kitab Mormon dalam memulihkan kebenaran injil yang telah hilang semasa Kemurtadan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Nefi 13:26–29 bersama, dan jemput kanak-kanak untuk mencari apa yang berlaku apabila orang tidak mempunyai kebenaran injil “perkara yang kelas dan berharga”. Bagaimanakah Tuhan memulihkan kebenaran yang telah hilang? (lihat ayat-ayat 35–36, 40). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi kesaksian mereka tentang kebenaran yang telah mereka pelajari dari Kitab Mormon, atau kongsikan kesaksian anda sendiri.

  •   Mengapakah ia membantu untuk mempunyai lebih dari satu saksi? Lukis titik pada papan tulis, dan labelkannya Alkitab, dan jemput setiap kanak-kanak melukis garis lurus yang berbeza melalui titik untuk menggambarkan bahawa ajaran dalam Alkitab dapat ditafsirkan banyak cara apabila Alkitab berdiri sendiri. Padamkan garis tersebut, dan lukiskan titik kedua berlabel Kitab Mormon. Jemput seorang kanak-kanak melukis garis lurus yang melewati kedua-dua titik untuk menunjukkan bahawa hanya terdapat satu cara untuk mentafsirkan injil apabila Alkitab dan Kitab Mormon digunakan bersama-sama.

  • Bantu kanak-kanak menghafal fasal-fasal kepercayaan yang kelapan.

1 Nefi 15:23–25

Firman Tuhan memberi saya kuasa untuk menentang godaan.

Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar menguatkan kesaksian mereka tentang tulisan suci? Renungkan soalan ini semasa membaca 1 Nefi 15:23–25, dan gunakan aktiviti-aktiviti di bawah ini untuk menambah idea anda sendiri.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk meringkaskan penglihatan pokok kehidupan (lihat 1 Nefi 811). Apakah yang menyebabkan orang tidak sampai ke pokok itu? Apakah yang membantu mereka sampai ke situ? Jemput kanak-kanak untuk membaca 1 Nefi 15:23–25. Bagaimanakah batang besi membantu orang melalui kabus kegelapan? Bagaimanakah membaca firman Tuhan membantu kita menentang godaan dan kegelapan hari ini?

  • Lengkapkan halaman aktiviti dengan kanak-kanak. Semasa mereka melakukannya, minta mereka bercakap tentang beberapa godaan yang dihadapi kanak-kanak. Bagaimanakah mereka dapat terus memegang batang besi setiap hari?  

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk menunjukkan kepada keluarga mereka “batang besi” yang mereka buat dari halaman aktiviti dan kongsikan bagaimana mereka dapat memegang batang besi dengan membaca tulisan suci.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan seni untuk melibatkan pelajar. Apabila anda mengajar kanak-kanak kisah tulisan suci, cari cara untuk membantu mereka membayangkannya. Anda boleh menggunakan gambar, video, boneka, pakaian, dan sebagainya.