Ikutlah Aku
9–15 Mac. Yakub 1–4: “Diperdamaikan dengan Tuhan melalui Korban Tebusan Kristus”


“9–15 Mac. Yakub 1–4: ‘Diperdamaikan dengan Tuhan melalui Korban Tebusan Kristus’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“9–15 Mac. Yakub 1–4,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

seorang wanita berlutut di kaki Yesus

Diampuni, oleh Greg K. Olsen

9–15 Mac

Yakub 1–4

Diperdamaikan dengan Tuhan melalui Korban Tebusan Kristus

Apabila mencatatkan tanggapan-tanggapan rohani, anda menunjukkan bahawa anda ingin Roh Kudus mengajar anda. Semasa anda membaca Yakub 1–4, mempertimbangkan menulis fikiran-fikiran anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Bangsa Nefi menganggap Nefi “pelindung besar” mereka (Yakub 1:10). Dia telah melindungi mereka dari serangan dari musuh-musuh mereka, dan dia telah memberi amaran kepada mereka tentang bahaya-bahaya rohani. Dia sudah meninggal, dan tugas memimpin bangsa Nefi secara rohani menjadi tanggungjawab Yakub, yang Nefi telah mentahbiskan untuk menjadi imam dan pengajar jemaah (lihat Yakub 1:18). Melalui ilham, Yakub melihat bahawa orangnya perlu diajar dengan “banyak ketajaman,” kerana mereka “sedang mula mengerjakan dosa” (Yakub 2:7, 5). Dosa-dosa ini sama dengan dosa yang orang buat hari ini: cinta akan kekayaan dan hal-hal seksual yang tidak bermoral. Dan semasa Yakub rasa bahawa dia perlu mengutuk kejahatan ini, hatinya juga sakit kerana mangsa-mangsa, yang hatinya telah “tertusuk dengan luka yang dalam” (Yakub 2:35). Yakub bersaksi bahawa penyembuhan untuk kedua-dua kumpulan—orang berdosa dan orang yang dilukai secara rohani—datang dari Juruselamat Yesus Kristus. Pesanan Yakub, seperti pesanan Nefi sebelum dia, ialah panggilan untuk “diperdamaikan dengan [Tuhan] melalui korban tebusan Kristus.” (Yakob 4:11).

ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Yakub 1:6–8, 15–19; 2:1–11

Tuhan inginkan saya memenuhi panggilan saya.

Bagi Yakub, mengajar firman Tuhan lebih daripada tugas dari abangnya—ia merupakan “tugas suruhan dari Tuhan,” jadi dia bekerja dengan rajin untuk “mengembangkan jawatan [dia]” (Yakub 1:17, 19). Presiden Gordon B. Hinckley mengajar bahawa kita mengembangkan panggilan kita “semasa kita melayani dengan kerajinan, semasa kita mengajar dengan iman dan kesaksian, semasa kita mengangkat dan menguatkan dan mengembangkan keyakinan kesolehan di dalam orang yang kehidupannya kita menyentuh” (“Magnify Your Calling,” Ensign, Mei 1989, 47). Fikir tentang “[tugas suruhan] anda sendiri dari Tuhan” semasa anda membaca Yakub 1:6–8, 15–19 dan 2:1–11. Mengapakah Yakub melayani dengan begitu setia? Apakah yang teladan dia menyemangati anda melakukan untuk mengembangkan panggilan Gereja anda dan tanggungjawab-tanggungjawab anda di rumah?

Lihat juga “Rise to Your Call” (video, ChurchofJesusChrist.org).

Yakub 2:23–3:12

Tuhan berbahagia dalam kemurnian.

Dosa mempunyai akibat untuk individu dan untuk masyarakat. Dalam berbicara tentang dosa seksual, Yakub memberi amaran tentang kedua-dua jenis akibat. Apabila anda membaca Yakub 2:31–35 dan 3:10, cari cara yang dosa-dosa seksual mengesankan bangsa Nefi sebagai masyarakat dan sebagai individu. Bagaimanakah cara-cara ini sama dengan akibat dosa seksual yang anda lihat di dunia terkini? Apakah yang anda menjumpai dalam kata-kata Yakub yang boleh membantu anda mengajar seseorang yang dikasihi tentang kepentingan kemurnian? Bagaimanakah anda telah diberkati oleh usaha anda untuk menjadi murni?

Ingat bahawa Yakub juga mengemukakan amalan mempunyai lebih daripada satu isteri. Apakah yang anda menjumpai di Yakub 2:23–30 yang membantu anda faham mengapa Tuhan, dalam beberapa situasi, telah memerintahkan umat-Nya untuk melaksanakan perkahwinan jamak? Bagaimanakah Dia rasa tentang orang yang berbuat demikian tanpa izin-Nya?

Yakub 4

Saya dapat diperdamaikan dengan Tuhan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.

Yakub merayu dengan jemaahnya untuk “diperdamaikan dengan [Tuhan] melalui korban tebusan Kristus.” (Yakub 4:11). Menurut anda apakah erti itu?   Mungkin anda boleh menjumpai kata atau frasa dalam bab ini yang mencadangkan bagaimana anda boleh datang kepada Kristus supaya anda boleh diperdamaikan dengan Tuhan. Contohnya, Yakub mengajar bahawa hukum Musa diberikan untuk menujukan orang kepada Yesus Kristus (lihat Yakub 4:5). Apakah yang telah Tuhan memberikan untuk menujukan anda kepada Kristus? Bagaimanakah anda menggunakan hal-hal ini untuk menjadi lebih dekat dengan Tuhan?

Lihat juga 2 Nefi 10:24.

Yakub 4:8–18

Saya boleh mengelakkan kebutaan rohani dengan memberikan tumpuan pada Juruselamat.

Semasa Yakub berusaha menujukan orangnya dengan lebih lengkap kepada Tuhan, dia memberi amaran kepada mereka supaya jangan menjadi buta secara rohani dan jangan membenci “firman kejelasan” injil (lihat Yakub 4:13–14). Elder Quentin L. Cook memberi amaran tentang masalah-masalah yang sama pada zaman kita: “Kadang-kadang beberapa antara kita ‘memandang melampaui sasaran’ dan tidak mengekalkan kesaksian tentang asas-asas injil. Kita melakukan ini apabila kita menggantikan falsafah manusia dengan kebenaran-kebenaran injil, menyertai pelampauan injil, … atau meningkatkan peraturan ke atas ajaran. Mengelakkan kelakuan-kelakuan ini akan membantu kita mengelakkan kebutaan keagamaan dan sadung yang Yakub terangkan” (“Looking beyond the Mark,” Ensign, Mac 2003, 42).

Menurut Yakub 4:8–18, apakah yang kita boleh lakukan untuk memberikan tumpuan pada Juruselamat dan mengelakkan kebutaan rohani?

ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Yakub 1:6–8, 15–19; 2:1–11; 4:18

Apakah kata dan frasa dalam ayat-ayat ini menyatakan kasih yang Yakub rasa terhadap orang yang dia pimpin? Apakah yang telah pemimpin-pemimpin Gereja kita melakukan untuk membantu kita rasa “hasrat dan kegelisahan mereka untuk kesejahteraan jiwa [kita]”? (Yakub 2:3). Mungkin ahli-ahli keluarga boleh mengongsi cara-cara yang kita boleh menyokong para pemimpin Gereja kita. Anda boleh merancang melakukan sesuatu sebagai keluarga untuk pemimpin-pemimpin Gereja tempatan, seperti menulis nota-nota untuk berterima kasih atas pelayanan mereka atau mengingat mereka dan keluarga mereka dalam doa-doa anda.

Yakub 2:8

Bagaimanakah firman Tuhan menyembuhkan “jiwa yang terluka”?

Yakub 2:12–21

Apakah yang ayat-ayat suci ini mengajar tentang bagaimana kita patut memandang kekayaan duniawi? Apakah yang kita sedang melakukan untuk menghubungi orang lain yang memerlukan bantuan kita?

Yakub 3:1–2

Apakah ertinya menjadi “murni hati” dan “pandang kepada Tuhan dengan keteguhan fikiran”?

Yakub 4:4–11

Salah satu cara untuk membantu keluarga anda faham apa ertinya menjadi “tak tergoncang” dalam iman mereka ialah untuk mencari pokok besar dan minta ahli-ahli keluarga menggoncangkan dahan-dahan individu. Selepas itu minta mereka cuba menggoncangkan batang. Mengapakah lebih susah untuk menggoncangkan batang? Apakah yang boleh kita belajar dari ajaran-ajaran Yakub tentang bagaimana untuk mengembangkan iman yang “tak tergoncang”?

pokok besar di taman

Seperti batang pokok, iman kita kepada Kristus boleh menjadi “tak tergoncang.”

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Mendengar Roh. Semasa anda mengkaji, memerhatikan fikiran dan perasaan anda (lihat A&P 8:2–3), walaupun ia mungkin nampak tidak berkaitan dengan apa yang anda sedang membaca. Tanggapan-tanggapan itu mungkin merupakan hal-hal yang Tuhan ingin anda mengetahui dan melakukan.

Yakub menulis pada kepingan-kepingan emas

I Will Send Their Words Forth (Jacob the Teacher), oleh Elspeth Caitlin Young