“23–29 Mac. Enos–Kata-kata Mormon: Dia Bekerja dalam Diriku untuk Melakukan Kehendak-Nya,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“23–29 Mac. Enos–Kata-kata Mormon,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
23–29 Mac
Enos–Kata-kata Mormon
Dia Bekerja dalam Diriku untuk Melakukan Kehendak-Nya
Apabila anda membaca Enos sehingga Kata-kata Mormon, cari pesanan yang berharga untuk anda atau keluarga anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Enos pergi memburu binatang di hutan, tetapi dia berada di situ untuk berdoa “sepanjang hari … dan ketika malam hari tiba” (Enos 1:3–4). Kerana jiwanya lapar untuk menerima pengampunan dosa-dosanya, Enos rela berdoa selama diperlukan dan juga “bergelut” di hadapan Tuhan (Enos 1:2). Itulah doa ikhlas: bukannya meminta apa-apa yang kita mahu tetapi satu usaha ikhlas untuk berbicara dengan Tuhan dan menyelaraskan keinginan kita dengan kehendak-Nya. Apabila anda berdoa dalam cara ini, apabila suara anda telah “mencapai syurga,” anda mendapati seperti Enos bahawa Tuhan mendengar anda, dan Dia benar-benar mengasihi anda, orang kesayangan anda, dan juga musuh-musuh anda (lihat Enos 1:4–17). Dalam masa-masa itu, Tuhan boleh membuat kehendak-Nya diketahui anda, dan anda akan lebih rela dan berkebolehan untuk melakukan kehendak-Nya kerana anda keharmonian dengan-Nya. Seperti Mormon, anda mungkin “tidak mengetahui segalanya; tetapi Tuhan mengetahui segalanya … [dan] dia bekerja dalam [dirimu] untuk melakukan menurut kehendak-Nya” (Kata-kata Mormon 1:7).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Kata-kata seorang ibu bapa boleh mempunyai pengaruh yang kekal.
Apakah pesanan ayat-ayat ini untuk ibu bapa dan anak-anak?
Doa-doa ikhlas saya akan dijawab.
Pengalaman Enos dengan doa adalah salah satu yang paling mudah diingatkan dalam tulisan suci. Pengalaman anda mungkin kurang dramatik, tetapi mereka tidak semestinya kurang bermakna. Pengalaman Enos mungkin menunjukkan cara-cara untuk memperbaikkan doa-doa anda. Di sini ada beberapa soalan untuk dipertimbangkan:
-
Kata-kata apakah yang menggambarkan usaha Enos semasa dia berdoa?
-
Apa yang Enos berdoa untuk pada permulaannya? (lilhat Enos 1:4). Apa yang anda boleh belajar dari tindak balas Enos selepas dia menerima jawapan? (lihat Enos 1:5–7).
-
Bagaimana Enos bertindak balas pada jawapan yang dia terima?
-
Apa yang kita boleh belajar dari Enos tentang bagaimana mempunyai iman “tak tergoncang” dalam Tuhan? (Enos 1:11).
Tuhan akan memberkati saya apabila saya mentaati perintah-perintah.
Salah satu janji-janji yang paling sering diulang oleh Tuhan dalam Kitab Mormon adalah jika bangsa Nefi mentaati perintah-perintah, mereka akan menjadi makmur (lihat 2 Nefi 1:20; Yarom 1:9–12; Omni 1:6). Buku-buku Jarom dan Omni menunjukkan beberapa cara di mana janji ini ditunaikan. Apa yang anda belajar dari cerita-cerita ini yang boleh membantu anda “makmur di negeri ini”?
Siapakah orang Zarahemla?
Selepas bangsa Nefi meninggalkan negeri Nefi, mereka menemukan suatu bangsa yang hidup di satu tempat dipanggil Zarahemla. Orang Zarahemla adalah keturunan satu kumpulan orang Yahudi yang, seperti keluarga Lehi, telah meninggalkan Yerusalem dan dipimpin oleh Tuhan menuju ke negeri yang dijanjikan. Di kalangan kumpulan itu ialah Mulek, salah seorang putera lelaki Zedekia, raja Yehuda yang ditangkap oleh orang Babilonia dalam lebih kurang 587 SM (lihat Yeremia 52:1–11; Mosia 25:2; Helaman 8:21).
Selepas orang Zarahemla sampai ke negeri yang dijanjikan, mereka bertemu dengan Koriantumr (lihat Omni 1:21), orang terakhir yang diketahui selamat dari orang Yared, yang ceritanya diberitahu dalam buku Eter.
Apa itu Kata-kata Mormon?
Kata-kata Mormon berfungsi sebagai jambatan di antara dua set kepingan-kepingan logam yang membentuk Kitab Mormon. Di sini Mormon memberi penjelasan untuk kedua-dua catatan ini, dan kata-katanya mengajar satu pesanan penting tentang mempercayai Tuhan, walaupun kita tidak memahami sepenuhnya arahan Tuhan.
Ketika Nefi menulis catatan umatnya, Tuhan mengarahkannya untuk mencipta dua set kepingan-kepingan logam, memanggil mereka kepingan-kepingan kecil dan kepingan-kepingan besar Nefi. Nefi tidak tahu mengapa dia diperintah untuk mencipta dua set kepingan-kepingan logam, tetapi dia mempercayai bahawa Tuhan mempunyai “tujuan bijaksana … , yang mana tujuan aku tidak tahu” (1 Nefi 9:5; lihat juga “Penjelasan Singkat Tentang Kitab Mormon”).
Berabad-abad kemudian, semasa Mormon meringkaskan kepingan-kepingan besar Nefi, dia menemukan kepingan-kepingan kecil. Kepingan-kepingan kecil merangkumi banyak peristiwa yang sama yang digambarkan dalam kepingan-kepingan besar yang Mormon sudah ringkaskan, tetapi kepingan-kepingan kecil bertumpu lebih kepada perkara rohani dan pelayanan dan pengajaran para nabi. Tuham mengilhamkan Mormon untuk memasukkan kepingan-kepingan kecil Nefi dalam catatannya sebagai tambahan kepada kepingan-kepingan besar. Seperti Nefi, Mormon tidak memahami tujuan Tuhan untuk mempunyai kedua-dua set kepingan-kepingan logam, tetapi dia mempercayai bahawa ia adalah untuk “tujuan bijaksana” (Kata-kata Mormon 1:7).
Hari ini kita tahu tujuan Tuhan. Pada 1828, selepas Joseph Smith menterjemahkan sebahagian ringkasan Mormon dalam kepingan-kepingan besar Nefi (116 halaman manuskrip), Martin Harris kehilangan halaman tersebut. Tuhan memerintahkan Joseph untuk tidak menterjemahkan sekali lagi bahagian itu kerana orang jahat akan mengubah kata-kata dalamnya dan cuba untuk mendiskreditkan Joseph (lihat Ajaran dan Perjanjian 10, pengenalan bahagian; Ajaran dan Perjanjian 10:14–19, 30–45). Tuhan telah meramalkan ini dan menyediakan kepingan-kepingan kecil, yang merangkumi sejarah yang sama seperti yang dalam halaman 116 yang telah hilang. Kepingan-kepingan kecil mengarang buku-buku yang datang sebelum Kata-kata Mormon, dan ringkasan Mormon dalam kepingan-kepingan besar bermula selepas Kata-kata Mormon.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Enos 1:1–17
Keluarga anda boleh melihat satu gambar Enos berdoa dan mencari Enos 1:1–17 untuk frasa-frasa yang boleh digunakan sebagai tajuk gambar itu. Anda juga boleh meminta ahli keluarga untuk melukis gambar-gambar pengalaman Enos. Apakah yang kita boleh belajar dari Enos tentang mencari pengampunan?
Yarom 1:2
Bagaimana pengkajian Kitab Mormon kita telah “menunjukkan rancangan keselamatan” kepada kita?
Omni 1:12–22
Apa yang ayat-ayat ini mengajar tentang kepentingan firman Tuhan dalam kehidupan kita?
Kata-kata Mormon 1:3–9
Bagaimana kita akan diberkati dengan menyimpan catatan peribadi dan keluarga? Bagaimana kita boleh membuat catatan kita lebih bertumpu pada Kristus?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.