“2–8 Mac. 2 Nefi 31–33: ‘Inilah Jalannya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“2–8 Mac. 2 Nefi 31–33,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
2–8 Mac
2 Nefi 31–33
“Inilah Jalannya”
Rangka panduan ini mencadangkan asas-asas yang anda mungkin rasa bermakna dalam 2 Nefi 31–33. Tetapi perkara paling penting yang anda akan belajar dalam pengkajian anda akan datang dari bisikan Roh. Cari bimbingan ini, dan catatkan dorongan yang datang.
Mencatat Tanggapan Anda
Di kalangan kata-kata Nefi yang dicatatkan, kita mendapati perisytiharan ini: “Tuhan perintahkan kepadaku, dan aku mesti patuh ” (2 Nefi 33:15). Ini adalah satu ringkasan yang sesuai untuk kehidupan Nefi. Dia mencari kehendak Tuhan dan dengan berani berusaha mematuhinya—walaupun ia bermakna membahayakan hidupnya untuk mendapatkan kepingan-kepingan logam dari Laban, membina kapal dan menyeberangi laut, atau dengan iman mengajar ajaran Kristus dengan kesederhanaan dan kuasa. Nefi boleh berucap dengan menyakinkan untuk keperluan “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus,” untuk mengikuti “lorong sempit dan kecil yang menuntun kepada kehidupan kekal” (2 Nefi 31:20, 18), kerana itulah jalan yang dia ikuti. Dia tahu melalui pengalaman bahawa jalan ini, walaupun kadangkala mendesakkan, juga adalah gembira, dan bahawa “tidak ada jalan atau cara lain diberikan di kolong langit yang melaluinya manusia dapat diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan” (2 Nefi 31:21).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Yesus Kristus dan ajaran-Nya adalah satu-satunya jalan ke kehidupan abadi.
Jika anda perlu meringkaskan jalan ke kehidupan abadi dalam beberapa perkataan, apa yang akan anda katakan? Nefi, dengan ciri-ciri sederhana dan mudah, membuatnya dalam cara ini: iman dalam Kristus, pertaubatan, pembaptisan, menerima kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir. Selepas anda mengkaji pengajaran Nefi dalam 2 Nefi 31–32, pertimbangkan bagaimana anda akan menjelaskan mereka kepada seseorang dalam kata-kata anda sendiri. Fikirkan tentang bagaimana pengajaran ini telah memberkati anda. Anda mungkin mempertimbangkan pengajaran Nefi dalam 2 Nefi 31:18–20 dan menilai usaha anda sendiri untuk “maju terus” sepanjang jalan injil.
Lihat juga 3 Nefi 11:32–39; 27:13–22; D. Todd Christofferson, “The Doctrine of Christ,” Ensign atau Liahona, Mei 2012, 86–90; Brian K. Ashton, “The Doctrine of Christ,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 106–9.
Yesus Kristus menunjukkan satu contoh kepatuhan yang sempurna ketika Dia dibaptiskan.
Sama ada pembaptisan anda berlaku semalam atau 80 tahun yang lalu, ia adalah satu waktu yang sangat penting—anda memasuki satu perjanjian abadi untuk mengikuti Yesus Kristus. Fikirkan tentang pembaptisan anda apabila anda membaca tentang pembaptisan Juruselamat dalam 2 Nefi 31:4–13. Mengapa Juruselamat dibaptiskan? Bagaimana sebab-sebab Dia dibaptiskan serupa dengan sebab-sebab anda dibaptiskan? Apa yang anda sedang buat hari ini untuk terus mengikuti contoh kepatuhan Juruselamat?
Tatacara sakramen adalah peluang mingguan anda untuk bertekad kembali mengikuti Yesus Kristus. Lain kali anda mengambil sakramen, pertimbangkan untuk membaca 2 Nefi 31:13 dan merenungkan keazaman anda untuk “mengikuti Putera, dengan maksud hati sepenuhnya” dan kerelaan anda “mengambil ke atas dirimu nama Kristus.”
Roh Kudus akan menunjukkan kepadaku apa yang perlu dilakukan.
Jika pembaptisan dan penetapan adalah “gerbang yang melaluinya hendaknya [kita] masuk” lorong sempit dan kecil (2 Nefi 31:17), apa yang kita akan lakukan apabila kita berada dalam lorong itu? Itulah yang orang Nefi tertanya-tanya (lihat 2 Nefi 32:1). Apakah jawapan Nefi dalam 2 Nefi 31:19–20 dan bab 32? Apakah jawapan yang anda cari untuk diri sendiri?
Lihat juga David A. Bednar, “Receive the Holy Ghost,” Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 94–97.
Kitab Mormon memujuk semua untuk mempercayai Kristus.
Dalam 2 Nefi 33, ketika Nefi mengakhiri catatannya, dia menjelaskan sebab-sebab mengapa dia menulis pada permulaannya. Apakah sebab-sebab yang anda dapati dalam bab ini? Fikirkan tentang apa yang anda telah baca setakat ini dalam 1 Nefi dan 2 Nefi dan nota yang anda telah ambil. Bagaimana cerita-cerita dan pengajaran ini menunaikan tujuan Nefi untuk anda? Sebagai contoh, bagaimana mereka telah memujuk anda untuk “percaya kepada [Kristus], dan bertahan sampai akhir”? (ayat 4). Pertimbangkan untuk mencatatkan pengalaman ini atau berkongsi dengan seorang ahli keluarga atau kawan.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
2 Nefi 31:5–13
Adakah terdapat ahli keluarga yang sedang bersedia untuk pembaptisan, atau telah dibaptiskan baru-baru ini? Mereka boleh berkongsi mengapa mereka membuat keputusan untuk dibaptiskan. Menurut pengajaran Nefi, apakah sebab-sebab kita perlu dibaptiskan? Apakah beberapa berkat yang kita terima apabila kita dibaptiskan?
2 Nefi 31:17–21
Bagaimana anda boleh membantu keluarga anda memahami analogi Nefi tentang “lorong sempit dan kecil”? (2 Nefi 31:18). Sebagai contoh, anda boleh bekerja bersama untuk melukis satu gambar lorong yang digambarkan oleh Nefi dalam 2 Nefi 31:17–21, dan melabelkan dengan perkara-perkara yang kita mesti lakukan untuk memasuki lorong dan terus maju ke hadapan. Bagaimanakah Juruselamat membantu kita maju di sepanjang jalan?
2 Nefi 31:20
Jika anda mahu membantu keluarga anda lebih memahami bagaimana bertahan sampai ke akhir, halaman 6 dalam Mengkhutbahkan Injil-Ku mempunyai satu definisi baik; begitu juga dengan pesanan Elder Dale G. Renlund “Latter-day Saints Keep on Trying” (Ensign atau Liahona, Mei 2015, 56–58).
2 Nefi 32:8–9
Untuk membantu ahli keluarga memahami bahawa kita boleh “berdoa selalu,” anda boleh membuat satu senarai keadaan di mana kita boleh berdoa (atau melukis gambar-gambar untuk mewakili mereka). Kemudian keluarga anda boleh menyanyi lagu yang mengajar tentang doa, seperti “Seb’lum Kau Tinggalkan Rumah?” (Nyanyian Rohani, no. 55), dan menggantikan beberapa perkataan dalam lagu dengan perkataan dari senarai mereka. Bagaimana Tuhan memberkati kita apabila kita berdoa selalu?
2 Nefi 33:1–2
Apa yang mungkin menyebabkan orang untuk “mengeraskan hati mereka terhadap Roh Kudus”? Bagaimana kita boleh memastikan Roh Kudus memiliki “tempat dalam [kita]”?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.