Ikutlah Aku
30 Mac–12 April. Easter: “Dia Akan Bangkit … Dengan Penyembuhan Dalam Sayap-Nya”


“30 Mac–12 April. Easter: “Dia Akan Bangkit … Dengan Penyembuhan Dalam Sayap-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“30 Mac–12 April. Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Imej
Yesus yang dibangkitkan bersama Rasul-Rasul-Nya

Christ and the Apostles, oleh Del Parson

30 Mac–12 April

Hari Easter

“Dia Akan Bangkit … Dengan Penyembuhan Dalam Sayap-Nya”

Dalam beberapa hari sebelum hari Paskah Ahad, pertimbangkan untuk memfokuskan kajian peribadi dan pengkajian tulisan suci sekeluarga ke atas kesaksian berkuasa Kitab Mormon tentang kehidupan, kematian, Kebangkitan, dan kuasa menebus Yesus Kristus.

Mencatat Tanggapan Anda

Rasul-rasul dahulu amat berani dalam kesaksian mereka tentang Yesus Kristus dan Kebangkitan-Nya. Berjuta-juta percaya dalam Yesus Kristus dan berusaha untuk mengikut-Nya kerana ayat mereka yang dicatat dalam Alkitab. Tetapi ada beberapa yang tertanya-tanya, jika Yesus Kristus ialah Juruselamat seluruh dunia, jadi kenapa saksi mata Dia hanya terhad kepada satu rantau yang tertumpu?

Kitab Mormon berdiri sebagai satu saksi tambahan yang meyakinkan bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dunia, “menyatakan diri-Nya kepada semua bangsa” (halaman judul Kitab Mormon) dan menawarkan penyelamatan kepada semua yang datang kepada-Nya. Tambahan pula, kesaksian kedua ini menjelaskan apa erti penyelamatan, Ini adalah kenapa Nefi, Yakub, Mormon, dan semua nabi “bekerja dengan tekun untuk mengukirkan kata-kata ini di atas kepingan-kepingan”— untuk mengisytiharkan kepada generasi masa depan bahawa mereka juga “kita tahu tentang Kristus, dan … memiliki suatu harapan akan kemuliaan-Nya” (Yakub 4:3–4). Pada musim Easter ini, renungkan tentang kesaksian dalam Kitab Mormon bahawa kuasa Korban tebusan Kristus adalah secara universal dan peribadi—menebus seleruh dunia dan menebus anda.

Imej
ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

2 Nefi 9:6–15, 22; Alma 11:41–45; 40:21–23; 3 Nefi 26:4–5

Kerana Kebangkitan Yesus Kristus, semua orang akan dibangkitkan.

Ia adalah tradisi untuk merenungkan tentang Kebangkitan Yesus Kristus, tetapi apa sebenarnya erti untuk dibangkitkan? Pandangan apa yang Kitab Mormon beri tentang kebangkitan? Mungkin sebahagian daripada perayaan Easter anda, anda boleh menyenaraikan kebenaran tentang kebangkitan yang anda cari dalam 2 Nefi 9:6–15, 22; Alma 11:41–45; 40:21–23; dan 3 Nefi 26:4–5. Anda juga boleh mencatat mengapa anda rasa ia penting untuk mengetahui kebenaran ini.

Anda mungkin sedar bahawa kebenaran tentang Kebangkitan sering kali diajar dengan kebenaran tentang Penghakiman Terakhir. Renungkan apa yang perkara itu ajar anda tentang kepentingan Kebangkitan dalam rancangan keselamatan.

Lihat juga Luke 24:36–43; Acts 24:15; 1 Corinthians 15:12–23.

Mosia 3:7; 15:5–9; Alma 7:11–13

Yesus Kristus mengambil ke atas diri-Nya semua dosa, kesakitan dan kelemahan saya.

Alkitab dengan jelas mengajar bahawa Yesus Kristus menebus dosa kita. Tetapi Kitab Mormon meluaskan pemahaman kita tentang korban dan penderitaan Kristus dalam cara yang penting. Anda boleh mencari beberapa ajaran-ajaran ini dalam Mosia 3:7; 15:5–9; dan Alma 7:11–13. Selepas anda membaca petikan tersebut, pertimbangkan untuk mencatat apa yang anda cari dalam satu carta seperti ini:

Apa yang Juruselamat derita?

Mengapa Dia menderita?

Apakah erti ini untuk saya?

Apa yang Juruselamat derita?

Mengapa Dia menderita?

Apakah erti ini untuk saya?

Lihat juga Yesaya 53; Ibrani 4:14–16.

Imej
Kristus berdoa di dalam Taman Getsemani

Gethsemane, oleh Michael T. Malm

Mosia 5:1–2; 27:8–28; Alma 15:3–12; 24:7–19

Korban tebusan Yesus Kristus membersihkan saya dan tolong menyempurnakan saya.

Ia boleh dikatakan bahawa Kitab Mormon kebanyakannya ialah laporan tentang orang ramai yang berubah kerana Korban tebusan Yesus Kristus. Sebenarnya, beberapa orang ini melakukan dosa yang menyedihkan dan juga musuh orang Tuhan sebelum kuasa Juruselamat melakukan perubahan hebat mengikut iman mereka terhadap-Nya. Anda boleh membaca beberapa pengalaman ini dalam Mosia 5:1–2; 27:8–28; dan Alma 15:3–12; 24:7–19; anda boleh fikirkan contoh yang lain untuk belajar juga, Apa yang anda sedar tentang kesamaan dalam pengalaman ini? Perbezaan apa yang anda sedar? Apa yang laporan ini mengajar anda tentang bagaimana Korban tebusan Juruselamat boleh mengubah anda?

Lihat juga Alma 5:6–14; 13:11–12; 18; 19:1–16; 22:1–26; 36:16–21; Eter 12:27; Moroni 10:32–33.

Imej
ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda menyambut Hari Easter bersama keluarga anda, cari untuk cara untuk belajar bersama tentang Juruselamat dan Korban tebusan-Nya, termasuk Kebangkitan. Berikut ialah beberapa idea.

3 Nefi 1117

Beberapa keluarga telah mendapati bahawa mempelajari tentang laporan kunjungan Juruselamat yang dibangkitkan ke Benua Amerika amat bererti pada musim Easter. Galakkan keluarga untuk membayangkan bagaimana ia mungkin rasa untuk merasa luka-Nya (lihat 3 Nefi 11:14–15) atau menjadi salah seorang daripada kanak-kanak yang Dia berkati. (lihat 3 Nefi 17:21). Bagaimana laporan ini mendalamkan kesyukuran kita untuk Kebangkitan Juruselamat? Satu lukisan yang menggambarkan laporan ini mengiringi rangka panduan ini, yang lain boleh di temui di ChurchofJesusChrist.org. Ahli keluarga anda mungkin akan suka melukis gambar apa yang mereka baca.

Pesanan daripada persidangan umum

Di dalam banyak bahagian dunia ini, persidangan umum April tahun ini akan berlaku seminggu sebelum Easter. Mungkin mendengar pesanan persidangan boleh menolong keluarga anda untuk fokus kepada Juruselamat pada Easter ini. Contohnya, anda boleh menjemput ahli keluarga untuk mendengar pesanan persidangan yang bersaksi tentang Yesus Kristus dan Kebangkitan-Nya—terutamanya daripada Rasul-rasul, yang merupakan saksi khas Yesus Kristus. Kemudian anda boleh kaji semula pesanan ini bersama dan mengenalpasti ajaran-ajaran yang menguatkan kesaksian anda dalam Juruselamat.

Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul

Sebagai satu keluarga, baca “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” (Ensign atau Liahona, Mei 2017, di dalam kulit hadapan; lihat juga ChurchofJesusChrist.org) dan jemput setiap ahli keluarga untuk membaca pesanan Easter daripada kesaksian ini untuk berkongsi dengan orang lain. Contohnya, anda boleh membuat poster untuk dipaparkan pada media sosial, di depan pintu, atau pada tingkap.

Video: Special Witnesses of Christ

ChurchofJesusChrist.org dan the aplikasi Gospel Library mempunyai satu siri video yang dipanggil Special Witnesses of Christ. Ia termasuk video setiap ahli Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul memberi kesaksian mereka tentang Yesus Kristus. Keluarga anda boleh menonton satu atau lebih daripada satu video ini dan bincangkan apa yang ia ajar kita tentang apa yang Juruselamat telah lakukan untuk kita.

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Melayani injil Yesus Kristus. Perkara paling penting yang anda boleh lakukan sebagai seorang ibu bapa ialah untuk menjalani injil dengan seluruh hati anda. Ini adalah cara paling bagus untuk melayakkan diri untuk persahabatan Roh Kudus. Anda tidak perlu menjadi sempurna, cuma dengan tekun cuba untuk melakukan yang terbaik dan mencari keampunan melalui Korban tebusan Juruselamat. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 13–14.)

Imej
Kristus bersama bangsa Nefi

Ilustrasi Christ with the Nephites oleh Ben Sowards

Cetak