Ikutlah Aku
30 Mac–12 April. Hari Easter: “Dia Akan Bangkit … dengan Penyembuhan dalam Sayap-Nya”


“30 Mac–12 April. Hari Easterr: ‘Dia Akan Bangkit … dengan Penyembuhan dalam Sayap-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“30 Mac–12 April. Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Kristus yang bangkit dengan para Rasul-Nya

Christ and the Apostles, oleh Del Parson

30 Mac–12 April

Hari Easter

“Dia Akan Bangkit … dengan Penyembuhan dalam Sayap-Nya”

Semasa anda membaca tulisan suci yang dicadangkan di sini dan di dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, Roh akan membantu anda mengetahui apa yang perlu ditumpukan untuk membantu kanak-kanak merasakan kasih Juruselamat pada hari Ahad Easter.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Bercakap dengan kanak-kanak mengenai perkara yang anda lakukan untuk mengingati Juruselamat pada Hari Easter. Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka lakukan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Nefi 11:27; Mosia 3:5; 15:7; Helaman 14:16–17

Nabi-nabi Kitab Mormon tahu bahawa Yesus Kristus akan datang.

Mempelajari apa yang diajarkan oleh para nabi di dalam Kitab Mormon mengenai misi Yesus Kristus dan pelayanan duniawi-Nya dapat membantu menguatkan iman kanak-kanak kepada-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar Juruselamat dibaptiskan, menyembuhkan orang lain, disalibkan, dan sebagai makhluk yang bangkit (lihat halaman aktiviti minggu ini atau Buku Seni Injil, no. 35, 41, 5759). Minta kanak-kanak memberitahu anda apa yang berlaku dalam setiap gambar. Jelaskan bahawa bertahun-tahun sebelum Yesus datang ke bumi, Tuhan mengungkapkan kepada nabi-nabi dalam Kitab Mormon bahawa Dia akan melakukan perkara-perkara ini. Baca 1 Nefi 11:27; Mosia 3:5; 15:7; dan Helaman 14:16–17, dan bantu kanak-kanak menyesuaikan tulisan suci ini dengan gambar-gambar yang sepadan.

  • Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti pada halaman aktiviti minggu ini, cakap tentang nabi yang digambarkan dan apa yang mereka ajar tentang Yesus Kristus. Kongsi bersama kanak-kanak beberapa perkara yang menakjubkan yang telah dilakukan Yesus untuk kita.

3 Nefi 11:1–17

Yesus Kristus telah bangkit.

Ajar kanak-kanak bahawa selain orang yang melihat Juruselamat yang bangkit di Yerusalem, beribu-ribu orang melihat Dia ketika Dia muncul di Benua Amerika.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar kematian dan Kebangkitan Juruselamat. Tanya kanak-kanak apa yang mereka tahu tentang peristiwa-peristiwa ini. Jika diperlukan, guna “Bab 53: Yesus Disalibkan” dan “Bab 54: Yesus Bangkit” (Kisah-kisah Perjanjian Baru, 136–38, 139–44, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org) untuk memberitahu kanak-kanak cerita ini.

  • Guna gambar-gambar dari Buku Seni Injil atau Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, beritahu kanak-kanak tentang kunjungan Juruselamat yang bangkit ke Benua Amerika, seperti yang dijelaskan di dalam 3 Nefi 11:1–17. Ulangi cerita beberapa kali, jemput kanak-kanak untuk membantu anda. Tekankan butiran yang anda rasa akan menjadi bermakna kepada kanak-kanak. Khususnya, menekankan bahawa walaupun Yesus telah mati di salib, orang dapat melihat bahawa Dia sekarang dibangkitkan. Biarkan kanak-kanak bergilir menceritakan cerita dengan kata-kata mereka sendiri.

  • Nyanyi bersama ayat terakhir dalam “Kisah Kitab Mormon” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 62–63). Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar sesuatu yang digambarkan oleh lagu. Kemudian minta kanak-kanak untuk berkongsi lukisan mereka dan apa yang mereka fikir perasaan mereka jika mereka berada di sana ketika Yesus mengunjung bangsa Nefi.

Mosia 3:7; Alma 7:11–12

Yesus Kristus tahu bagaimana untuk menghibur saya.

Kerana Yesus Kristus menderita “kesakitan dan penyakit umat-Nya” (Alma 7:11), Dia tahu bagaimana perasaan kita, walaupun tidak ada orang lain faham.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak beberapa baris pertama Mosia 3:7, dan jemput mereka untuk berpura-pura rasa mereka “sakit … , kelaparan, kehausan, dan keletihan.” Minta mereka untuk berkongsi masa apabila mereka merasakan perkara ini. Kemudian beritahu kanak-kanak bahawa ayat ini menerangkan beberapa perkara yang dirasakan oleh Yesus Kristus ketika Dia menderita di Taman Getsemani. Kerana ini, Dia tahu bagaimana untuk membantu kita apabila kita merasakan perkara ini.

  • Baca Alma 7:11 dengan kuat, dan tanya kanak-kanak jika mereka tahu seseorang yang sakit atau dalam kesakitan. Bersaksi bahawa Yesus Kristus merasakan semua “kesakitan dan penyakit” kita supaya Dia dapat memahami bagaimana untuk menghibur kita (Alma 7:12).

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

2 Nefi 9:10–15; Alma 11:41–45; 40:21–23

Kerana Yesus Kristus dibangkitkan, saya akan dibangkitkan juga.

Kitab Mormon dengan jelas menggambarkan apakah ertinya kebangkitan dan siapa yang akan dibangkitkan. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak menemui kebenaran ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak memberitahu anda apa yang mereka tahu mengenai kematian dan Kebangkitan Yesus Kristus. Tulis pada papan tulis soalan seperti Apakah maksudnya untuk dibangkitkan? dan Siapakah yang akan dibangkitkan? Bantu kanak-kanak mencari jawapan dalam 2 Nefi 9:10–15; Alma 11:41–45; dan Alma 40:21–23 dan berkongsi dengan kelas apa yang mereka temui.

  • Beritahu kanak-kanak tentang seseorang yang anda kenal yang telah meninggal dunia. Minta mereka untuk berpura-pura bahawa anda tidak tahu mengenai Kebangkitan. Bagaimana mereka dapat membantu anda memahami apakah kebangkitan? Galakkan mereka untuk menggunakan 2 Nefi 9:10–15; Alma 11:41–45; atau Alma 40:21–23 untuk mengajar anda tentang kebangkitan. Jemput mereka untuk memberi kesaksian tentang Kebangkitan Juruselamat sebagai sebahagian dari jawapan mereka.

Kristus berdoa di Taman Getsemani

Gethsemane, oleh Michael T. Malm

Enos 1:2–8; Mosia 27:8–24; Alma 13:11–12; 24:7–19

Korban tebusan Yesus Kristus membersihkan saya dan mengubah saya.

Kitab Mormon memberikan banyak contoh orang yang telah berubah kerana Korban tebusan Juruselamat. Pertimbangkan bagaimana pengalaman ini dapat mengilhami kanak-kanak untuk bertaubat dan berpaling kepada Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak baju putih yang bersih dan baju putih yang kotor. Baca bersama Alma 13:11–12. Bagaimanakah orang dibersihkan dari dosa mereka? Bagaimanakah ini membuatkan mereka rasa tentang dosa? Bercakap tentang perasaan anda ketika anda bertaubat dan menerima keampunan, dan berikan kesaksian anda tentang kuasa Juruselamat untuk membersihkan kita dari dosa.

  • Jemput kanak-kanak memilih salah satu daripada orang berikut untuk dikaji: Enos (lihat Enos 1:2–8), Alma yang Muda (lihat Mosia 27:8–24), atau orang Anti-Nefi-Lehi (lihat Alma 24:7–19). Semasa anda membaca cerita bersama-sama, jemput kanak-kanak untuk melihat bagaimana orang atau kumpulan ini berubah kerana Korban tebusan Yesus Kristus. Bagaimanakah kita dapat mengikuti contoh orang-orang ini?

Mosia 3:7; 15:5; Alma 7:11

Yesus Kristus telah mengambil ke atas diri-Nya dosa, kesakitan, dan penyakit saya.

Sebagai tambahan kepada penderitaan untuk dosa-dosa kita, Juruselamat juga menderita kesakitan, penyakit, dan kelemahan lain sehingga Dia tahu bagaimana untuk menghibur kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tugaskan setiap kanak-kanak untuk mencari salah satu ayat berikut untuk mencari apa yang Yesus derita: Mosia 3:7; Mosia 15:5; atau Alma 7:11. Jemput mereka untuk menyenaraikan pada papan tulis apa yang mereka dapati dan fikirkan masa apabila mereka merasakan beberapa perkara ini. Menurut Alma 7:12, mengapa Yesus menderita semua ini? Mengapa ia penting untuk mengetahui Dia menderita perkara-perkara ini untuk kita?

  • Nyanyi bersama Nyanyian Rohani tentang Juruselamat, seperti “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 53). Jemput kanak-kanak untuk mencari Nyanyian Rohani untuk frasa yang menggambarkan bagaimana Juruselamat menghibur kita, dan bercakap tentang mengapa frasa-frasa ini bermakna bagi mereka. Kongsi perasaan anda tentang Yesus Kristus, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak mencari seseorang minggu ini yang memerlukan penghiburan. Galakkan mereka untuk berkongsi dengan orang ini apa yang mereka pelajari tentang Juruselamat yang mengambil ke atas diri-Nya kesakitan kita sehingga Dia dapat menghibur kita.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jemput Perkongsian. Tanyakan kepada kanak-kanak tentang fikiran, perasaan dan pengalaman mereka. Anda akan mendapati bahawa mereka sering mempunyai pandangan yang sederhana namun mendalam.