“20–26 April. Mosia 4–6: ‘Perubahan yang Hebat,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)
“20–26 April. Mosia 4–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020
20–26 April
Mosia 4–6
“Perubahan yang Hebat”
Ajaran Raja Benyamin manakah dalam Mosia 4–6 akan membantu kanak-kanak yang anda ajar mula mengalami “perubahan yang hebat” (Mosiah 5:2) dalam hati mereka? Catatkan tanggapan anda ketika anda mencari bimbingan dengan berdoa.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Tulis nama setiap kanak-kanak di kelas anda pada jalur kertas, dan letakkannya dalam bekas. Apabila anda menarik setiap nama dari bekas, jemput kanak-kanak itu untuk berkongsi sesuatu yang mereka ingat dari pelajaran minggu lalu atau sesuatu yang mereka pelajari dari Mosia 4–6 di rumah pada minggu ini.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Pertaubatan membawa kegembiraan.
Bantu kanak-kanak belajar tentang kurnia pertaubatan yang menakjubkan yang tersedia kerana Korban tebusan Yesus Kristus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Guna Mosia 4:1–3 dan 10 untuk mengajar kanak-kanak apa yang dimaksudkan untuk bertaubat. Contohnya, bantu mereka untuk mengetahui bahawa rakyat Raja Benyamin rasa bersalah tentang dosa-dosa mereka dan meminta keampunan (ayat 1–2), dan Raja Benyamin memberitahu mereka untuk meninggalkan (atau berhenti melakukan) dosa-dosa mereka (ayat 10). Baca ayat 3 kepada mereka, dan tanya bagaimana perasaan orang apabila mereka bertaubat.
-
Tanya kanak-kanak bagaimana rasanya apabila pakaian kita kotor. Bagaimana perasaan kita apabila kita menjadi bersih lagi? Jelaskan bahawa seperti mencuci pakaian yang kotor, kita boleh bertaubat apabila kita membuat kesilapan. Tunjukkan gambar Yesus Kristus, dan bersaksi bahawa Dia mempunyai kuasa untuk menghapuskan dosa-dosa kita dan menjadikan kita bersih lagi jika kita bertaubat. Nyanyi bersama rangkap kedua “Bapa Kumohon PertolonganMu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 52). Tanya kanak-kanak apakah yang diajar oleh lagu tentang pertaubatan.
Saya harus melayani orang lain dengan kasih sayang dan kebaikan.
Bagaimana anda boleh menggunakan Mosia 4:13–26 untuk mengajar kanak-kanak “saling mengasihi, dan untuk saling melayani”? (ayat 15).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Lukiskan hati kecil di papan tulis. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cara mereka boleh menjadi baik kepada orang lain. Setiap kali mereka berkongsi, padamkan hati itu dan lukis yang lebih besar. Bersaksi bahawa kasih kita kepada orang lain akan bertumbuh apabila kita baik kepada mereka. Berikan hati kertas kepada kanak-kanak, dan jemput mereka untuk melukis pada hati tentang cara mereka dapat menunjukkan kasih dan bersikap baik hati.
-
Bantu kanak-kanak membuat tindakan yang perlu dilakukan ketika mereka menyanyikan lagu tentang mengasihi orang lain, seperti “Kasihilah Sesama” atau “Saling Mengasihi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 39, 74).
Apabila saya membuat perjanjian dengan Tuhan, saya mengambil nama Kristus ke atas diri saya.
Renungkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar bersedia untuk membuat perjanjian pembaptisan dengan Tuhan dan untuk “disebut anak-anak Kristus” (Mosia 5:7).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak membuat lencana yang memaparkan nama “Yesus Kristus” dan lekatkannya ke baju mereka di atas hati mereka (lihat halaman aktiviti minggu ini). Jelaskan bahawa Raja Benyamin mengajarkan rakyatnya bahawa apabila kita membuat perjanjian, atau berjanji, dengan Tuhan, itu seperti memiliki nama Kristus “tertulis selalu dalam hati [kita]” (Mosia 5:12). Apakah yang kita janji untuk lakukan apabila kita dibaptiskan dan mengambil sakramen? (lihat Mosia 5:8; A&P 20:37, 77, 79).
-
Tanya kanak-kanak apa yang mereka akan lakukan untuk menjadi kawan dengan seseorang (contohnya, bercakap dengan mereka, melakukan perkara dengan mereka, dan luangkan masa dengan mereka). Baca Mosia 5:13 kepada kanak-kanak. Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengenali Yesus Kristus dengan lebih baik supaya Dia bukan “orang asing” kepada kita?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya boleh bertaubat.
Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak memahami apa yang dimaksudkan untuk bertaubat? Ayat manakah dalam Mosia 4:1–11 yang anda rasa akan membantu mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tulis perkataan keampunan di papan tulis. Baca bersama Mosia 4:1–3, dan minta kanak-kanak mencari perkataan dalam ayat 3 yang menggambarkan berkat-berkat yang datang ketika kita bertaubat dan menerima keampunan.
-
Minta kanak-kanak menamakan perkara yang kita perlu lakukan untuk bertaubat secara penuh dan ikhlas. Bantu mereka mencari beberapa perkara ini dalam Mosia 4:10, dan bincangkan maksud perkataan dan frasa yang dijumpai dalam ayat tersebut. Kongsi satu cerita yang menggambarkan pertaubatan, mungkin dari kehidupan anda sendiri atau dari majalah Gereja baru-baru ini.
-
Bantu kanak-kanak mencari perkataan dalam Mosia 4:6, 9, dan 11 yang menggambarkan Bapa Syurgawi. Mengapakah ia penting untuk memahami siapakah Bapa Syurgawi ketika kita perlu bertaubat? Kongsi kesaksian anda tentang bagaimana anda merasakan kasih Tuhan ketika anda telah bertaubat.
Injil mengilhami saya untuk melayani orang lain dengan kasih dan kebaikan.
Raja Benyamin mengajar bahawa apabila kita datang kepada Kristus dan menerima pengampunan dosa kita, kita “dipenuhi dengan kasih Tuhan” (Mosia 4:12), yang membuat kita menjadi penyayang dan berbaik hati kepada orang lain.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak mencari Mosia 4:13–16, 26 dan mengenal pasti frasa yang menggambarkan bagaimana kita dapat melayani orang lain. Jemput mereka untuk melakonkan atau lukis gambar perkara-perkara ini, dan biarkan kanak-kanak lain meneka frasa itu. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan kasih dan kebaikan di rumah, di sekolah, atau di gereja?
-
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman di mana mereka mengasihi atau melayani seseorang dan bagaimana perasaan mereka tentang pengalaman itu. Apakah sebab-sebab tertentu orang tidak mahu melayani orang lain? Tanya kanak-kanak apa yang mereka akan katakan kepada seseorang untuk meyakinkan mereka untuk membantu orang yang memerlukan. Mereka boleh mencari idea dalam Mosia 4:16–26.
Apabila saya dibaptis dan mengambil sakramen, saya mengambil nama Kristus ke atas diri saya.
Ramai kanak-kanak yang anda ajar mungkin telah dibaptiskan dan memperbaharui perjanjian mereka melalui sakramen. Ingatkan mereka bahawa bahagian penting dari perjanjian pembaptisan mereka adalah untuk mengambil nama Yesus Kristus ke atas diri mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Lukis bulatan di papan tulis, dan letakkan gambar Yesus Kristus di tengah bulatan. Jemput kanak-kanak melukis gambar diri mereka semasa anda membaca Mosia 5:8 bersama. Apakah yang dikatakan oleh ayat ini tentang apa kita harus ambil ke atas diri kita? Apakah yang telah kita “masuk ke dalam”? Jemput kanak-kanak untuk menulis nama Kristus pada gambar diri mereka dan letakkan gambar-gambar dalam bulatan dengan Juruselamat. Apakah perjanjian yang kita buat apabila kita dibaptiskan dan mengambil sakramen? (lihat Mosia 18:8–9; A&P 20:77, 79).
-
Bercakap kepada kanak-kanak tentang mengapa orang meletakkan nama mereka pada perkara, seperti tugasan sekolah, pakaian sukan, dan sebagainya (lihat Mosia 5:14–15). Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita mempunyai nama Kristus “ditulis selalu di dalam hati [kita]”? (Mosia 5:12).
-
Jemput seorang remaja putera atau remaja puteri dari bahagian untuk melawat kelas anda dan menerangkan perjanjian yang kita memperbaharui dengan mengambil bahagian dalam sakramen. Bacalah doa sakramen dalam Ajaran dan Perjanjian 20:77 dan 79 dengan kanak-kanak, menjemput mereka untuk mencari frasa yang menggambarkan apa yang kita janji untuk lakukan dan apa yang dijanjikan Tuhan kepada kita sebagai balasannya
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk melukis sesuatu yang mereka pelajari hari ini dan gunakan lukisan mereka untuk mengajar keluarga mereka.