Ikutlah Aku
13–19 April. Mosia 1–3: “Dipenuhi dengan Kasih terhadap Tuhan dan Semua Manusia”


“13–19 April. Mosia 1–3: ‘Dipenuhi dengan Kasih terhadap Tuhan dan Semua Manusia.,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“13–19 April. Mosia 1–3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Raja Benjamin mengajar rakyatnya

Minerva K. Teichert (1888–1976), King Benjamin’s Farewell Address, 1935, oil on masonite, 36 x 48 inches. Muzium Kesenian Brigham Young University

13–19 April

Mosia 1–3

“Dipenuhi dengan Kasih terhadap Tuhan dan Semua Manusia”

Apabila anda membaca Mosia 1–3, berdoa untuk mengetahui bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami kebenaran penting yang diajar oleh Raja Benyamin. Catatkan tanggapan yang datang kepada anda daripada Roh Kudus.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar Raja Benyamin mengajar, yang terdapat dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu mengenai gambar ini.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Mosia 2–3

Ketika saya melayani orang lain, saya juga melayani Tuhan.

Apakah yang anda akan lakukan untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa melayani orang lain juga merupakan cara untuk melayani Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Biarkan kanak-kanak bergilir memakai mahkota (halaman aktiviti minggu ini mempunyai contoh) dan berdiri di atas kerusi atau bangku untuk berpura-pura menjadi Raja Benyamin. Mereka boleh melakukan ini semasa anda berkongsi beberapa perkara yang telah diajarkan oleh Raja Benyamin kepada rakyatnya Mosia 2–3. Lihat juga “Bab 12: Raja Benyamin” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 32–35, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org.)

  • Jemput kanak-kanak untuk mengulang ayat berikut beberapa perkataan pada satu masa sambil mereka bertepuk setiap suku kata dengan anda: “apabila kamu berada dalam pelayanan sesamamu, kamu semata-mata dalam pelayanan Tuhanmu” (Mosia 2:17). Ulangi ini sehingga kanak-kanak belajar beberapa atau semua perkataan. Berikan kesaksian bahawa apabila kita membantu orang lain, kita juga membantu Bapa Syurgawi dan Yesus serta membuat Mereka gembira. Minta kanak-kanak untuk berkongsi cara mereka dapat membantu orang lain.

  • Bantu kanak-kanak melukis tangan mereka di atas sekeping kertas dan lukis sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk melayani keluarga mereka. Nyanyi bersama tentang pelayanan, seperti “Kami Senang Membantu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 108).

kanak-kanak melipat sekeping kain

Raja Benjamin mengajar bahawa kita boleh melayani Tuhan dengan melayani orang lain.

Mosia 2:19–25

Semua berkat saya datang daripada Bapa Syurgawi.

Ketika kanak-kanak mengenali Tuhan sebagai sumber semua berkat mereka, mereka akan menjadi rendah hati dan bersyukur.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa Raja Benyamin mengajar bahawa semua berkat kita datang daripada Bapa Syurgawi. Jemput kanak-kanak untuk mendengar berkat yang diberikan oleh Bapa Syurgawi kepada kita semasa anda membaca Mosia 2:21. Apakah berkat lain yang diberikan oleh Bapa Syurgawi kepada kita? Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita bersyukur atas perkara-perkara ini? (lihat Mosia 2:22).

  • Main satu permainan di mana kanak-kanak memberi objek ke satu sama lain sambil menyanyikan lagu tentang rasa syukur atau dengar lagu (lihat “Rasa syukur” dalam indeks topik Buku Nyanyian Anak-Anak). Berhenti menyanyi atau hentikan muzik secara berkala, dan jemput sesiapa yang memegang objek untuk berkongsi berkat yang dia rasa bersyukur.

Mosia 3:1–20

Saya percaya kepada Yesus Kristus.

Seorang malaikat memberitahu Raja Benyamin kebenaran penting mengenai kehidupan dan pelayanan Yesus Kristus. Lihat dalam ayat-ayat ini untuk kebenaran tentang Yesus yang anda rasa penting untuk kanak-kanak pelajari.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar beberapa peristiwa yang disebutkan di dalam Mosia 3:5–10 (lihat, contohnya, Buku Seni Injil, no. 30, 41, 42, 5759). Tanya kanak-kanak apakah yang sedang berlaku di dalam gambar, dan bantu mereka jika diperlukan. Baca Mosia 3:5–10 dengan perlahan dan jemput kanak-kanak mengangkat tangan apabila anda membaca sesuatu di salah satu gambar. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perkara-perkara lain yang mereka tahu yang Yesus lakukan ketika Dia berada di bumi.

  • Lukis matahari di bahagian atas papan tulis untuk mewakili syurga. Lukis beberapa jalan yang membawa kepada tempat yang berlainan di sekeliling papan tulis tetapi hanya satu jalan yang menuju ke syurga. Minta kanak-kanak untuk mencari jalan itu dan letakkan gambar Yesus di atasnya. Baca Mosia 3:17, dan bersaksi bahawa mengikuti Yesus Kristus adalah satu-satunya cara untuk kembali kepada Bapa Syurgawi.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Mosia 2:11–18

Ketika saya melayani orang lain, saya juga melayani Tuhan.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak belajar dari contoh pelayanan Raja Benyamin?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar Raja Benyamin mengajar rakyatnya (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga atau Buku Seni Injil, no. 74). Bantu kanak-kanak mencari Mosia 2:11–18 untuk mengetahui apakah yang dilakukan oleh Raja Benyamin untuk melayani. Mengapakah dia melayani rakyatnya? Mengapakah kita perlu saling melayani?

  • Tulis di papan tulis frasa dari Mosia 2:16–17 dengan beberapa perkataan yang hilang. Jemput kanak-kanak untuk melihat tulisan suci untuk kata-kata yang hilang. Minta mereka untuk menerangkan apakah maksud ayat-ayat ini kepada mereka. Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman apabila orang lain telah melayani mereka atau mereka telah melayani orang lain. Bagaimanakah pengalaman ini membuat mereka rasa?

  • Berikan kanak-kanak jalur kertas untuk menulis cara mereka boleh melayani ahli keluarga mereka, dan berikan setiap kanak-kanak beg untuk meletakkan kertas itu. Galakkan kanak-kanak untuk memilih jalur kertas dari beg setiap hari dan lakukan tindakan itu untuk seseorang.

Mosia 2:15–25

Saya tidak boleh bercakap besar tentang pelayanan dan kerja-kerja yang baik saya.

Fikirkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa pelayanan kita harus diilhami oleh kasih kita kepada orang lain dan untuk Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka akan memberi definisi perkataan bercakap besar, atau membantu mereka mencari definisi dalam kamus. Bantu mereka mencari Mosia 2:15–24, mencari sebab-sebab kenapa Raja Benyamin tidak bercakap besar tentang pelayanannya kepada orang lain. Mengapakah kita perlu melayani orang lain? Setelah kanak-kanak berkongsi idea mereka, bantu mereka memahami bahawa kita harus berusaha untuk melayani orang lain kerana kita mengasihi mereka dan Tuhan, bukan supaya kita akan kelihatan baik kepada orang lain.

  • Minta kanak-kanak berkongsi situasi di mana seseorang mungkin berbangga atau bercakap besar tentang sesuatu. Mengapakah ia salah untuk bercakap besar keadaan tersebut? Jemput mereka untuk menggunakan nasihat dari ucapan Raja Benyamin dalam Mosia 2:15–24 untuk membantu mereka dengan jawapan mereka.

Mosia 3:19

Yesus Kristus membersihkan saya dari dosa dan membantu saya menjadi orang suci.

Untuk menjadi seperti Bapa Syurgawi kita, kita memerlukan lebih dari pembersihan dari dosa kita—hati kita mesti berubah. Seperti yang diajar oleh Raja Benyamin, kita perlu mengatasi keinginan berdosa kita dan menjadi orang suci melalui Korban tebusan Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukis dua orang di papan tulis, satu untuk mewakili “manusia alamiah” dan yang lain untuk mewakili “orang suci.” (Anda mungkin perlu memberi definisi istilah ini.) Baca bersama Mosia 3:19, dan menjemput kanak-kanak untuk mencari perubahan yang perlu dibuat oleh manusia alamiah untuk menjadi orang suci. Apakah kata dan frasa lain yang mungkin kanak-kanak perlu bantuan untuk memahami?

  • Adakah kanak-kanak yang anda ajar pernah membantu ibu bapa mereka menyediakan makanan menggunakan resipi? Jika ya, anda boleh menjemput mereka untuk menggunakan Mosia 3:19 untuk menghasilkan “resipi” untuk bagaimana kita boleh menjadi seperti Yesus Kristus. Mengapakah Korban Tebusan Yesus Kristus adalah “ramuan” yang paling penting?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk berkongsi dengan keluarga atau kawan mereka bagaimana mereka akan mengikuti contoh Raja Benyamin dan melayani orang lain.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak mendapat manfaat dari pengulangan. Jangan takut untuk mengulangi aktiviti berulang kali, terutamanya dengan kanak-kanak yang lebih kecil. Pengulangan akan membantu kanak-kanak mengingati apa yang mereka pelajari.