“13–19 April. Mosia 1–3: ‘Dipenuhi dengan Kasih terhadap Tuhan dan Semua Manusia,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“13–19 April. Mosia 1–3,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
13–19 April
Mosia 1–3
“Dipenuhi dengan Kasih terhadap Tuhan dan Semua Manusia”
Raja Benyamin telah berikan satu sebab kita mencatatkan tanggapan rohani: “Tidaklah mungkin bahawa bapa kita, Lehi, dapat mengingat segala hal ini, untuk mengajarkannya kepada anak-anaknya, kecuali dengan bantuan kepingan-kepingan ini” (Mosia 1:4).
Mencatat Tanggapan Anda
Apabila anda mendengar perkataan raja, anda mungkin fikirkan mahkota, istana, hamba, dan takhta. Dalam Mosia 1–3, anda akan baca tentang seorang raja yang berbeza. Daripada hidup bergantung kepada hasil usaha-usaha rakyatnya, Raja Benyamin “telah bekerja dengan tangan [dia] sendiri” (Mosia 2:14). Sebalik membiarkan orang melayan dia, dia telah melayan rakyatnya “dengan segala daya, fikiran dan kekuatan yang [telah] diberikan kepada [dia]” (Mosia 2:11). Raja ini tidak mahu rakyatnya menyembah dia; sebaliknya, dia mengajar mereka untuk menyembah satu Raja yang lebih hebat daripada dia, kerana dia faham bahawa “Tuhan Yang Maha Kuasa yang memerintah” (Mosia 3:5). Seperti semua pemimpin hebat kerajaan Tuhan, kata-kata dan teladan Raja Benyamin merujuk kepada Raja Syurgawi, iaitu Juruselamat, Yesus Kristus. Raja Benyamin bersaksi bahawa Yesus “turun dari syurga” dan pergi “ke kalangan anak-anak manusia, mengerjakan mukjizat-mukjizat yang agung. … Dan tengoklah, Dia datang kepada umat-Nya, agar keselamatan boleh datang kepada anak-anak manusia bahkan melalui iman pada nama-Nya” (Mosia 3:5, 9).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Penerimaan firman Tuhan memerlukan persediaan.
Apabila Raja Benyamin mengutuskan bahawa dia ingin bercakap kepada rakyatnya, sangat ramai orang yang datang “sehingga mereka tidak menghitung mereka” (Mosia 2:2). Mereka datang, sebahagiannya, kerana kesyukuran dan kasih terhadap pemimpin mereka. Tetapi lebih pentingnya, mereka datang untuk diajar firman Tuhan.
Ketika anda membaca Mosia 2:1–9, carikan apa yang rakyat itu lakukan untuk menunjukkan mereka menghayati firman Tuhan. Apakah yang Raja Benyamin suruh mereka lakukan untuk bersedia mendengar firman Tuhan? (lihat ayat 9). Bagaimanakah anda lebih bersedia untuk menerima firman Tuhan dalam pengkajian peribadi dan keluarga dan ketika pertemuan-pertemuan Gereja?
Lihat juga Matius 13:18–23; Alma 16:16–17.
Apabila saya melayan orang, saya juga sedang melayan Tuhan.
Adakah anda susah mencari masa untuk melayan atau inginkan layanan anda membawa lebih kegembiraan? Apakah yang anda fikir Raja Benyamin akan katakan jika anda bertanya dia mengapa dia melayan dengan segala “daya, fikiran dan kekuatan”? (Mosia 2:11). Ketika anda membaca Mosia 2:10–26, cari kebenaran yang diajar oleh Raja Benyamin tentang melayan dan renungkan bagaimana anda boleh gunakannya dalam kehidupan anda. Contohnya, apakah maksudnya bagi anda untuk ketahui bahawa apabila anda melayan orang lain, anda juga melayan Tuhan? (lihat Mosia 2:17). Fikirkan satu cara anda boleh melayan seseorang minggu ini!
Lihat juga Matius 25:40.
Saya boleh mengatasi manusia alamiah dan menjadi orang suci melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.
Raja Benyamin, seperti semua nabi, bersaksikan Yesus Kristus supaya rakyatnya “boleh menerima pengampunan dosa-dosa mereka, dan bersukacita dengan kebahagiaan yang amat besar” (Mosia 3:13). Dia juga mengajar bahawa Juruselamat, melalui Korban Tebusan-Nya, bukan hanya membersihkan kita tetapi juga memberi kita kuasa untuk menentang “manusia alamiah” dan menjadi “orang suci” (Mosia 3:19; lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Manusia Alamiah,” scriptures.ChurchofJesusChirst.org).
Elder David A. Bednar telah menjelaskan: “Korban Tebusan Yesus Kristuslah yang menyediakan kedua-dua kuasa pembersihan dan penebusan yang membantu kita mengatasi dosa dan kuasa pengudusan dan penguatan yang membantu kita menjadi lebih baik daripada dengan hanya bergantung kepada kekuatan sendiri. Korban Tebusan yang tidak terbatas adalah untuk pendosa dan untuk orang suci dalam setiap kita” (“Clean Hands and a Pure Heart,” Ensign atau Liahona, Nov. 2007, 82).
Berikut adalah beberapa soalan untuk direnungkan apabila anda membaca kesaksian Raja Benyamin tentang Juruselamat dalam Mosia 3:1–20:
-
Apakah yang saya pelajari daripada ayat-ayat tersebut berkenaan Juruselamat dan misi-Nya?
-
Bagaimanakah Yesus Kristus membantu saya mengatasi dosa? Bagaimanakah telah Dia membantu mengubah alamiah saya dan menjadi lebih seperti orang suci?
-
Apakah yang telah saya pelajari berkenaan menjadi seorang orang suci dari Mosia 3:19?
Mengapa Raja Benyamin merujuk kepada Yesus sebagai “Bapa langit dan bumi”?
Presiden Joseph F. Smith telah menerangkan: “Yesus Kristus, yang kita juga kenali sebagai Yehovah, merupakan pelaksana Bapa, Elohim, dalam usaha penciptaan. … Yesus Kristus, seorang Pencipta, sentiasa dipanggil Bapa langit dan bumi … ; dan kerana penciptaan-Nya adalah abadi maka sesuailah Dia dipanggil Bapa Abadi langit dan bumi” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph F. Smith [1998], 357).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Mosia 1:1–7
Bagaimanakah kepingan-kepingan loyang dan kepingan-kepingan Nefi memberkat rakyat Raja Benyamin? Bagaimanakah tulisan suci memberkati keluarga kita?
Mosia 2–3
Ia mungkin seronok bagi keluarga anda untuk menciptakan keadaan bagi ucapan Raja Benyamin. Anda boleh membina satu menara kecil dan biarkan ahli-ahli keluarga mengambil giliran membaca kata-kata Raja Benyamin ketika sedang berdiri di situ. Ahli keluarga lain boleh mendengar dari satu khemah sementara.
Mosia 2:9–19
Apakah yang kita belajar tentang layanan daripada ajaran-ajaran dan teladan Raja Benyamin? Apakah yang kita berasa terilham untuk lakukan?
Mosia 2:15–25
Adakah ia akan memanfaatkan keluarga anda untuk mengadakan satu perbincangan tentang kerendahan hati? Mengapakah Raja Benyamin tidak memegahkan segala yang dia telah lakukan? Apakah yang boleh kita belajar daripada ajaran-ajaran dia tentang perhubungan kita dengan Tuhan?
Mosia 2:36–41
Apakah yang Raja Benyamin ajar tentang akibat mengetahui kebenaran tetapi tidak menghidupinya? Apakah yang dia ajar tentang bagaimana untuk memperoleh kegembiraan yang benar?
Mosia 3:19
Apakah yang kita perlukan untuk menjadi orang suci? Apakah ciri daripada ayat ini yang boleh kita tumpu untuk mengembangkan secara sekeluarga?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.