Ikutlah Aku
20–26 April. Mosia 4–6: “Perubahan yang Hebat”


“20–26 April. Mosia 4–6: ‘Perubahan yang Hebat,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“20–26 April. Mosia 4–6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Raja Benyamin mengajar rakyatnya

In the Service of Your God, oleh Walter Rane

20–26 April

Mosia 4–6

“Perubahan yang Hebat”

Apabila anda membaca dan merenung Mosia 4–6, beri perhatian kepada dorongan Roh Kudus. Perkara baik apakah yang anda terinspirasi untuk lakukan? (lihat Mosia 5:2).

Mencatat Tanggapan Anda

Adakah anda pernah mendengar seseorang bercakap dan berasa inspirasi untuk mengubah kehidupan anda? Kerana apa yang anda telah dengar, anda mungkin telah membuat keputusan untuk hidup sedikit berbeza—atau banyak berbeza. Khutbah Raja Benyamin adalah khutbah sebegitu, dan kebenaran yang dia ajar mempunyai kesan sedemikian ke atas rakyat yang mendengarnya. Raja Benyamin berkongsi dengan rakyatnya apa yang malaikat telah mengajarnya—bahawa berkat-berkat hebat adalah mungkin melalui “darah pendamaian Kristus” (Mosia 4:2). Pesanannya mengubah seluruh pandangan tentang diri mereka (lihat Mosia 4:2), mengubahkan keinginan mereka (lihat Mosia 5:2), dan memberi inspirasi kepada mereka untuk membuat suatu perjanjian dengan Tuhan bahawa mereka akan selalu melakukan kehendak-Nya (lihat Mosia 5:5). Inilah bagaimana kata-kata Raja Benyamin mempengaruhi rakyatnya. Bagaimana ia akan mempengaruhi anda?

ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Mosia 4

Melalui Yesus Kristus, saya boleh menerima dan mempertahankan pengampunan dosa-dosa saya.

Mengatasi manusia alami tidak senang. Ia memerlukan usaha besar untuk menjadi “orang suci melalui pendamaian Kristus Tuhan” (Mosia 3:19). Kadangkala, walaupun anda berasa diampunkan untuk dosa-dosa anda, anda mungkin berjuang untuk menyimpan perasaan itu dan tetap dalam perjalanan kesolehan. Raja Benyamin mengajar rakyatnya bagaimana menerima dan mempertahankan pengampunan dosa-dosa dan hidup secara konsisten sebagai seorang orang suci. Apabila anda mengkaji bab 4 of Mosia, anda mungkin bertanya diri soalan-soalan seperti ini:

Ayat 1–12:Berkat apakah yang dibawa oleh pengampunan dosa-dosa kepada rakyat Raja Benyamin? Apakah yang diajar oleh Raja Benyamin untuk membantu mereka mempertahankan pengampunan dosa-dosa mereka? Apakah yang dia ajar tentang bagaimana kita menerima keselamatan? Raja Benyamin berkata kita perlu “selalu menyimpan sebagai ingatan” (ayat 11). Apakah yang anda terinsiprasi untuk lakukan untuk mengingati perkara-perkara ini?

Ayat 12–16:Menurut ayat-ayat ini, apa yang akan berlaku dalam kehidupan kita jika kita melakukan perkara-perkara yang digambarkan dalam ayat 11? Adakah anda pernah mengalami perubahan seperti ini dalam kehidupan anda? Bagaimana mereka berkaitan dengan perubahan yang digambarkan dalam Mosia 3:19?

Ayat 16–30:Bagaimanakah berkongsi dengan yang miskin membantu kita mempertahankan pengampunan dosa-dosa kita? Bagaimanakah anda boleh menggunakan ayat 27 dalam usaha anda untuk menjadi seperti Kristus?

Lihat juga David A. Bednar, “Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 59–62; Dale G. Renlund, “Preserving the Heart’s Mighty Change,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 97–99.

Mosia 5:1–7

Roh Tuhan boleh menyebabkan satu perubahan yang hebat dalam hati saya.

Ia bukan tidak biasa untuk orang berkata, “Saya tidak boleh berubah. Itulah siapa saya.” Sebaliknya, pengalaman rakyat Raja Benyamin menunjukkan kita bagaimana Roh Tuhan boleh benar-benar mengubah hati kita. Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Kita boleh mengubah tingkah laku kita. Keinginan kita boleh berubah. … Perubahan benar—perubahan kekal—boleh datang hanya melalui penyembuhan, pembersihan, dan kuasa yang memungkinkan Korban Tebusan Yesus Kristus. … Injil Yesus Kristus adalah satu injil perubahan!” (“Decisions for Eternity,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 108).

Apabila anda membaca tentang perubahan yang dialami oleh rakyat Raja Benyamin, fikirkan bagaimana “perubahan yang hebat” itu membawa kepada penukaran hati yang benar telah berlaku—atau boleh berlaku—dalam kehidupan anda. Adakah terdapat beberapa waktu “hebat” membawa kepada perubahan hati anda, atau penukaran hati anda berlaku secara bertahap?

Lihat juga Yehezkiel 36:26–27; Alma 5:14; David A. Bednar, “Converted unto the Lord,” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 106–9.

Kristus menyembuhkan wanita sakit

Juruselamat boleh mengubah hati dan kehidupan kita. Healing Hands, oleh Adam Abram

Mosia 5:5–15

Saya mengambil ke atas diri saya nama Kristus apabila saya membuat perjanjian.

Satu sebab Raja Benyamin ingin berucap kepada rakyatnya adalah untuk “memberi umat ini satu nama.” Beberapa adalah bangsa Nefi dan yang lain adalah keturunan Mulek, tetapi ini bukannya nama yang dia ada di minda. Dia menjemput umat untuk mengambil ke atas diri mereka “nama Kristus” sebagai sebahagian daripada perjanjian kepatuhan mereka kepada Tuhan (Mosia 1:11; 5:10). Apakah yang anda belajar dari Mosia 5:7–9 tentang makna mengambil ke atas diri anda nama Kristus?

Elder D. Todd Christofferson mengajar, “Sumber [kuasa moral dan rohani] adalah Tuhan. Jalan masuk kepada kuasa itu adalah melalui perjanjian kita dengan-Nya” (“The Power of Covenants,” Ensign atau Liahona, Mei 2009, 20). Semasa anda membaca Mosia 5:5–15, buat satu senarai berkat-berkat yang akan datang ke dalam kehidupan anda apabila mentaati perjanjian yang anda telah buat dengan Tuhan. Bagaimanakah mentaati perjanjian anda membantu anda mengekalkan “perubahan yang hebat” di dalam anda melalui Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya?

ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Mosia 4:9–12

Bagaimanakah keluarga anda boleh lebih “percaya kepada Tuhan” (Mosia 4:9) dan “selalu menyimpan sebagai ingatan, keagungan Tuhan”? (Mosia 4:11). Ahli keluarga anda boleh membaca Mosia 4:9–12 dan mengenal pasti frasa-frasa yang bantu membina iman mereka dalam Tuhan. Mereka kemudian boleh menulis frasa-frasa ini dan meletakkannya di sekeliling rumah sebagai peringatan. Bagaimanakah mengingati perkara-perkara ini boleh membantu kita “selalu bersukacita” dan “mempertahankan pengampunan akan dosa-dosa [kita]”? (Mosia 4:12).

Mosia 4:14–15

Apakah yang kita belajar tentang perkelahian dan pertengkaran dari ayat-ayat ini?

Mosia 4:16–26

Apakah maksudnya kita semua pengemis? Menurut ayat-ayat ini, bagaimanakah kita perlu melayan semua anak-anak Tuhan? (Mosia 4:26). Siapakah yang memerlukan bantuan kita?

Mosia 4:27

Adakah keluarga anda sedang berlari lebih cepat daripada kekuatan yang anda ada? Anda boleh menjemput ahli keluarga untuk menilai aktiviti-aktiviti mereka untuk memastikan mereka tekun dan juga bijak.

Mosia 5:5–15

Dengan mengambil nama Kristus pada kita, apakah makna hubungan kita dengan-Nya? Ia boleh membantu untuk bercakap tentang mengapa orang kadangkala menulis nama mereka pada harta benda mereka. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan bahawa kita “milik” Juruselamat?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memupuk suasana penyayang. Cara ahli keluarga memperlakukan satu sama lain boleh sangat mempengaruhi roh di rumah anda. Bantu semua ahli keluarga memainkan peranan mereka untuk menubuhkan satu rumah penyayang dan penuh hormat supaya semua orang akan rasa selamat untuk berkongsi pengalaman, soalan, dan kesaksian. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 15.)

Kristus memberi burung makan di halaman

In His Constant Care, oleh Greg K. Olsen