“27 April–3 Mei. Mosia 7–10: ‘Dalam Kekuatan Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“27 April–3 Mei. Mosia 7-10,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon: 2020
27 April–3 Mei
Mosia 7–10
“Dalam Kekuatan Tuhan”
Sambil anda membaca, Roh mungkin akan membawa kepada perhatian anda beberapa frasa atau petikan. Tuliskan perasaan anda bagaimana petikan itu berguna bagi anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Sementara orang Raja Mosia hidup dalam keadaan “kedamaian berterusan” (Mosia 7:1), fikiran mereka berpaling kepada sekumpulan bangsa Nefi, yang bertahun dulu telah pergi ke tanah Lehi-Nefi. Beberapa generasi telah berlalu, dan orang Mosia masih tidak dengar apa-apa daripada mereka. Jadi Mosia meminta Amon untuk mengetuai kumpulan carian untuk mencari bangsa Nefi yang telah pergi. Parti carian telah mendapati bahawa bangsa Nefi “kerana kederhakaan” (Mosia 7:24).dalam penawanan bangsa Laman. Tetapi dengan ketibaan Amon dan saudaranya, sekarang terdapat harapan untuk pembebasan.
Kadang-kadang kita seperti bangsa Nefi yang tertawan ini, menderita kerana dosa kita memikirkan bagaimana kita boleh mencari kedamaian semula. Kadang-kadang kita seperti Amon, kita rasa digesa untuk menjangkau kepada orang lain dan akhirnya mendapat tahu bahawa usaha kita telah mengilhamkan mereka untuk “angkatlah kepalamu, dan bersukacitalah, dan taruhlah kepercayaanmu kepada Tuhan” (Mosia 7:19) Tidak kira keadaan, kita semua perlu bertaubat dan “berpaling kepada Tuhan dengan maksud hati yang sepenuhnya”, dengan iman yang “Dia akan … membebaskan [kita]”. (Mosia 7:33)
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Jika saya berpaling kepada Tuhan, percaya pada Dia, Dia akan membebaskan saya.
Menemui Amon, seorang bangsa Nefi daripada Zarahemla, memberi Raja Limhi percikan harapan, dan dia mahu kongsikan harapan ini dengan rakyatnya. Sambil anda membaca Mosia 7:14–33, perhatikan apa yang Limhi katakan kepada rakyatnya untuk menggalakkan mereka, dan memberi mereka harapan bahawa Tuhan akan menolong mereka. Walaupun anda mungkin tidak bersalah seperti orang Limhi,bagaimana perkataannya boleh menolong anda untuk berpaling kepada Tuhan? Anda mungkin sedar bahawa Limhi mengingatkan rakyatnya tentang laporan dahulu tentang pembebasan Tuhan (lihat ayat 18–20). Bagaimana laporan ini, bersama laporan lain dalam ayat suci atau pengalaman peribadi, menolong anda percaya Tuhan?
Apakah 24 kepingan-kepingan yang ditemui orang Limhi?
Apabila satu kumpulan kecil orang Limhi sedang mencari Zarahemla dan tidak berjaya, mereka terjumpa 24 kepingan-kepingan emas dengan catatan dalam bahasa yang tidak dikenali. Kepingan-kepingan ini yang akhirnya diterjemahkan Raja Mosia, menceritakan tentang satu bangsa yang dipanggil bangsa Yared, yang datang ke negeri yang dijanjikan daripada Babel dan akhirnya dimusnahkan (lihat Mosia 28:11–19). Kemudian Moroni membuat satu ringkasan kepingan-kepingan ini (lihat Eter 1:1–2), yang menjadi kitab Eter. Perhatikan dalam Mosia 28:18 kesan catatan ini ada pada orang Mosia.
Tuhan menyediakan para nabi, pelihat, dan pewahyu untuk manfaat manusia.
Apabila Limhi dengar kesaksian Amon bahawa Tuhan telah menghantar seorang pelihat, Limhi “amat bersukacita, dan bersyukur kepada Tuhan” (Mosia 8:19). Mengapa anda rasa bahawa dia rasa seperti itu? Apa yang anda belajar tentang pelihat daripada perkataan Amon dalam Mosia 8:13–19? “Pada zaman kita, “Presidensi Utama dan Majlis Dua Belas di sokong sebagai nabi,pelihat, dan pewahyu” (Panduan Tulisan Suci, “Pelihat”). Bilakah kali terakhir anda renungkan berkat kerana terdapat nabi, pelihat dan pewahyu di atas bumi? Mungkin anda boleh mencatatkan bagaimana nabi, pelihat, dan pewahyu “menjadi manfaat yang besar” bagi anda (Mosia 8:18).
Nabi Joseph Smith ialah pelihat utama yang berdiri di hadapan zaman keagamaan kita (lihat A&P 21:1; 124:125; Joseph Smith—Sejarah 1:62) Bagaimana dia menunjukkan keterangan Amon tentang seorang pelihat semasa pelayanannya?
Saya boleh menghadapi cabaran saya “dalam kekuatan Tuhan.”
Zeniff mengakui bahawa dia telah membuat banyak kesalahan. Kadangkala dia berlebihan, dan dia telah meletakkan orang dia—moyang orang Limhi—dalam keadaan susah dengan membuat perjanjian yang berat sebelah dengan Raja Laman. Tetapi kemudian, apabila dia pergi berperang dengan bangsa Laman, dia menolong rakyatnya berdepan cabaran dengan iman. Apabila anda membaca Mosia 9–10, cari apa yang dilakukan orang Zeniff untuk menunjukkan iman mereka. Bagaimana Tuhan menguatkan mereka? Apakah maksudnya untuk ke hadapan “dengan kekuatan Tuhan”? (Mosia 9:17; 10:10–11).
Pilihan saya boleh mempengaruhi generasi yang banyak.
Menurut Mosia 10:11–17, bagaimanakah tindakan dan sikap moyang bangsa Laman mengelakkan bangsa Laman untuk mengetahui kebenaran? Bagaimana pilihan moyang bangsa Laman menjejaskan generasi akan datang? Fikirkan tentang orang yang mungkin dipengaruhi oleh kepercayaan dan pilihan anda, apa yang anda lakukan untuk menolong mereka mempunyai iman penuh dalam Kristus?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Mosia 7:19–20
Perhatikan contoh yang Limhi tunjukkan untuk menggalakkan rakyatnya untuk mempunyai iman. Contoh apa dalam ayat suci yang mengilhami kita untuk “taruhlah kepercayaanmu kepada Tuhan”? Apakah maksudnya untuk menaruh kepercayaan anda kepada Tuhan? (lihat juga Mosia 9:17; 10:19). Cerita apa dalam kehidupan kita atau kehidupan moyang kita yang kita boleh kongsi untuk mengilhami kepercayaan yang lebih tinggi kepada Tuhan?
Mosia 7:26–27
Apakah yang kita belajar mengenai Juruselamat dari ayat-ayat ini? (lihat juga A&P 130:22). Mengapa kita bersyukur untuk mengetahui perkara ini?
Mosia 8:13–18
Untuk menolong ahli keluarga memahami apa itu seorang pelihat, mungkin anda boleh menunjukkan mereka gambar alat yang menolong kita untuk melihat benda yang kita tidak dapat lihat, seperti teropong, teleskop, atau mikrofon. Bagaimanakah alat ini seperti seorang pelihat? (lihat Musa 6:35–36). Apa yang seorang pelihat lihat yang kita tidak boleh lihat? Apakah bukti yang kita ada bahawa Joseph Smith ialah seorang pelihat?
Anda boleh menunjukkan gambar nabi hidup kita, pelihat, dan pewahyu dan tanya keluarga anda apa yang kita tahu tentang mereka. Bagaimanakah kita mengikuti mereka?
Mosia 9:14–18; 10:1–10
Apabila bangsa Laman menyerang, orang Zeniff sudah bersedia secara fizikal dan rohani. Apakah yang kita dapat pelajari dari Zeniff dan rakyatnya tentang bersedia untuk cabaran?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.