Ikutlah Aku
11–17 Mei. Mosia 18–24: “Kita Telah Masuk ke dalam sebuah Perjanjian dengan-Nya”


“11–17 Mei. Mosia 18–24: ‘Kita Telah Masuk Ke Dalam Perjanjian Dengan Dia,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“11–17 Mei. Mosia 18–24,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Orang Limhi sedang melarikan diri

Minerva K. Teichert (1888-1976), Escape of King Limhi and His People, 1949-1951, oil on masonite, 35 7/8 x 48 inches. Muzium Kesenian Brigham Young University, 1969.

11–17 Mei

Mosia 18–24

Kita Telah Masuk ke dalam sebuah Perjanjian dengan-Nya

Presiden Thomas S. Presiden ThomasS. Monson ajar, “Semasa kita mengaji dan merenungkan tulisan suci, kita akan mengalami bisikan merdu Roh kepada jiwa kita” (“We Never Walk Alone,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 122).

Mencatat Tanggapan Anda

Cerita Alma dan orangnya dalam Mosia 18; 23–24 tunjukkan erti untuk “datang ke dalam kawanan Tuhan” (Mosia 18:8). Apabila mereka dibaptis, mereka buat satu perjanjian dengan Tuhan untuk “melayani-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya“ (Mosia 18:10). Memangnya ini satu komitmen peribadi yang besar, ini juga cara mereka melayan satu sama lain. Ya, perjalanan kembali ke Bapa Syurgawi adalah peribadi dan individu, tidak ada seorang pun boleh mentaati perjanjian kita untuk kita, tetapi ini tidak bermakna kita adalah bersendirian. Kita memerlukan satu sama lain. Sebagai ahli Gereja Kristus, kita berjanji untuk melayan Tuhan dengan menolong dan melayan satu sama lain sepanjang jalan, “menanggung beban satu sama lain” (Mosia 18:8–10). Orang Alma tentunya ada beban, seperti kita semua. Satu cara Tuhan menolong kita “menanggung beban [kita] dengan mudah” (Mosia 24:15) adalah berikan kita satu komuniti Orang Suci yang sudah berjanji untuk berdukacita bersama kita dan menghiburkan kita, seperti yang sudah kita janji untuk melakukan untuk mereka.

ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Mosia 18:1–17

Pembaptisan termasuk satu perjanjian untuk melayan Tuhan dan berdiri sebagai seorang saksi tentang Dia.

Mosia 18:8–10 mengandungi ajaran-ajaran Alma tentang perjanjian pembaptisan, atau janjian yang kita buat kepada Tuhan pada masa pembaptisan. Semasa anda kaji ayat-ayat ini, renungkan soalan-soalan berikut:

  • Apakah yang anda boleh belajar dari ayat-ayat ini mengenai janjian yang anda buat semasa pembaptisan? Apa yang Tuhan berjanji kepada anda?

  • Bagaimana perjanjian untuk melayan Tuhan (lihat ayat 10) berkait dengan usaha kita untuk melayan satu sama lain? (lihat ayat 8–9).

  • Apa yang anda lakukan untuk menjaga janjian anda?

  • Bagaimana menjaga perjanjian pembaptisan menolong anda “dipenuhi dengan Roh”? (Mosia 18:14). Bagaimana Roh menolong anda menjaga perjanjian anda?

pembaptisan di laut

Apabila saya buat perjanjian dengan Tuhan, saya menerima berkat-berkat-Nya.

Laporan ini juga mengungkapkan cara pembaptisan yang betul. Apakah yang anda belajar dari ayat 14–17 tentang bagaimana pembaptisan harus dilakukan? Apa lagi dapat anda belajar tentang pembaptisan dari Matius 3:16; Roma 6:3–5; 3 Nefi 11:21–28; dan Ajaran dan Perjanjian 20:72–74?

Juga lihat Ajaran dan Perjanjian 20:37, 77, 79.

Mosia 18:17–30

Umat Tuhan harus bersatu.

Apabila Alma dan orangnya mendapati bahawa mengikut Yesus Kristus kadangkala bererti tinggalkan kehidupan yang lama untuk satu kehidupan yang baru dan berbeza. Tetapi orang Alma mendapat kekuatan dari satu sama lain sebagai sebahagian “gereja Tuhan” (Mosia 18:17). Bagaimana ajaran-ajaran dalam Mosia 18:17–30 mengilhamkan anda untuk menjadi seorang ahli Gereja yang lebih baik? Apakah yang boleh anda lakukan untuk menolong ahli-ahli bahagian dan cabang anda “terkait bersama dalam perpaduan dan dalam kasih”?? (Mosia 18:21).

Lihat juga Henry B. Eyring, “Our Hearts Knit as One,” Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 68–71.

Mosia 19–20

Kata para nabi akan digenapi.

Abinadi buat beberapa nubuat tertentu tentang apa yang akan berlaku kepada Raja Nuh dan orangnya jika mereka tidak bertaubat. Tetapi, bagi sebahagian orang, nubuat-nubuat ini nampak tidak boleh dipercayai (lihat Mosia 12:1–8, 14–15), terutamanya bangsa Nefi sudah berjaya menentang bangsa Laman hampir 50 tahun (lihat Mosia 9:16–18; 11:19). Tetapi kata-kata para nabi akan digenapi—dalam zaman kita dan juga zaman Abinadi.

Apa dapat anda cari dalam Mosia 19–20 yang akan menyebabkan Gideon mengisytiharkan bahawa nubuat-nubuat Abinadi sudah digenapi? (lihat Mosia 20:21). Bagaimana kisah ini memperkuatkan iman anda terhadap amaran dan nasihat dari nabi-nabi Tuhan serta komitmen anda untuk mengikut kata-kata mereka? Bilakah pernah anda lihat kata-kata nabi digenapi dalam zaman kita?

Mosia 21–24

Tuhan boleh meringankan beban saya.

Orang Limhi dan orang Alma jatuh ke dalam perhambaan, walaupun untuk sebab yang berbeza dan dalam situasi yang berbeza. Apakah yang dapat anda belajar dengan membandingkan laporan-laporan orang Limhi dalam Mosia 19–22 dan orang Alma dalam Mosia 18; 23–24? Anda boleh perhati bagaimana setiap kumpulan ini berbalas terhadap penawanan atau bagaimana pada akhirnya mereka menjadi bebas. Semasa anda buat demikian, carikan pesanan yang boleh digunakan dalam hidup anda. Sebagai contoh, apakah yang anda belajar dari laporan-laporan ini yang akan menolong anda angkat beban anda?

Mosia 23:21–24; 24:8–17

Saya boleh percaya Tuhan.

Walaupun mereka sudah bertaubat akan dosa-dosa mereka, Alma dan orangnya masih berada dalam perhambaan. Pengalaman mereka tunjukkan bahawa percaya kepada Tuhan dan menjaga perjanjian kita tidak selalunya menghalangkan kesusahan, tetapi boleh menolong kita mengatasi kesusahan. Semasa anda kaji Mosia 23:21–24 dan 24:8–17, perhatikan perkataan dan frasa yang boleh menolong anda belajar untuk percaya kepada Tuhan, walau apa pun keadaan anda.

Lihat juga Thomas S. Thomas S. Monson, “Aku Akan Sentiasa Menyertai Engkau, Dan Tidak sekali-kali Meninggalkan Engkau,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 85–87.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Mosia 18:1–4

Ada satu peribahasa yang kata bahawa, anda boleh hitung benih dalam satu epal, tetapi anda tidak boleh hitung bilangan epal yang datang dari satu benih. Hanya satu orang menerima kesaksian Abinadi, tetapi orang ini—Alma—mempengaruhi banyak generasi bangsa Nefi. Mungkin anda boleh gunakan satu buah yang mengandungi benih untuk menunjukkan asas ini. Bagaimana pesanan ini boleh diaplikasikan kepada keluarga anda? Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengongsikan kesaksian kita dengan orang lain?

Mosia 18:8–10

Apakah yang kita boleh belajar mengenai perjanjian pembaptisan kita dari ayat-ayat ini? (lihat juga A&P 20:73, 77–79). Apakah yang kita lakukan untuk bersedia atau menjaga perjanjian pembaptisan kita?

Mosia 18:30

Tempat manakah ada maksud khas untuk kita kerana pengalaman rohani yang kita ada di situ?

Mosia 21:11–16; 24:10–15

Apa dapat kita belajar dengan membandingkan penawanan orang Alma dengan penawanan orang Limhi?

Mosia 21:15; 24:11–15

Apakah yang diajar oleh ayat-ayat ini mengenai cara-cara Tuhan menjawab doa?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carikan satu masa yang paling baik untuk anda. Biasanya anda boleh belajar dengan lebih senang apabila anda boleh kaji tulisan suci tanpa gangguan. Tetapkan satu masa yang baik untuk anda, dan dengan seupaya-upayanya mengaji dengan kosisten pada masa itu setiap hari.

orang ramai dibaptis

The Waters of Mormon, oleh Jorge Cocco