“4–10 Mei. Mosia 11–17: ‘Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“4–10 Mei. Mosia 11–17,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
4–10 Mei
Mosia 11–17
“Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan”
Kata-kata Abinadi telah menyebabkan perubahan hati yang besar kepada sekurang-kurangnya seorang ahli istana Raja Nuh (lihat Mosia 17:2–4). Baca Mosia 11–17 dengan satu doa dalam hati agar anda akan peroleh tanggapan bagaimana anda boleh berubah.
Mencatat Tanggapan Anda
Api yang besar boleh bermula dengan satu percikan kecil. Abinadi hanyalah seorang lelaki bersaksi kepada seorang raja berkuasa dan istananya. Kata-kata dia kebanyakkannya ditolak, dan dia dihukum mati. Namun kesaksiannya tentang Yesus Kristus, yang merupakan “cahaya … yang tidak akan dapat digelapkan” (Mosia 16:9), mencetuskan sesuatu dalam imam muda Alma. Dan ia mencetus penukaran hati yang semakin berkembang apabila Alma membawa ramai yang lain untuk bertaubat dan percaya kepada Yesus Kristus. Api yang telah membunuh Abinadi akhirnya terpadam, tetapi api keimanan yang tercipta daripada kata-katanya mempunyai pengaruh yang berkekalan terhadap bangsa Nefi—dan kepada mereka yang membaca kata-katanya hari ini. Ramai di antara kita mungkin tidak akan menghadapi apa yang Abinadi hadapi akibat kesaksian kita, tetapi kita semua punyai saat ketika mengikut Yesus Kristus menjadi satu ujian keberanian dan keimanan kita. Mungkin pengkajian kesaksian Abinadi akan membarakan api kesaksian dan keberanian dalam hati anda juga.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya boleh berdiri untuk kebenaran, walaupun ketika saya berdiri keseorangan.
Bayangkan betapa tidak menggalakkan bagi Abinadi untuk memanggil pertaubatan kepada orang yang langsung tidak berminat untuk mengubah kehidupan jahat mereka. Pesanan dia telah ditolak berkali-kali. Namun Abinadi tidak pernah berputus asa.
Bilakah anda pernah berasa bagaikan anda sedang berdiri seorang diri untuk mempertahankan kebenaran? Ketika anda membaca Mosia 11–13 dan 17, apakah yang anda belajar boleh membantu anda bersedia apabila Tuhan memerlukan anda untuk mempertahankan Injil-Nya? Apakah asas-asas lain anda belajar daripada teladan Abinadi?
Saya perlu menggunakan hati untuk memahami firman Tuhan.
Imam-imam Raja Nuh sudah lazim dengan firman Tuhan—mereka boleh menyebut ayat-ayat tulisan suci dan mendakwa untuk mengajar perintah-perintah. Namun perintah-perintah itu “tidak tertulis dalam hati [mereka],” dan mereka “tidak menumpukan hati [mereka] pada pengertian” itu. (Mosia 13:11; 12:27). Akibatnya, kehidupan mereka tidak berubah.
Apabila anda membaca Mosia 12:19–30, renungkan apa maksudnya untuk menumpukan hati anda bagi memahami firman Tuhan. Adakah ini mengilhami anda untuk membuat perubahan dalam cara anda belajar injil?
Tuhan akan menyokong hamba-hamba-Nya dalam usaha Dia.
Pengalaman Abinadi menunjukkan beberapa contoh bagaimana Tuhan menyokong hamba-hamba-Nya—anda boleh cari beberapa contoh tersebut dalam Mosia 13:1–9. Sebaliknya, Tuhan juga membenarkan Abinadi dianiaya, dipenjara, dan mati syahid untuk kesaksiannya. Apakah yang anda dapati dalam ayat-ayat tersebut yang mengungkapkan bahawa Abinadi mempercayai Tuhan? Bagaimanakah teladan Abinadi mempengaruhi cara anda memandang panggilan dan tanggungjawab anda?
Yesus Kristus telah menderita untuk saya.
Raja Nuh dan imam-imamnya percaya bahawa penyelamatan datang melalui hukum Musa. Abinadi inginkan mereka untuk tahu bahawa penyelamatan datang melalui Mesias, Yesus Kristus. Dalam Mosia 14–15, perhatikan kata-kata dan frasa-frasa yang menghuraikan Juruselamat dan apa yang Dia telah menderita untuk anda. Apakah ayat-ayat yang membantu meningkatkan kasih dan kesyukuran anda terhadap Dia?
Bagaimanakah Yesus Kristus ialah Bapa dan Putera?
Ayat-ayat tersebut kadangkala mengelirukan kerana ia bagaikan Abinadi sedang mengajar bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus merupakan Makhluk yang sama, tetapi kita tahu mereka merupakan Makhluk yang berasingan. Apakah maksud Abinadi? Dia telah mengajar bahawa Tuhan Putera—Yehovah—akan menjadi Penebus (lihat Mosia 15:1), hidup secara jasmani, menjadi separuh manusia dan separuh Tuhan (ayat 2–3). Dia menunduk Diri sepenuhnya kepada kehendak Tuhan Bapa (ayat 5–9). Oleh kerana ini, Yesus Kristus merupakan kedua-duanya Putera Tuhan dan wakil bumi sempurna Tuhan Bapa (lihat Yohanes 14:6–10).
Abinadi seterusnya menjelaskan bahawa Yesus Kristus juga merupakan Bapa dengan erti kata bahawa apabila kita menerima penebusan Dia, kita menjadi “keturunan-Nya” (Mosia 15:11–12). Dalam kata lain, kita dilahirkan semula secara rohani melalui Dia (lihat Mosia 5:7).
Lihat juga Yohanes 5:25–27; 8:28–29; 17:20–23; “The Father and the Son,” Ensign, Apr. 2002, 12–18.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Mosia 11–13; 17
Abinadi dan Alma merupakan teladan mengilham yang setia kepada kebenaran, walaupun ia tidak popular. Ahli-ahli keluarga anda mungkin menghadapi tekanan sosial untuk mencurigai standard mereka. Apakah yang mereka boleh belajar daripada Abinadi dan Alma berkenaan mempertahankan kebenaran? Lukisan yang disertakan dalam rangka panduan ini boleh membantu keluarga anda menggambarkan cerita itu. Setelah mengkaji bab-bab tersebut, pertimbangkan untuk melakon beberapa senario kehidupan sebenar supaya ahli-ahli keluarga boleh melatihkan tindak balas terhadap tekanan untuk mengkompromi standard mereka. Atau anda boleh kongsi bersama pengalaman satu sama lain ketika mempertahankan kebenaran.
Mosia 12:33–37; 13:11–24
Apakah ertinya untuk adakan perintah-perintah Tuhan “tertulis dalam hati kita”? (Mosia 13:11). Anda mungkin dapat tuliskan beberapa idea (atau lukiskan idea-idea anda) di atas satu kertas yang berbentuk seperti hati besar. Mengapakah perintah-perintah bernilai bagi kita? Bagaimanakah kita boleh menulisnya dalam hati kita?
Mosia 14
Di dalam bab ini anda akan menjumpai beberapa kata dan frasa yang menghuraikan tentang Yesus Kristus. Mungkin keluarga anda boleh menyenaraikannya sambil anda mencari. Bagaimanakah perasaan keluarga tentang Juruselamat ketika kita mengkaji kata-kata dan frasa-frasa tersebut?
Mosia 15:26–27; 16:1–13
Ayat-ayat berikut menjelaskan apa yang akan berlaku kepada anak-anak Tuhan jika Yesus “tidak datang ke dunia” (Mosia 16:6) atau jika mereka tidak mengikut Dia. Apakah perkara-perkara baik yang telah berlaku kerana Dia telah datang dan menebus kita? Lihat juga video “Why We Need a Savior” (ChurchofJesusChrist.org).
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.